Epilogue

2.7K 152 0
                                    

Baru sehari sahaja Fang sudah pergi meninggalkan kawan-kawannya. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying sudah merindui Fang. Mereka merasakan seperti tidak lengkap didalam geng mereka. Hari ini hari isnin, hari sesi persekolahan. Gopal yang sedang menguap sambil berjalan ke kawasan sekolah. Awal pagi lagi Gopal sudah bangun dari tidur, entah kenapa tiba-tiba hari ini dia terbangun awal.

"Selamat Pagi Gopal!" Ucap Yaya dan Ying sehingga membuatkan Gopal terkejut dan terjatuh ke tanah.

"Dey, jangan terkejutkan aku boleh tak" Gopal lalu bangun

"Maaf Gopal, kami tak sengaja. Awalnya kau datang sekolah hari nie" Kata Yaya. Pelik tapi benar. Selalunya Gopal sampai lambat tapi tidaklah sampai lambat sehingga kena denda dengan Yaya

"Aku bangun awal hari ini. Lepas tue Appa aku suruh pergi sekolah awal, dia tak nak aku lepak lama lagi dekat rumah. Nak pergi ke kedai Tok Aba tapi kedai Tok Aba buka lambat pulak hari ini"

"Hah! Kau bangun awal mesti kau rindukan Fang kan kan kan" tiba-tiba muncul pula Boboiboy. Gopal terkejut lagi. "Alamak! Hantu pagi!"

"Wei, aku bukan hantu pagi lah" kata Boboiboy

"Hantu pagi ke, hantu malam ke, korang memang sengaja kejutkan aku" Gopal buat muka masam kepada rakan-rakan dia "Mestilah rindu, dia tue kan suka marah aku, belasah aku dengan harimau bayang dia, kacau Boboiboy dengan dia, marah aku, marah aku, marah aku. Macam mana aku tak rindu. Ala, kau pun apa kurangnya, kau mesti rindukan dia juga kan. Kau kan paling rapat dengan dia" Kata Gopal. Mereka berempat sudah sampai ke kawasan sekolah, lalu mereka terus menuju ke kelas 5 Jujur

"Mestilah rindu. Entah-entah dia pun rindu dekat kita orang juga" kata Boboiboy

Akhirnya mereka sudah sampai ke kelas 5 Jujur. Yaya orang pertama masuk ke kelas dan terkejut "Eh, bersihnya kelas nie. Semua meja tersusun dengan teratur. Kalau kelas sebersih nie, selalunya..."

"FANG!" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying menjerit dengan serentak "wei wei, dia tengah tidurlah" kata Gopal.

Kelihatan Fang sedang tidur yang berbantalkan tangannya, di tepi hujung bersebelahan dengan tingkap. Fang yang masih lagi kelihatan luka-luka ditangan. Manakala sebelah kaki kanannya sudah dibalut tapi Fang perlukan tongkat untuk membolehkan dia berjalan. Tapi macam mana dia boleh mengemas kelas dengan luka macam tue, entahlah. Mungkin dia menggunakan kuasa bayangnya untuk menolong Fang mengemas kelas. Mungkin juga. Mereka terus ke meja Fang, lalu Fang tersedar dari tidur.

"Fang, bukan abang kau dah bawak kau balik ke?" kata Boboiboy

"Ha ah tapi aku datang sini balik. Woi woi, apasal kau usik-usik aku nie" marah Fang kepada Gopal yang sedang usik-usik tangan Fang. "Aku nak pastikan apa yang aku lihat nie bukan hantu"

"APA KAU CAKAP!" terus Gopal sorok belakang Boboiboy. "hehehe.. jangan marah Fang, aku bergurau aje"

"Macam mana kau boleh ada dekat sini?" tanya Boboiboy

"Yolah, ko lari dari rumah ka?" kata Ying

"Aku bergaduh dengan abang aku aje. Yelah, dia bawak aku balik tanpa berbincang dengan aku pun. Terus aku balik ke sini, lagipun aku rindukan korang dekat sini"

"Mana boleh macam tue Fang. Tak baik kau bergaduh dengan abang kau sendiri" kata Yaya dengan tegas. Apa boleh buat, Kaizo tue dah memaksa sangat adik dia balik sampai bergaduhlah dia orang dalam kapal angkasa tue. Lahap pun tak boleh leraikan pergaduhan dia orang, jadi dia lihat sahaja lah.

"Jadi, kau merajuk dengan abang kau, terus kau lari ke sini?" Tanya Boboiboy

"Aku mana ada merajuk, yang merajuknya abang aku tue" Fang ketawa kecil. Boboiboy dan Gopal menepuk dahi.

"Aik, apasal abang kau yang merajuk pula" Tanya Ying pula

"Dia merajuk sebab aku lari dan kembali ke sini balik. Lepas tue, abang aku pun ikut aku sekali tinggal dekat sini" Terkejut Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying. Tak di sangka pula Kaizo nak duduk dekat bumi dengan adik dia. "Boleh lah kita orang berkenalan dengan abang kau lebih dekat lagi"

"Yelah Boboiboy" kata Fang

Tiba-tiba sahaja Boboiboy dan Gopal terus memeluk Fang dengan eratnya. "Woi, janganlah peluk aku"

"Ala, bukannya senang dapat peluk kau. kan Boboiboy"

"Betul tue Gopal. Lagipun kita orang gembira yang kau dah pulang ke sini" Fang mengalah jelah. Dia pun membalas pelukan dia orang. Yaya dan Ying tersenyum dan gembira kerana Fang sudah kembali! YEAH!

"DRAMA APAKAH INI SAMPAI BERPELUK-PELUKAN" mereka semua memandang ke arah pintu kelas. Cikgu Papa Zola sedang berdiri dan melihat gelagat mereka

"Kenapa dengan kamu Fang. Luka sana luka sini sampai kaki kena balut. Kamu bergaduh dengan siapa sampai menjadi seperti ini" Mereka hanya tergelak sahaja. Masing-masing tak nak bagitau apa yang terjadi sebenarnya dekat Cikgu Papa Zola

"Takde apa lah cikgu, bukan serius pun" Kata Fang

"BUKAN SERIUS KAMU KATA! Kalau lah kamu anak cikgu, CIKGU TAK KAN BAGI KAMU PERGI KE SEKOLAH DENGAN LUKA LUKA MACAM NIE" menjerit Cikgu Papa Zola sampai air liur dia terkena Fang. Fang mengelap mukanya.

"Lupa pula, Cikgu nak bagitahu kamu nie Fang" sambung Cikgu Papa Zola "Tahun depan darjah 6 nanti kamu akan masuk ke kelas pertama" Mata Fang bersinar-sinar apabila mengetahui dia akan masuk ke kelas pertama. "YAHOOO! akhirnya, aku akan mendapat no 1"

"Aik, belum peperiksaan akhir tahun, dia dah boleh masuk kelas pertama. Ini tidak adil cikgu" kata Ying

"Sebab dia ambik peperiksaan hari tue yang cikgu bagi. Lagipun kalau dia sama kelas dengan kamu berdua, sudah tentu Fang akan kena belasah dengan kamu berdua. Nak bersaing memang bagus tapi fikirkan lah tentang orang lain. Sebab tue cikgu letakkan dia ke kelas pertama tahun depan" kata Cikgu Papa Zola kepada Yaya dan Ying

"Cikgu, baik cikgu lari" bisik Gopal kepada Cikgu Papa Zola

"Kenapa?"

"Sebab Yaya dan Ying tengah marah tue" Lalu Cikgu Papa Zola berlari keluar kelas dan dikejar oleh Yaya dan Ying

"MANA ADIL CIKGU! APASAL FANG PULA YANG DAPAT KELAS PERTAMA!" Boboiboy, Fang dan Gopal melihat cikgunya dikejar oleh mereka di luar tingkap

"Terbaik" kata Boboiboy sambil ketawa kecil bersama Fang dan Gopal.

TAMAT

Selamatkan Aku!Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum