Prolog

438 21 4
                                    

SHHHH!

Arah seorang gadis kepada dua orang rakannya yang lain. Mereka bersembunyi di sebalik tong sampah 660 liter di satu lorong antara dua bangunan usang. Ada suara berbisik kedengaran. Tiga orang lelaki berbadan besar sedang sibuk berborak sambil merokok tidak jauh dari tempat persembunyian mereka.

"Aku boleh jatuhkan mereka ni." bisik Saiful pada Peeya dengan penuh yakin.

Peeya dan Wanie berpandangan antara satu sama lain. Mampu ke?

"I don't trust you, Sai." balas Peeya menahan ketawa. "Aku rasa Wanie lagi ganas daripada kau."

Saiful menjeling kasar. Hatinya tersentuh bila dikatakan lemah. Yelah, takkan nak bagi perempuan yang turun padang kan?

"Merajuk ke? Pondan." Wanie pula mengata. "Tengok ni. Orang kuat."

Wanie keluar dari tempat persembunyian lalu menyerang hendap ketiga-tiga lelaki berbadan besar itu. Wanie mula dengan lelaki yang paling kiri. Dia tendang belakang lelaki itu membuatkan lelaki itu jatuh tersembam ke lantai. Lelaki kedua dan ketiga terkejut, membuang rokok masing-masing. Mereka cuba tangkap Wanie tetapi keadaan fizikal Wanie yang kecil molek menyukarkan dua orang lelaki itu menangkapnya. Wanie menyelit ke belakang lelaki yang berdiri di tengah tadi. Dia capai sebatang kayu berhampiran, lalu dihempaskan di tengkuk lelaki tadi. Dua dah tumpas, tinggal seorang lagi. Wanie mengepal penumbuknya dengan erat di hadapan lelaki yang terakhir. Muka lelaki itu sedikit pucat melihat kelincahan Wanie.

"Stay or nasib kau macam kawan-kawan kau ni." gertak Wanie tanpa teragak-agak. Walaupun mereka berbadan besar, mereka tidak akan dapat menandingi kepantasannya. Itu memberi dia sedikit kelebihan.

Lelaki itu mulai panik. Dia terundur beberapa langkah saat Wanie cuba melangkah mendekatinya. Selepas dia melihat rakannya tumpas dan tidak sedarkan diri, lelaki itu cepat-cepat meninggalkan tempat itu.

"Good job, Wanie." puji Peeya sejurus dia keluar dari belakang tong sampah. Diikuti dengan Saiful yang masih bermasam muka.

"So, nak buat apa sekarang?" soal Saiful dengan nada serta wajah yang tidak puas hati.

"Jangan sedih, Sai. Lepas ni aku bagi kau peluang, ok?" pujuk Wanie sambil menepuk bahu Saiful. Saiful hanya mencebik tunjuk rasa tidak puas hatinya.

"Jalan belakang dah clear. Sekarang kita tunggu arahan daripada Aria." Peeya sibuk dengan telefon bimbitnya. Sedang menghantar maklumat kepada Aria yang sedang menunggu di sebalik talian.

Saiful dan Wanie meronda-ronda kawasan sekeliling dengan berhati-hati. Risau jika lelaki tadi datang semula membawa kawan lain.

* * * *

"Okay guys. Dah dapat text daripada Peeya. Line cleared. Jom kita gerak."

Aria, Alexandra dan Yana keluar dari kereta yang diparkir tidak jauh dari bangunan itu. Mereka datang menghampiri pintu depan bangunan tersebut kemudian Alexandra mengetuk pintu.

TOK!! TOK!! TOK!!

Tiga kali ketuk seperti yang dinyatakan dalam surat layang yang mereka terima semalam. Surat jemputan ke majlis tertutup apa entah. Tulisan pelik sangat. Ini hasil daripada titik peluh Alexandra yang telah mendekati salah seorang penganut kepercayaan yang digelar Satanism. Hampir sebulan juga Alexandra cuba mengorek rahsia daripada lelaki itu dan hari ini mereka berjaya membuat lelaki itu menjemput mereka ke majlis tertutup yang diadakan setiap bulan.

Perlahan-lahan, daun pintu terbuka. Mereka bertiga berpandangan antara satu sama lain. Sedikit takut tetapi cuba menyembunyikan perasaan takut itu. Sesusuk tubuh berjubah hitam bertutup kepala berdiri di muka pintu. Di tangannya memegang lantern. Suasana di dalam sangat gelap. Cahaya daripada lantern hanya dapat menerangi kawasan mereka sedang berdiri.

XOXO files.Where stories live. Discover now