Pada cuti hujung minggu kali ini, keluarga Akief telah pergi bercuti di Pulau Langkawi.
Di rumah peranginan milik keluarga Akief.
Akief duduk termenung di beranda ruang tamu rumahnya yang menghadap ke arah laut.
"Seronok termenung, berangan apa?"tegur satu suara dari arah belakang membuatkan lamunan Akief mati di situ. Akief memandang ke arah belakang.
"Eh, kau ke. Mana yang lain?"tanya Akief kepada si jejaka yang menegurnya.
"Ada kat dapur, tengah masak makanan tengah hari"balas si jejaka sebelum mengambil tempat di kerusi yang kosong.
"Ouh..." kata Akief, dia kembali memandang ke arah laut.
Bagi dia hal dapur tu biarlah perempuan yang uruskan, dia yang lelaki ni hanya mampu makan je. Maklumlah, tak pandai masak.
Mereka senyap untuk seketika.
"Kau ni aku tengok asyik mengelamun je. Ada masalah ke bro?"tegur Si jejaka memecah kesunyian antara mereka berdua.
Akief tersenyum lalu tertunduk sebelum membalas soalan itu.
"Tak adalah bro, hal kerja. Biasa lah tu"balas Akief dengan senyuman kepada sepupunya yang seorang ini a.k.a anak kepada kakak Babah Akief iaitu Waheeda. #tengkuwaheeda
"Yang kau ni, asyik tersenyum macam kerang busuk pahal?"tanya Akief kepada Sepupunya itu. Kelihatan gembira sungguh wajah si sepupunya itu.
"Hehe, aku dah tersyok kat satu minah ni lah Kief"kata Ryu. Dia tersengih malu.
"Amboi kau ni, belum apa-apa lagi dah cari dah" kata Akief. Sebenarnya Ryu baru sahaja menamatkan Pengajiannya di luar negara dan baru balik ke Malaysia 3 bulan yang lepas.
"Well, dah takdir aku jumpa ngan dia nak buat macam mana. Takkan nak tolak kot." kata Ryu. Akief hanya tersenyum melihat telatah Ryu.
"By the way, siapa minah tu? Kau jumpa dia kat mana?"tanya Akief, berminat ingin tahu siapakah gerangan si gadis yang dapat menarik hati sepupunya ini.
"Aku jumpa dia time aku ikut mummy aku gi kenduri kahwin anak kawan dia, 3 minggu lepas." Cerita Ryu. Kelihatan bahagia di wajah Ryu bila bercerita mengenai gadis yang dia jumpa di Majlis Perkahwinan anak kepada Mummynya.
"Siapa dia tu, nanti aku bagitahu. Aku nk buat kejutan." Sambung Ryu.
"Hak eleh, apa ni bro."kata Akief. Dia baru nak tahu siapa, mana tahu dia kenal ke, boleh tolong. Dia agak kecewa di situ.
"Nanti kau tahu juga. Relax lah"kata Ryu. Dia kelihatan excited. Teruja sangat macam budak 5 tahun dapat mainan yang dia suka.
Akief hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepalanya bila melayan gelagat sepupunya yang tidak matang itu walaupun umur dia tua setahun daripada Akief. Dia tidak berani ingin memaksa Ryu untuk bercerita lanjut bak kata Ryu nanti dia tahu juga. Jadi! Kita tunggu je lah.
"Abang akief, abang Ryu. Mama panggil makan" panggil adik perempuan kepada Akief iaitu Tengku Nur Zara menamatkan perbualan kosong mereka.
"Okay, kejap lagi abang datang"kata Akief kepada adik perempuannya itu.
Zara pun kembali ke dapur.
"Mama nanti diaorang datang" kata Zara kepada Mamanya yang sedang sibuk menghidangkan makanan di atas meja makan.
"Okay, Zara tolong Hani senduk lauk"kata Puan Maisarah, mengarahkan Zara menolong kakaknya iaitu Tengku Nur Hani.
Zara pun menolong tanpa banyak membantah.
Tidak lama kemudian, Akief dan Ryu muncul di dapur.
"Ma, masak apa?"tanya Akief kepada Mamanya.
"Mama masak lauk kesukaan Babah kamu dengan uncle zahid kamu"balas Puan Maisarah.
Akief hanya membalas dengan senyuman.
Tanpa mereka sedar Ryu sudah pun mengambil tempat duduknya di meja makan.
Dia kelihatan terliur bila melihat lauk yang terhidang di atas meja.
Bau yang sangat menyelerakan menaikkan lagi selera makannya.
Ryu menjadi tidak sabar untuk menikmati hidangan istimewa itu.
Dengan tepat pada masa yang ditunggu-tunggu oleh Ryu, akhirnya babah kepada Akief dan daddy kepada dia muncul di ruang dapur. Dengan kehadiran mereka berdua, mereka dapat memulakan makan beradab bersama-sama.
"Patutlah bau sedap, dah siap masak rupanya"kata Babah Akief iaitu Tengku Abdul Nasir lalu berdiri di sebelah isteri tersayang.
"Ni kalau diaorang berdua yang masak mesti power rasa dia" kata Daddy Ryu iaitu Encik Zahid sambil senyum mengusik memandang isterinya.
Tengku Waheeda tersenyum-senyum malu bila si suami mengusik dirinya di depan orang ramai.
"Abang ni, ada-ada je" kata Tengku Waheeda lalu memukul lengan suaminya lembut. Mereka di situ hanya tersenyum melihat.
"Babah, uncle jom kita makan. Akief tengok si Ryu ni dah lapar benar. Rasanya hampir belubang meja ni dia tenung dengan mata laser dia tu" tegur Akief membuatkan semua orang mula melarikan pandangan mereka daripada pasangan suami isteri itu kepada si Ryu. Dia menahan tawanya bila melihat tingkah laku Ryu daripada tadi.
Ryu tersedar daripada dunianya bila dia terasa yang dia menjadi tarikan ramai. Dia memandang ahli keluarganya dengan blur.
"Kenapa? Ada apa-apa ke?"tanya Ryu,blur~
Mereka ketawa melihat riaksi blur Ryu. Ryu bertambah bingung bila orang mengetawakan dia.
Dia hanya tersenyum bingung. Kepalanya yang tidak gatal digaru kerana bingung.
Akief menepuk bahu Ryu lalu menggelengkan kepalanya dan menghadiakan satu senyuman buat Ryu. Ryu lagi blur bila Akief senyum kepadanya.
"Jom kita start makan."ajak Encik Zahid melarikan perhatian semua orang.
Bila mendengar ayat Encik Zahid, Ryu sudah lupa kes tadi. Dia menjadi excited. Mereka pun mengambil tempat masing-masing di meja makan. Mereka pun memulakan makan tengah hari dengan bacaan doa daripada Encik Zahid.
______________________________________
Selepas selesai melakukan solat isyak berjemaah, Akief meminta diri untuk berehat di dalam biliknya.
Akief merebahkan dirinya di atas katil yang empuk. Dia mengeluh.
Lama dia merenung siling di dalam biliknya.
"Zahrah"
Hanya itu yang terungkap daripada mulut Akief sebelum dia mengeluh.
Dia memejam matanya rapat.[Flashback]
Selepas talian dimatikan, Akief memejamkan matanya rapat. Nafas di tarik panjang dan dalam lalu dihembuskan dengan perlahan.
Matanya kini berair tetapi dia menahan.
Wajahnya diraup lembut. Telefon bimbitnya disimpan di dalam poket seluar.
"Betul ke apa yang aku buat ni?"soal Akief kepada dirinya. Dia tidak pasti sama ada keputusan yang dia pilih ini betul atau salah.
[End of the flashback]"Wooo! Woo! Bro! Apa kau fikir ni Akief oii~" kata Akief bila dia tersedar daripada lamunan dia.
Dia daripada baring terus bertukar posisi kepada duduk.
Dia menarik nafas dalam. Wajahnya diraup lalu dia menghembuskan nafas dengan perlahan. Dia memarahi dirinya kerana membenarkan dirinya terbuai lagi oleh kenangan yang ingin dia lupakan.
Dengan tiba-tiba telefon bimbit miliknya berbunyi membuatkan dia terlompat akibat terkejut. Telefon bimbitnya yang berada di atas meja kecil tepi katil di pandang tajam.
"Aduhh phone ni, sakit jantung aku lah!" Marah Akief sebelum telefon itu dicapai.
Tanpa melihat skrin telefon, Akief terus menjawab panggilan telefon itu.
"Assalammualaikum, siapa ni?"tanya Akief sesudah menjawab panggilan itu.
"Waalaikummusalam, oii Faiz! Kau bila nak bayar hutang aku?! Kau ingat aku siapa nak tunggu kau bayar hutang aku lama-lama! Kau kat mana sekarang ni?!" Marah pemanggil di talian membuatkan Akief blur. Dia menjauhkan telefon daripada telinganya. Suara lelaki itu membuatkan telinganya sakit.
"Maaf encik, saya ni bukan Faiz. Encik salah nombor ni" balas Akief selepas lelaki itu berhenti membebel.
"Huh? Bukan Faiz? Habis ni siapa?"tanya lelaki di talian.
"Saya Akief" balas Akief.
"Ouhh iyer ke? Maaf salah nombor" kata lelaki di talian dan terus mematikan talian.
Krik... krik...krik...
Apakah?...
Akief memandang telefon bimbitnya.
"What the...? Apalah nasib aku. Dah lah kena bebel free of charge. Tsk tsk tsk. Ayoyoyo" kata Akief. Dia bagaikan tak percaya apa yang jadi tadi. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya.
Telefon bimbitnya diletakkan ke tepi sebelum merebahkan badannya semula. Dia pun menutup mata dan tanpa dia sedar dia sudah terlena dibuai mimpi.
YOU ARE READING
Sejujurnya Aku Masih Cinta (Discontinue)
Romance"Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana kan" - Zharah Zafirah Zafrah, si gadis berkaca mata. "Cinta, sayang tapi... aku tak tahu lah weii"- Tengku Al Akief, si jejaka pandai.