Chapter One

177 12 2
                                    

Sebuah van bergerak perlahan meredah jalan yang tidak rata. Terhuyung hayang mereka yang duduk di dalam. Sekejap melambung ke atas, sekejap ke kiri dan kanan. Seperti menaiki kapal laut yang sedang dipukul ombak besar.

"Oh God. Tak ada jalan lain ke?" Alexandra nampak pucat. Mabuk kereta barangkali.

"Sorry, Xandra. This is the only road untuk pergi kampung Puan Rita." balas Aria yang sedang duduk di seat hadapan sebelah driver.

Alexandra mengeluarkan kepalanya melalui tingkap. Cuba menghirup udara segar untuk menghilangkan rasa loya di tekak. Nasib baik udara di kawasan itu sangat menyegarkan. Kampung pendalaman sangat ni. Belum banyak pembangunan. Kiri kanan hanya ada flora dan fauna.

"Hati-hati. Nanti kepala kau disambar." gurau Saiful, cuba menghiburkan suasana dalam van yang sepi sekali. Keadaan yang sunyi membuatkan dia sedikit mengantuk. Driver tak boleh tidur. 

Mendengar gurauan Saiful tadi, Alexandra cepat-cepat memasukkan kepalanya kembali. Nafasnya turun naik. Sedikit panik.

"Haha. Don't worry la, Xandra. The floating head tak sambar kepala orang." terang Peeya sambil menahan ketawa. 

"Stupid Sai!" terus Alexandra menampar bahu Saiful yang sedang ketawa terbahak-bahak. 

"Jangan main-main. Nanti dia datang betul-betul. Ahhh, ada yang terbalik kereta." sampuk Wanie pula. Nampak tenang tapi terukir satu senyuman di wajahnya.

"Wey, janganlah cakap macam tu. Takutnya." Yana memeluk lengan Wanie yang duduk di sebelahnya.

"Eihh.. Nak takut apa, Yana? Aku main-main jelah." Wanie menolak tangan Yana perlahan-lahan dari lengannya. Wanie tak suka disentuh.

"Peeya, I think you should tell them about your findings." mata Aria melirik ke arah Peeya melalui cermin pandang belakang. Peeya mengangguk lalu mengeluarkan iPad dari dalam beg tangannya.

"The floating head..." Peeya menaip sesuatu di skrin iPad kemudian slide beberapa kali. "Ok, found it."

File 002; the floating head.

"Dikenali sebagai hantu penanggal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dikenali sebagai hantu penanggal. Tetapi dalam kampung Puan Rita, mereka panggil makhluk ini sebagai balan-balan. Mereka menuntut ilmu hitam ini bertujuan untuk mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman atau peliharaannya daripada pencuri dan lain-lain. Balan-balan mampu menceraikan kepala dengan badan mereka. Kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Ketika balan-balan terbang, ia kelihatan seperti cahaya putih berkilauan akibat daripada urat perut mereka yang terburai itu. Balan-balan dipercayai sukakan darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan daun mengkuang yang berduri. Kini, balan-balan bukan sahaja dituntut oleh wanita malahan lelaki juga tidak kurang hebatnya. Balan-balan biasanya diwarisi dari ibu kepada anak secara turun-temurun."

XOXO files.Where stories live. Discover now