Hari yang dinanti-nantikan, hari pertunangan Zara Zulaikha Zafrah dan Hazim Hairi di rumah milik Encik Yazir sekeluarga.
Walaupun cuma hanya pertunangan namun rumah agam ini dipenuhi dengan suara-suara riuh rendah milik para tetamu serta tuan empunya rumah.
Selesai sahaja menyarungkan cincin pertunangan daripada bakal mak mertua iaitu Puan Dania kepada bakal menantu, Zulaikha, mereka pun dijemput oleh Encik Yazir sekeluarga untuk menjamu selera.
Zahrah menghampiri Kakaknya setelah semua orang sudah bergerak ke ruang tamu di tingkat bawah untuk menjamu selera.
Hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam bilik milik Zulaikha.
"Tahniah akak"ucap Zahrah. Dia memeluk kakaknya manja."Terima kasih. Adik bila lagi?"tanya Zulaikha kepada Zahrah.
"Adik? Hmm... tak mahu lah."balas Zahrah.
Zulaikha memandang Zahrah pelik.
"Ia ia lah tu tak nak" kata Zulaikha.
"Nanti nanti lah kahwin. Sekarang nak enjoy" balas Zahrah.
"Ada-ada je dia ni. Jangan lama sangat enjoy nanti jadi anak dara tua" gurau Zulaikha.
"Eh eh, orang muda lagi lag" balas Zahrah.
Tiba-tiba ada orang menganggu perbualan mereka.
"Zahrah, Ryu dekat bawah" kata Farihin dengan senyuman nakal.
"Ryu? Eh dia datang?"tanya Zahrah. Dia tidak dapat menyembunyikan senyuman dibibir.
Farihin mengangguk laju.
"Cepatlah turun" ajak Farihin."Pergi sana, akak nak call Hazim kejap" kata Zulaikha.
"Nak call tunang ke, alahai so sawit~" perli Zahrah sebelum cepat cepat dia meninggalkan Zulaikha daripada dicubit.
Sakit gila kalau kena cubit dengan Zulaikha. Pernah sekali tu sampai lebam. Tsk tsk tsk, tangan apalah tu.
Zahrah dan Farihin pun berjalan turun ke tingkat bawah.
Daripada tangga lagi Zahrah dah boleh nampak kelibat Ryu.
Dia sedang melayan Abah dan Ibu.
Sesampai Zahrah di bawah, dia di hampiri oleh Qistina dan Eun Ae.
"Tu jodoh kau dah sampai"bisik Qistina namun masih boleh didengari oleh mereka.
"Eh eh kau ni" balas Zahrah. Dia sudah malu bila mereka berkata begitu.
"Malu lah tu" kata Farihin, dia menyiku lengan Zahrah.
Eun Ae sudah tersenyum senyum di tepi. Suka tengok Zahrah bila malu. Nampak comel sebab pipi dia mesti merah. Maklumlah kulit putih, senang nak nampak.
"Tu huh dia, Irah sini" panggil Puan Hasmira.
Zahrah pun berjalan menghampiri ibu, abah dan Ryu diikuti oleh Qistina, Farihin dan Eun Ae di belakang."Layan Ryu, ibu dengan abah nak layan keluarga Hazim" kata Puan Hasmira sebelum berjalan bersama Encik Yazir, meninggalkan mereka disitu.
"Hai" sapa Ryu.
"Hai" balas Zahrah.
"Mana bakal tunang Kak Zulaikha?"tanya Ryu, walaupun dia dan Zulaikha hanya beza setahun dan dia muda setahun namun dia tetap mengelarkan Zulaikha sebagai kakak.
"Mana datang" balas Zahrah. Dia memandang Ryu dengan penuh kehairanan.
"Kenapa?"tanya Ryu, dia kelihatan blur yang teramat.
YOU ARE READING
Sejujurnya Aku Masih Cinta (Discontinue)
Romance"Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana kan" - Zharah Zafirah Zafrah, si gadis berkaca mata. "Cinta, sayang tapi... aku tak tahu lah weii"- Tengku Al Akief, si jejaka pandai.