Selamat Tinggal

2.7K 145 42
                                    

Pada ketika dahulu, semasa Kaizo dan Fang masih kecil lagi. Kehidupan mereka penuh dengan keceriaan dan kebahagian. Mereka sangat disayangi oleh kedua ibu bapa mereka. Walaupun Kaizo selalu mengusik Fang dengan mengejek Fang kerana dia tidak dapat menyebut namanya dengan betul tetapi dia sangat sayang dengan adik kecilnya itu. Sehingga membuatkan Fang betul-betul mempercayai bahawa nama betul dia Pang. Kedua ibu bapanya selalu melihat gelagat mereka yang begitu manja dan rapat sekali.

Tetapi semua itu tidak kekal lama. Ratu Lily telah menghancurkan semua kebahagian mereka. Sebelum Ibu Kaizo mati di tangan Ratu Lily, dia berpesan agar menjaga adik dia dengan baik, manakala ayah dia sempat memberi jam kuasa yang sudah lama dia miliki kepada Kaizo. Kaizo mendukung adiknya yang sedang nyenyak tidur dan selamatkan diri mereka daripada Ratu Lily. Fang tidak tahu apa yang telah berlaku ke atas kedua bapanya. Kaizo sendiri tidak pernah cerita kepadanya. Kaizo tidak mahu adiknya sedih, jadi setiap kali Fang bertanya mana ibu bapa mereka, Kaizo hanya berdiam diri sahaja.

Semenjak kejadian itu, Kaizo berubah menjadi seseorang yang lebih tegas dan ganas. Itulah dia Kaizo yang penuh dengan keganasan tetapi semuanya untuk kebaikan adiknya. Setiap hari Kaizo tidak terhenti-henti berlatih dengan jam kuasa yang diberikan oleh ayahnya. Siang malam Fang asyik memerhatikan abangnya berlatih dan tiada masa lagi untuk bermain bersama. Fang rindukan abangnya yang dulu, setiap kali diajak bermain, abangnya menolak ajakan dia. Pada suatu hari, Fang sedang bermain-main dengan sphera kuasa yang dijumpainya. Pada masa yang sama, dia diperhatikan oleh alien jahat. Alien itu hanya inginkan kuasa dari sphera kuasa, lalu dia menyerang Fang dan Sphera kuasa. Kaizo sempat menyelamatkan adiknya tetapi malangnya sphera kuasa telah ditangkap oleh alien jahat.

Dari situ, Kaizo menyertai satu pasukan. Pasukan yang akan melindungi sphera kuasa daripada jatuh ke tangan yang salah. Dia juga dilatih sehingga mendapat pangkat kapten. Jadi, bermulal ah pengembaraan dia untuk pergi mencari dan melindungi sphera kuasa sampai lah dia bertemu dengan sebuah planet. Planet yang dimiliki oleh Ratu Lily. Mereka bertemu lagi tetapi kali ini dia telah bersedia dan akan mencari kedamaian untuk kedua ibu bapanya. Dia dan Lahap musnahkan semua kota-kota kegelapan Ratu Lily dan juga askar-askar kegelapannya. Ratu Lily sempat melarikan diri dan berjanji bahawa Kaizo akan menerima padahnya.

Fang yang sudah dalam belasan tahun, telah dihantar ke bumi untuk mencari dan merampas jam-jam kuasa. Fang sebenarnya tidak mahu menyertai misi ini tetapi dia takut dengan abangnya yang suka memberikan dia hukuman. Tetapi semua hukuman yang diterimanya adalah untuk kuatkan dirinya supaya tidak lemah. Fang terpaksa ikut sahaja kata-kata abangnya sehingga dia dipaksa ditinggalkan sorang-sorang di bumi. Fang keliru dengan keputusan abangnya tetapi pada masa yang sama, dia sangat sayangkan abangnya. Semenjak itu, Fang berasa sungguh sunyi. Dia tiada kawan untuk bermain, untuk bergelak ketawa dan dia juga tidak tahu macam mana hendak berkawan kerana abang dia tidak pernah ajar dia erti persahabatan.

Dari situlah dia berazam hendak menjadi popular. Mungkin dari situ dia akan mendapat kawan tapi malangnya, dia masih lagi tiada kawan. Fang boleh dikatakan sifat yang sombong dan kurang bersosial dengan kanak-kanak lain. Setiap hari di dalam kelas dia akan melihat di luar tingkap dan memandang ke arah langit kerana dia rindukan abangnya. Tetapi semuanya berubah semenjak Boboiboy telah berpindah sekolah ke Pulau Rintis. Mereka selalu bersaing pada awalnya dan Fang masih lagi dengan sifat yang sombongnya tetapi lama-kelamaan, Fang mulai berubah. Dari satu pengembaraan ke satu pengembaraan, mereka menjadi kawan. Walaupun mereka suka sangat pertelingkahan dan Fang yang suka sangat kacau Boboiboy, mereka tetap menganggap mereka adalah kawan. Maka dari situlah Fang belajar erti persahabatan antara dia, Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying.

aaaaaaaaaaaa

Gopal, Yaya dan Ying mengejar Boboiboy dari belakang. Boboiboy yang tidak terhenti-henti mencari Fang seluruh Pulau Rintis. Dia tidak patut meninggalkan Fang sorang-sorang di situ tetapi pada masa yang sama, Kapten Kaizo dalam bahaya. Dia terpaksa meninggalkan Fang sebentar untuk menyelamatkan Kapten Kaizo. Malangnya Fang telah tertangkap oleh Ratu Lily.

Selamatkan Aku!Where stories live. Discover now