BAB 4

436 36 0
                                    

J-hope p.o.v

Selepas menghabiskan masa di tempat lepak kitorang, kami terus balik ke rumah.

Sepanjang perjalanan aku tak boleh melelapkan mata.Semua kawan aku dah sampai di alam mimpi kecuali jin hyung sebab dia tengah memandu.

Apabila aku melihat jin hyung, aku teringat perbualan kami berdua siang tadi.

Flashback..

Aku menanyakan soalan kepada jin hyung.

"Kalau di antara kita ada yang tinggalkan kita suatu hari nanti macam mana?? ",tanya aku.

"Apa yang kau cakap ni hoseok?? Jangan pikir bukan-bukan lah",kata jin hyung yang berasa tidak senang dengan soalan tu.

"Hyung, hoseok tanya je pun.Semua manusia tak lari daripada mati hyung. Hyung kena ingat tu",kataku lagi.

"Ye, hyung tahu tu. Tapi kalau boleh hyung nak hidup lama lagi dengan korang. Hyung tak nak korang tinggalkan hyung!! ",kata jin hyung dengan nada sedih.

Apabila mengingatkan perbualan kami berdua siang tadi, aku berasa bersalah dengan jin hyung kerana menanya soalan sebegitu dekat dia.

Tetapi sejak akhir-akhir ni aku tak tahu kenapa aku selalu resah dan rasa tidak sedap hati seperti ada benda yang akan berlaku.

Aku cuba lupakan perasaan tu dan terus tidur tanpa memikirkan terlalu kuat tentang hal tak penting tu.

⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨
Namjoon p.o.v

Keesokkan harinya...

Aku terbangun dari tidur kerana bunyi bising dari luar bilik.Aku masih terasa penat kerana perjalanan semalam untuk sampai ke rumah agak jauh.

Aku cuba untuk melelapkan mata sekali lagi tetapi...

YOONGI HYUNGGGGG!!!!!!!!!!!!!

Aku terjaga kerana bunyi suara orang menjerit dari bawah.Kenapa dengan diorang ni. Aku nak tidur pun tak senang.
Aku pun turun dari katil dan keluar dari bilikku. Aku lihat ramai yang berkumpul di hadapan tandas. Aku pelik kenapa diorang nak berkumpul kat tandas ni je.

Ada 1 lagi tandas kat atas. Kenapa tak pergi je kat sana??

"Korang buat apa memekak pagi-pagi buta depan tandas ni?? ",tanyaku.

"Ni suga hyung ni dia dah lama dalam tandas tu. Aku pun tak tahu apa yang dia buat kat dalam tu",kata jimin.

"Kan ada 1 lagi tandas kat atas.. Asal tak guna yang tu?? ",tanyaku.

"Kau ni amnesia ke namjoon?? Kau tak ingat ke hari tu kau dah rosakkan pam tandas tu. Mana boleh guna dah. Kena baiki dulu",kata jin hyung.

Aku menggaru kepala dan tersenyum kambing. Asal lah aku boleh tanya soalan tu.. Lupa pulak dah rosak.

"Lepas tu macam mana ni?? ",tanyaku.

Semua pakat mengangkat bahu tanda tidak tahu. Jimin dah terjerit-jerit sambil ketuk pintu bilik air sebab dia nak buang air besar.

Selepas tu aku teringat yang yoongi hyung kan suka tidur. Jangan kata dia...

"Wei korang aku rasa dia tidur dalam tu.. Dia kan suka tidur",kataku.

"Aduh hyung ni!!! Hyung bangunlah hyung!!!!! ",rungut jimin sambil ketuk pintu tandas berkali-kali.

"Apa kata kita pecahkan je pintu ni",kataku memberi cadangan.

"Kau jangan buat kerja gila namjoon. Tandas atas pun tak baiki lagi. Nak baiki tandas ni pulak",kata jin hyung.

"Hah!! Kookie ada idea!! ",kata jungkook.

Dia pun pergi ke arah pintu tandas dan menjerit "Yoongi hyung!!!! Ada lipas hyung!!! Lari!!! ".

Tiba-tiba pintu tandas terbukak dan muncul yoongi hyung lari lintang-pukang. Jimin terus masuk dalam bilik air untuk membuang.

V, jungkook, hoseok dan jin hyung gelak siap berguling-guling lagi tengok yoongi hyung lari.

"Lawak gila yoongi hyung lari.. Haha",kata jungkook.

"Yoongi hyung penakut rupanya. Haha",kata V pula.

"Hah! Jin hyung dah masak ke belum? ",tanyaku kepada jin hyung.

"Belum sebab diorang la ni",kata jin hyung.

"Takpelah kita makan kat luar je lah hari ni sambil tu kita boleh pergi satu tempat ni",kata ku.

"Pergi mana hyung?? ",tanya V.

"Adalah. ",kataku dan terus naik ke atas meninggalkan mereka.

TBC...

[C]FRIENDSHIP(BTS)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang