BAB 35

177 14 0
                                    

"My parents house made up one realm. This realm was familiar to me in almost every way mother and father, love and strictness, model behavior, and school"

♣♣♣♣♣♣♣♣

Namjoon p.o.v

Setelah dia berlalu daripada bilik hoseok, dia masuk ke biliknya. Dia duduk melihat malam yang gelap gelita di beranda.

Dia mengenang kembali memori lama yang menyebabkan dia menolong hoseok sekarang ini.

Flashback....

Semasa namjoon masih kecil, dia sering bermain di dalam sebuah hutan. Hutan tersebut adalah seperti pintu yang membezakan antara dunia devil dan dunia angel.

Walaupun ibu bapanya sering menasihati dia supaya tidak bermain di kawasan tersebut, namjoon sangat degil untuk mendengar nasihat ibu bapanya.
Pada suatu hari, dia pergi ke hutan tersebut. Semasa dia berjalan, dia terjumpa sebuah sungai yang sangat cantik.

Dia bermain di sungai tersebut tanpa mempedulikan air yang mengalir sangat deras itu. Ketika dia sedang asyik bermain, tiba2 kakinya tergelincir dan masuk ke dalam sungai.

Dia mula berasa lemas dan cuba untuk meminta tolong. Dia hanyut di bawa arus sungai tersebut sehingga lah sampai ke kerajaan Royal Angel.

◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇

Ketika hoseok sedang bermain di kawasan tersebut, dia ternampak seorang budak lelaki lemas di dalam sungai.

Dia terus terjun ke dalam sungai untuk menolong budak lelaki tersebut. Apabila dia dapat menyelamatkan budak tersebut, dia terus bawa budak itu ke tebing sungai.

Hoseok melihat budak lelaki tersebut terbatuk-batuk kerana menelan terlalu banyak air.

"Kamu tak apa2 ke?? ",tanya hoseok.

"Saya tak apa2. Terima kasih sebab tolong saya",kata budak lelaki itu.

"Boleh saya tahu nama awak?? Awak ni asal dari mana? ",tanya hoseok.

"Nama saya namjoon. Saya berasal dari kerajaan Villian Devil",kata namjoon.

"Oohh.. Nama saya hoseok. Saya dari kerajaan Royal Angel. Selamat berkenalan",kata hoseok sambil tersenyum manis.

Flashback end....

Disebabkan peristiwa itu lah aku cuba untuk menolong hoseok dengan memberikan petunjuk tentang taehyung kepadanya. Kerana aku terhutang budi dengan bantuan hoseok yang menyelamatkan aku semasa lemas dahulu.

♠♠♠♠♠♠♠♠

V p.o.v

Selepas daripada aku bunuh jimin tu, aku terus pulang ke rumah dan masuk ke bilikku. Nasib baik yang lain dah tidur masa tu.

Keesokkan harinya...

Apabila aku bangun dan bergerak ke dapur, aku terkejut dan tergamam apabila melihat jimin duduk di meja makan. Aku berdiri tegak dekat situ sambil melihat jimin.

"Hah taehyung! Kau berdiri tegak kat situ buat apa?? Jom lah sarapan sekali",kata jin.

Aku yang tersedar dengan teguran jin terus pergi duduk di meja makan. Aku makan sambil melihat jimin. 'Kenapa dia hidup lagi??? Sepatutnya dia dah mati', bisik hatiku.

Kepalaku berlegar-legar dengan soalan dan hatiku mula berasa tidak puas hati kerana rancanganku tak berjaya.

Selepas sahaja makan, aku terus keluar daripada rumah dan pergi ke sungai han.

Sampai sahaja di sungai han, aku menjerit sekuat hati sambil menghadap sungai han.

"AAHHHHHHH!!!! ",jeritku. Aku perasan orang ramai mula melihat ku pelik tetapi aku tidak kesah pasal tu.

Apa yang aku kesah sekarang ni.. Kenapa jimin tak mati!!!????

"BODOH LAHHHH!!! ",jeritku lagi.

Tiba2 aku merasakan ada orang yang memegang tanganku dan menarikku pergi daripada situ. Aku melihat orang yang menarik tanganku itu dan orang itu rupanya hoseok.

Dia menarikku ke tempat yang tidak mempunyai banyak orang. Dia memandangku dengan pandangan yang sangat marah.

Dalam kepalaku tertanya-tanya kenapa dia pandang aku macam tu. Secara tiba2 dia menampar pipiku.

Aku terkejut apabila hoseok menamparku. Pipiku berasa sangat sakit disebabkan tamparannya.

"Hyung, apa yang hyung buat ni?? Kenapa tampar taehyung?? ",tanyaku.

Aku cuba untuk menahan kesabaranku dengan menanyakan soalan tersebut. Ikutkan hatiku ingin sahaja aku menampar muka si hoseok itu.

"KAU BOLEH TANYA AKU KENAPA AKU TAMPAR KAU!!!! KAU FIKIR BALIK APA KESALAHAN YANG KAU DAH BUAT LAH BODOH!! ",marah hoseok sambil menumbuk muka taehyung.

Aku terjatuh ke belakang kerana tumbukan hoseok itu. Darah keluar daripada mulutku.

"Hyung buat apa ni?? Taehyung tak buat apa2 pun lah. Apa salah taehyung?? ",tanyaku lagi.

"Kau cuba bunuh jimin semalam kan BODOH!!! ",marah hoseok sambil menarik kolar bajuku.

Aku terkejut apabila hoseok memberitahu perkara tersebut. 'Rupanya dia lah yang mengacau rancangan aku', bisik hatiku.

Hatiku mula membara apabila tahu hoseok yang menghancurkan rancanganku untuk membunuh jimin. Aku terus menumbuk muka hoseok.

"KAU RUPANYA YANG KACAU RANCANGAN AKU.. LAIN KALI JANGAN SIBUK HAL ORANG LAH!! ",kataku sambil menumbuk muka hoseok sekali lagi.

Tbc.....

[C]FRIENDSHIP(BTS)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora