AID | 18

4.8K 393 44
                                    

"Hey! Kau lepaskan aku laa!! Aku nak keluar dari sini! Aku nak cari Yoonji dan hidup dengan dia!"

Jerit Seokjin dengan kuat. Dua pekerja hospital tidak mampu hendak melawan Seokjin yang luar biasa bertenaga itu.

Yoongi dan Taehyung cuba untuk menenangkan Seokjin.

"Doktor, cepat sikit!"

Gesa Yoongi.
Doktor Lim mengangguk dan dia terus memasukkan pil tidur ke dalam badan Seokjin.

Semakin lama, badan Seokjin jadi lemah dan akhirnya dia tertidur. Yoongi menyelimutkan dia sampai ke dada.

++

Jungkook dan Yoonji terus mengesa ke hospital setelah mendapat tahu perihal Seokjin dari Hoseok.

Pintu dibuka.

Mereka dapat melihat sekujur tubuh yang sedang lena tidur di atas katil dengan kesan calar balar dan berbalut di badan.

"Apa jadi?"

"Dia cederakan diri dia semalam dan omma dia kata dia meracau cakap benda yang merepek merapu."

Kata Namjoon.

Jungkook dan Yoonji mendekati katil Seokjin. Melihat badan nya yang dah berbalut itu. Jauh di sudut hati, mereka kesian melihat nya.

"Dia tidur sebab doktor bagi ubat tidur tadi. Dah lebih dua jam agak nya. Dia meracau lagi pagi tadi."

Kata Namjoon lagi.

Pintu dikuak. Dan terjengul wajah Taehyung dan Jimin dengan membawa plastik di tangan. Mereka dari kedai untuk membeli roti.

"Nah untuk kau!"

Jimin menghulurkan roti dan air mineral kepada Yoongi dan Hoseok. Tidak lupa juga kepada Namjoon.

"Aunty dengan Shingyu tak datang?"

"Diorang dari semalam lagi datang. Tapi pagi niey, kitaorang suruh diorang balik rumah. Kesian aku tengok omma dia. Sampai sembap mata."

Jawab Hoseok.

Terangguk - angguk Jungkook mendengar kata dari Hoseok. Sedang mereka leka seketika, Seokjin membuka mata. Mata nya melilau melihat ke sekeliling nya.

"Dah bangun?"

Soal Jungkook. Pertanyaan tidak dijawab malahan pandangan yang tajam yang diberikan kepada Jungkook. Jungkook perasan tetapi dia buat bodoh sahaja.

Seokjin bangun dengan perlahan - lahan namun dihalang oleh Yoonji. Seokjin tersenyum dan mendengar kata Yoonji.

"Sayang sihat tak?"

"Huh?"

"Saya tanya, sayang sihat tak?"

"Errrrr...si--sihat."

Teragak - agak Yoonji mahu menjawab pertanyaan tersebut. Dah kenapa dengan Seokjin niey? Yoonji dapat rasakan yang itu bukan Seokjin.

Kawan yang lain terkejut juga mendengar Seokjin memanggil Yoonji begitu. Dia benar - benar dah lain.

"K--kau oo--okey?"

"Saya mesti laa ok, sayang."

Seokjin tersenyum. Perlahan dia mengelus rambut Yoonji. Ini sengaja atau memang dia tidak 'sihat'? Berombak dada Jungkook melihat adegan itu.

[C] Aku Isteri Dia | jjkWhere stories live. Discover now