"Assalammualaikum" jawab Zahrah. Dia mengangkat panggilan telefon daripada Ryu.
[Waalaikummusalam, Zahrah. Akief dah sedar]
"Ouh ye ke? Alhamdulillah. Kejap lagi saya sampai dah on the way dah ni" balas Zahrah.
[Okay, drive safely]
Zahrah pun menamatkan panggilan telefon kerana pada masa itu dia sedang memandu kereta. Tak pasal-pasal ada yang kemalangan. Huish! Mulut tu! Minta dijauhkan.
"Kenapa kak?"soal Iswani yang berada di tempat duduk sebelah Zahrah.
"Tengku dah sedar" balas Zahrah.
"Ouh, Alhamdulillah" kata Iswani.
Mereka pun meneruskan perjalanan.
______________________________________"Korang tak balik lagi?"tanya Akief. Dia baru sahaja sedar.
"Belum. Tunggu kau sedar" balas Ryu.
Akief hanya menganggukkan kepalanya dengan lemah.
"Tengku, kejap lagi keluarga Tengku akan sampai" kata Syazwana. Dia baru sahaja selesai menjawab panggilan telefon daripada Keluarga Akief.
Lega benar mereka bila Syazwana mengatakan bahawa Akief sudah sedarkan diri.
Tiba-tiba ketukan pintu menarik perhatian mereka bertiga.
Tombol pintu dipulas, pintu ditolak sedikit. Muncul wajah comel Iswani bersama-sama dengan beg plastik yang penuh dengan makanan diikuti oleh Zahrah di belakangnya.
Akief terkedu apabila melihat Zahrah berada disitu. Dia tidak menjangkakan bahawa Zahrah akan turut ada.
Zahrah dan Iswani menghampiri katil Akief. Zahrah berdiri disebelah Ryu manakala Iswani berdiri disebelah Syazwana.
"Nah, awak punya makanan" kata Zahrah lalu menghulurkan beg plastik yang dia pegang kepada Ryu.
Ryu menyambut beg plastik itu dengan senyuman yang mekar dibibirnya.
"Thank you" ucap Ryu.
"You're welcome" balas Zahrah dengan senyuman ikhlas.
Akief hanya memerhati kemesraan antara Ryu dan Zahrah. Mesra sungguh...
Zahrah memandang ke arah Akief.
"So... macam mana dengan gastrik?"soal Zahrah.
"Macam tu jugalah" balas Akief.
"Tulah makan tu jaga, tidur kena cukup. Sekarang dah susahkan diri sendiri" kata Zahrah.
Akief tersengih-sengih kambing. Tak pasal-pasal dia kena marah.
Tanpa Akief dan Zahrah sedar, Ryu dan Syazwana memandang pelik ke arah mereka berdua.
"Zahrah"panggil Syazwana.
"Iya saya" balas Zahrah. Sekarang semua fokus pada Syazwana.
"Macam mana awak tahu yang Tengku gastrik?"soal Syazwana. Setahu dia tak ada sesiapa pun bagitahu Zahrah yang Tengku Al-Akief kena gastrik dan tak cukup tidur sebab tu boleh pengsan.
Sekarang semua mata memandang ke arah Zahrah. Zahrah tersenyum kekok.
"Ouhh, sebab masa time sekolah dulu dah biasa jadi so sebab tu boleh agak" balas Zahrah, jujur.
Bagi dia kes seperti ini dah lali sebab selalu sangat jadi. Terlebih hard-working, lama-lama diri sendiri yang tanggung akibatnya.
Nampaknya Akief masih sama macam dulu. Kaki kerja.
YOU ARE READING
Sejujurnya Aku Masih Cinta (Discontinue)
Romance"Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana kan" - Zharah Zafirah Zafrah, si gadis berkaca mata. "Cinta, sayang tapi... aku tak tahu lah weii"- Tengku Al Akief, si jejaka pandai.