Chapter Three

184 16 4
                                    

Matahari terbit tidak lama kemudian selepas ayam jantan berkokok memecahkan kesunyian pagi itu. Bagi yang gemarkan aktiviti melihat matahari terbit, di sini lah tempat yang paling sesuai. Ada beberapa orang pelancong kelihatan merayau-rayau di kawasan resort itu. Ada yang sekadar duduk di patio yang terletak sebelah kolam renang. Ada yang bersiar-siar di taman bersama pasangan masing-masing. Ada yang duduk di restoran untuk sarapan pagi.

Awal pagi lagi semua sibuk dengan aktiviti masing-masing. Termasuk 6 sekawan itu. Kejadian malam tadi masih segar diingatan.

"Is she goin to be okay?"

"Yes, Aria. Jangan risau. Alexandra cuma pengsan sebab terkejut." balas Puan Rita. Mereka semua berkumpul di sebuah bilik. Mereka semua telah dipindahkan ke sebuah villa dalam resort itu. Wanie dan Peeya duduk di sebelah Alexandra yang belum sedarkan diri daripada semalam. Nasib baik mereka sempat panggil orang minta tolong. Kalau tak, mungkin Alexandra dah tak ada hari ini.

* * * *

"I don't want to die!!" Alexandra menangis seperti budak-budak di atas rumput yang menghijau.

Balan-balan itu datang semakin hampir. Langsung tiada belas kasihan. Beberapa sentimeter sebelum ia mendapatkan Alexandra, ada suara garau melaung dari jauh. Balan-balan itu terkejut kerana lelaki yang teriak tadi memegang pisau di tangannya. Dia jadi panik lalu terbang meninggalkan tempat itu dengan segera.

"Are you okay?" lelaki tadi segera mendapatkan Alexandra. Namun Alexandra tidak menjawab. Dia sudah pengsan.

Dia mengangkat Alexandra. Dengan otot-otot yang dia miliki, mudah sahaja untuk dia angkat wanita itu. Yang lain segera keluar dari restauran selepas nampak balan-balan itu pergi. Semua kelihatan risau.

"Jangan risau. Balan-balan tu tak sempat dapatkan kawan korang." ujar lelaki sasa yang sedang mengangkat Alexandra.

"I hope she's okay. Sorry, Xandra." kerisauan jelas terpampang di wajah Peeya saat dia menghampiri tubuh rakannya itu. Wanie juga turut berduka. Kalau dia tidak mengajak keluar tadi, semua ni takkan terjadi. Tapi apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur. Berdoa sahaja yang terbaik agar Alexandra tidak apa-apa.

* * * *

"You sure she's okay?" soal Saiful pada lelaki yang menyelamatkan rakannya semalam. Dia dan lelaki itu berdiri di luar villa.

"Yes. Tapi... Hmmm..."

"Tapi apa?"

"Darah yang jatuh dari badan balan-balan tu sebenarnya bahaya. Boleh menyebabkan kudis pada kulit kita kalau terkena." terang lelaki itu, tenang.

"So? Are you saying that...." berkerut dahi Saiful mendengar penjelasan lelaki itu.

Lelaki itu mengangguk sahaja. Wajahnya serius. 

"Kawan saya berkudis?" soal Saiful lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Siapa berkudis?" tiba-tiba Yana muncul entah dari mana, menyampuk perbualan.

"Your friend..." jawab lelaki itu bersahaja sambil matanya melirik ke arah Yana yang baru muncul.

"Which friend???"

"Hmmmm..." Saiful memberi Yana jelingan yang tajam dengan harapan rakannya faham siapa yang lelaki itu maksudkan. Kadang-kadang cakap dengan Yana ni perlu jelas, dia susah nak tangkap. Haha.

"Oooo... Okay, faham. Haha, sorry." Yana ketawa kecil, bukan kerana berita kawannya berkudis tetapi kerana sikapnya yang lambat tangkap. "Btw, I didn't get your name yet."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 09, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

XOXO files.Where stories live. Discover now