Donut Ku!

3.1K 171 14
                                    

"DONUT LOBAK MERAH!"

 Dari jauh lagi para pelajar di Sekolah Rendah Pulau Rintis boleh dengar jeritan dari seorang lelaki berkaca mata yang sedang berlari menuju ke arah kantin sekolah. Tetapi tanpa pengetahuan dia, donut lobak merah sudah habis dijual

Fang dengan segera, dia terus ke kaunter kantin sekolah. Dia mencari-cari donut kegemarannya di atas kaunter itu dan dia dapati donut kegemarannya sudah habis dijual. Riak wajah dia yang penuh dengan harapan terus berubah menjadi kecewa. Punah semua harapan Fang untuk menikmati donut kegemarannya

"TIDAKKKKK!" 

Fang berasa sungguh sedih dan dia terus beredar dari situ tanpa membeli makanan lain

Boboiboy yang sedang berehat di kantin sekolah dengan Gopal, dia hanya melihat gelagat Fang yang dalam kesedihan dan kekecewaan. Apakah dayanya kerana donut terakhir telah di beli dan dimakan oleh Gopal

"Wei wei, mulut aku takde bau donut kan?" Gopal membuka mulutnya seluas luasnya agar Boboiboy dapat membau mulutnya itu

"Adalah bau sedikit" kata Boboiboy

Gopal dengan paniknya, dia terus pergi membeli seberapa banyak nasi lemak yang dia mampu

"Kau kenapa? Boleh ke kau habiskan semua nasi lemak nie?" tanya Boboiboy sambil melihat kawan baiknya itu melahap kesemua nasi lemak tersebut

Gopal tahu jikalau Fang dapat tahu dia yang makan donut lobak merah yang terakhir, sudah tentu diri dia akan di belasah oleh Fang. Lebih-lebih lagi kalau dia menggunakan kuasa harimau bayangnya. Memang nahaslah si Gopal nanti. Untuk menggelakkan daripada di ketahui oleh Fang, dia terpaksa makan seberapa banyak nasi lemak yang dia mampu supaya bau donut itu hilang dari mulutnya

"Kalau tak habis, aku bawaklah balik rumah, makan dekat rumah" kata Gopal sambil mengambil sebungkus nasi lemak yang seterusnya

"Isk, kau ni. Kau beli banyak-banyak ni kenapa?"

"Dey, kalau Fang tahu aku yang makan donut kegemaran dia yang terakhir tu, tentu dia akan belasah aku nanti. Sebab itu aku beli banyak-banyak nie, nak hilangkan bau donut lobak merah tu"

"Yelah Gopal. Dah lah, aku nak pergi tengok si Fang. Entah dia ok ke tak tue" Boboiboy bangun dari bangkuk kantin dan terus meninggalkan Gopal dengan nasi lemaknya

Fang berjalan hanya perlahan sahaja untuk ke kelas 5 Jujur dengan perasaan sedih dan kecewa kerana sudah 2 hari dia tidak dapat menikmati donut kegemarannya

"Fang! Tunggu!" Fang menoleh kebelakang dan nampak Boboiboy sedang berlari ke arahnya

"Apa kau nak Boboiboy?" tanya Fang dengan nada yang sedih

Tidak pernah Boboiboy nampak Fang sedih hanya kerana sebiji donut lobak merah. Macam-macam ragam manusia ada dekat dunia, fikir Boboiboy. Dia hanya mampu bersabar dengan perangai kawan baiknya

"Aku nak tengok kau lah. Kau janganlah sedih sangat Fang. Esok aku janji aku belikan donut lobak merah untuk kau" Muka Fang terus berubah menjadi gembira sehingga tidak berkata apa "Tapi kenapa dah 2 hari kau lewat pergi ke kantin?" Tanya Boboiboy

Fang mula bercerita

"Semalam Cikgu Papa panggil aku ke bilik guru. Aku pun tak tahu kenapa. Nak kata aku buat salah pun takde pulak sebab aku selama ini adalah seorang pelajar yang baik kecuali buat nakal dekat kau.. hehehe" cerita Fang dengan senang hati kerana hati dia gembira sangat sebab Boboiboy akan membeli donut kegemarannya esok

"Aik, kenapa cikgu papa panggil kau. Kau bukannya suka buat salah dekat sekolah kecuali suka cari gaduh dengan akulah.. hehehe" Boboiboy ketawa kecil sehinggal membuat Fang merenung tepat kepadanya "hehe, maaf"

Selamatkan Aku!Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz