Chapter Two

115 16 0
                                    

"Who are you guys?!"

Sepasang warga asing terkejut saat Saiful, Peeya dan Yana jatuh di atas lantai. Mereka bertiga terkebil-kebil melihat pasangan itu. Begitu juga warga asing itu. Suasana menjadi kekok.

"Apa korang buat kat sini?" ada suara menegur dari luar bilik. Semua mengalihkan pandangan pada suara itu. Oh, Alexandra dan Wanie berdiri di sebelahnya.

"I'm sorry, sir, ma'am!" Peeya cepat-cepat berdiri dan tunduk tanda minta maaf. Saiful dan Yana turut melakukan benda yang sama. Masing-masing malu.

Selesai saja sesi minta maaf, mereka pun pergi dari bilik itu dengan perasaan yang bercampur-baur. Alexandra dan Wanie hanya ketawa daripada tadi. Nasib baik orang putih tu okay, tak marah pun. Tapi malu tetap malu. First day dah bernasib malang. 

"Apasal kau pusing tombol tu, Yana?" soal Saiful meluahkan rasa tidak puas hatinya.

"Sorry lah guys. Aku saja nak test. Tak sangka pulak pintu diorang tak kunci." jawab Yana sambil melepaskan keluhan yang panjang. Peeya tidak merungut.

"Salah kami juga sebab lambat sangat bersiap." sampuk Alexandra. Wanie hanya mengangguk-angguk tanda setuju. "Chill lah. Accident happens."

Apabila tiba di lobi resort, Aria melambai ke arah mereka. Memanggil rakannya untuk segera masuk ke restoran. Dah lewat kot. Puan Rita hanya berdiri di situ, wajahnya tenang. Ada seukir senyuman terlakar diwajahnya. Wajah Puan Rita ada iras-iras Marilyn Monroe, muka vintage gittew. Mesti time dia muda sangat cantik.

Tiba di dalam restoran, mereka duduk di kawasan yang jauh sedikit daripada orang lain. Inginkan privasi. Suasana dalam restoran ini sangat mewah. Ada chandelier tergantung di atas siling yang tinggi dan berukir. Dindingnya kemas dengan sedikit sahaja perhiasan. Minimalis. Meja bulat berbatu marmar di atasnya dan kerusi kayu jati yang berkilat. Beberapa orang pelayan datang membawa beberapa jenis lauk. Semua diletakkan di atas meja yang boleh diputar.

"Terima kasih kerana sudi datang. Saya amat berbesar hati kamu sanggup datang dari jauh untuk membantu saya. I hope apa yang saya ada kat sini dapat accomodate semua keperluan kamu." Puan Rita mulai bersuara selepas pelayannya pergi dari meja itu.

Puan Rita banyak bercerita sambil enam sekawan itu menjamu selera. Semua tekun mendengar setiap cerita yang keluar dari mulutnya. Kejadian penampakan balan-balan ini sebenarnya sudah lama. Tetapi sejak beberapa bulan ini, gangguannya semakin kerap. Hampir setiap malam ada sahaja pelancong berteriak ketakutan. Minta bantuan orang kampung juga sia-sia. Semua tidak dapat menangkap makhluk itu. Keadaan anak perempuan Puan Rita memaksa dia untuk mencari alternatif lain. Dia sanggup turun kota ingin mendapatkan bantuan. Selepas berjumpa ramai orang, nama theXOsociety muncul. Puan Rita tidak peduli tentang duit, dia cuma mahu anak perempuannya yang sarat mengandung itu selamat.

"You have daughter?" soal Saiful pantas. Biasalah lelaki yang dah lama single, pantang dengar ayat 'anak perempuan'.

"Yes, she will join us kejap lagi." jawab Puan Rita tenang.

"Bongok." bisik Wanie pada Saiful sambil kakinya memijak kaki Saiful. "Isteri orang tu, gila."

"Sakitlah, gila!! Aku tahu. Saja tanya. Huhhh..."

Dua sahabat itu bergaduh umpama tiada orang di sekeliling mereka. Berbisik-bisik tetapi masih boleh kedengaran. Puan Rita dan suaminya naik hairan melihat mereka. Seperti pasangan kekasih bergaduh.

"HAHA. Excuse them, Puan Rita. Biasalah dua orang ni. Macam anjing dengan kucing. Memang selalu macam ni." Aria dah jeling-jeling dari tempat duduknya. Alexandra menenangkan Wanie dan Yana menenangkan Saiful. 

XOXO files.Where stories live. Discover now