AID | 5

7.3K 566 34
                                    

Malu.

Perkataan yang sangat sesuai buat Yoonji apabila bertembung dengan Jungkook.

Bila bercakap aje, dia takkan pandang muka Jungkook. Kalau tidak, pasti dia akan teringat pasal pagi tadi.

Ciuman itu.

"Ikut aku."

Kata Jungkook yang datang dari arah belakang. Yoonji memandang skrin tv yang memaparkan Bangtan menyanyi.

"Pergi mana?"

"Keluar beli barang dapur. Tadi kau jugak mengadu barang dapur tak de kan."

"Hurm. Kejap laa. Nak tukar baju."

"Cepat sikit."

Jungkook keluar dari rumah dan pergi memanaskan enjin kereta. Selepas beberapa minit, Yoonji keluar.

Maka, mereka berdua
bergerak pergi.

++

Yoonji mengambil beberapa bahan masakan dan masukkan ke dalam troli.

Manakala Jungkook mengikut nya dari belakang.

"Kita nampak sweet macam niey. Beli barang dapur sama - sama. Kau pilih dan aku tolak troli niey untuk kau. Macam suami isteri yang lain buat."

Kata Jungkook; memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

"Kau fikir niey sweet ke? Aku tak rasa macam tuey. Diorang lain dan kita lain. Kita nikah bukan dasar suka sama suka pun. Dan tiada istilah sweet antara kita bagi aku."

Balas Yoonji.
Jungkook sentap jap.

"Kalau macam tuey, kita bina perasaan tuey. Aku layan kau dengan baik dan kau pun macam tuey jugak. Kita buat macam pasangan lain buat."

Yoonji berhenti berjalan. Jungkook terkejut. Hampir sahaja dia mahu melanggar isteri nya dengan troli.

Nasib sempat brek.

"Ntah. Aku tak tahu."

"Kita try."

Yoonji mengangkat kedua bahu nya dan kembali berjalan. Lepas beberapa minit, Yoonji dah siap pilih barang.

Tinggal nak bayar aje.

"Dah cukup ke semua?"

"Dah."

"Ambik kunci kereta niey. Tunggu aku dekat dalam. Niey semua biar aku yang bayar."

"Aku boleh bayar sendiri laa."

"Tak payah! Dengar aje cakap aku. Buat apa yang aku suruh. Pergi sekarang."

Yoonji mendecit. Diambil kasar kunci kereta dekat tangan Jungkook dan berlalu pergi.

Jungkook menggeleng kepala.

++

Jungkook berhentikan kereta dekat bawah sebuah pohon besar. Teduh dekat situ sebab terlindung kan.

Dia memandang Yoonji yang dari tadi senyap aje. Haih! Susah kahwin dengan orang yang kuat merajuk.

"Aku minta maaf."

Kata Jungkook.
Yoonji diam. Dia masih setia menatap pemandangan dekat luar.

Jungkook mengeluh dan keluar dari kereta. Dia berjalan dekat tempat duduk Yoonji lalu membuka pintu.

"Jom!"

Ditarik tangan Yoonji supaya keluar dari kereta. Yoonji merentap tangan dia.

"Nak pergi mana?!"

"Ikut aje."

Yoonji mendecit. Nak tak nak, dia terpaksa ikut Jungkook.

++

Mata Yoonji membulat melihat koleksi baju di butik Arfa. Dia pantang betul kalau tengok baju yang cantik - cantik.

Tanpa menghiraukan Jungkook, dia segera membelek baju tersebut. Jungkook biarkan sahaja kalau itu yang mampu buat Yoonji kembali tetsenyum.

"So pretty!!"

Kata Yoonji. Dia padankan baju tersebut dekat badan dia sambil tetsenyum.

Jungkook mendekati Yoonji dan meletakkan kedua tangan dekat atas bahu Yoonji.

"Kau cantik sangat dengan baju
niey. Ambil laa. Aku belanja kau."

Yoonji terkedu. Kali pertama Jungkook memuji diri nya. Dia melihat Jungkook melalui biasan cermin.

Jungkook tersenyum manis dekat dia. Senyuman itu sangat manis dan mampu mencairkan ramai wanita dekat luar sana.

"Berangan kau eah. Mehh cniey baju niey. Aku bayarkan."

Jungkook mengambil baju tersebut dan membawa ke kaunter. Jantung Yoonji berdegup laju.

Cinta?

++

vote.
comment.
double update

do read my other books;
-Pencuri Dompet #Jimin
-Kurungan Cinta #Jhope

[C] Aku Isteri Dia | jjkWhere stories live. Discover now