Seminggu selepas perjumpaan yang tidak dirancang antara mereka itu terjadi, Farihin, Qistina dan Zahrah telah bercadang untuk menghabiskan masa makan tengah hari mereka di Butik milik Aunty Qistina pada hari ini. Mereka hanya membeli bungkusan makanan daripada gerai nasi kukus yang terdapat di seberang jalan berdekatan butik Qaseh.
Mereka menikmati nasi kukus itu di bahagian belakang kedai supaya tidak menganggu pelangan lain yang datang ke butik ini.
"Amboi korang bertiga ni. Dah macam rumah korang buat butik ni kan." tegur seorang pekerja perempuan di situ. Dia berjalan ke arah tiga gadis itu lalu mengambil tempat kosong yang ada sebelum duduk bersama-sama mereka.
Tiga orang gadis yang sedang makan itu hanya tersenyum.
"Dekat sini selesa, best, ada akak dengan aunty untuk ajak sembang" balas Qistina.
"Kann" sokong Farihin dan Zahrah.
Mereka bertiga sangatlah rapat dengan aunty Qistina dan pekerja di sini.
"Ada-ada je lah korang ni" kata pekerja perempuan itu atau nama sebenarnya Nurul Wardah a.k.a Akak Wardah.
"Ni kamu bertiga masuk kerja pukul berapa?"tanya satu suara yang datang menghampiri mereka berempat.
"Kejap lagi Aunty Hara, sekarang baru pukul berapa. Lama lagi." balas Farihin selamba. Dia menyuap nasi masuk ke dalam mulutnya.
"Suka hati kamu lah. Jangan lambat sudah" balas Aunty Qistina iaitu Puan Hara Irina a.k.a Aunty Hara.
"Wardah, kamu tolong Sara layan customer dekat depan." Kata Puan Hara kepada pekerjanya.
"Baiklah kak" kata Wardah tanpa banyak kerenah, dia pun ke hadapan kedai untuk menolong rakan sekerjanya seperti yang telah diarahkan.
"Aunty, Uncle Yusuf dengan Qaseh tak datang sini ke?"tanya Zahrah selepas dia sudah habis makan. Dia membasuh tangan sebelum duduk di tempatnya semula.
"Diaorang keluar beli makanan, kejap lagi balik lah tu" balas Puan Hara.
"Umi!!"terdengar satu suara comel menjerit di hadapan kedai membuatkan mereka mengalih pandangan ke arah pintu yang menyambungkan bahagian hadapan dan belakang butik. Muncul satu susuk tubuh kecil gadis berpakaian dress pink berlari dengan riang ke arah mereka sebelum berhenti di kaki Puan Hara dan memeluknya manja diikuti satu susuk tubuh lelaki bersama-sama dengan plastik makan penuh ditangan.
"Panjang umur" balas Farihin.
"Hai Uncle Yusuf" sapa tiga orang gadis itu serentak. Kini mereka bertiga sudah pun habis makan dan membasuh tangan.
Lelaki yang dipanggil Uncle Yusuf itu membalas sapaan mereka dengan senyuman. Uncle Yusuf Iskandar merupakan suami kepada Aunty Hara.
Aunty Hara menyalam tangan Suaminya lalu mengambil plastik makan ditangan suaminya dan meletakkan makanan itu di atas meja.
Zahrah menghampiri gadis comel tadi.
"Hai Qaseh" sapa Zahrah lembut dengan senyuman mekar dibibirnya.
"Kak Zahrah" balas gadis itu manja.
Dia meleraikan pelukkannya pada Aunty Hara lalu memeluk Zahrah dengan manja.
Zahrah senyum melihat kerenah comel gadis kecil itu.
"Amboi manjanya dia dengan Kak Zahrah dia" tegur Qistina.
"Akak Qis jeles, Qaseh suka Kak Zahrah" balas gadis kecil itu selamba.
Zahrah, Farihin, Aunty Hara dan Uncle Yusuf ketawa mendengar jawapan daripada mulut si kecil itu. Petah dia berkata-kata.
"Hish dia ni! Tak padan kecik" bebel Qistina.
"Jeles" balas Qaseh Qaisara, anak kepada Aunty Hara dan Uncle Yusuf juga merupakan sepupu kepada Qistina.
Nama Butik ini diambil daripada nama anak mereka iaitu Qaseh kerana Butik ini ditubuhkan pada tahun yang sama Qaseh dilahirkan. Jadi butik ini dan umur Qaseh sama-sama 5 tahun pada tahun ini.
Walaupun Qistina merupakan sepupunya tetapi Qaseh lebih manja apabila dengan Zahrah kerana baginya Zahrah pandai melayan kerenahnya yang manja ini.
"Rancaknya borak" tegur satu suara. Mereka memandang ke arah suara tersebut.
Wardah dan rakan sekerjanya Siti Sara a.k.a Akak Sara datang menghampiri mereka.
"Tak adalah, ni Qaseh sakat Qistina." Kata Puan Hara.
"Kau kena sakat ngan budak 5 tahun Qistina?"tanya Sara.
Dia terasa lucu disitu. Dia menahan tawanya.
"Alah Akak ni... janganlah gelak... supportlah Qistina kalau iyer pun..." kata Qistina. Dia menunjukkan muka merajuknya.
"Alololo, kesian adik akak sorang ni yer" kata Sara. Dia menghampiri Qistina sebelum memberikan pelukan yang erat kepada Qistina. Yang lain hanya ketawa dan mengelenggkan kepala mereka melihat telatah dua orang gadis ini.Mereka memang selalu macam ni. Sakat sesama sendiri. Terasa macam Family vibe gitu.
Lagipun mereka semua memang sangat rapat dengan satu sama lain.
"Dah dah, jom makan" ajak Uncle Yusuf. Mereka pun menikmati makan tengah hari manakala tiga orang gadis yang sudah habis makan itu pun lepak di hadapan kedai dalam pada masa yang sama tolong jagakan kedai sementara mereka yang lain habis makan.
Sedang mereka berbual kosong sambil menunggu waktu makan tengah hari tamat, Zahrah mendapat panggilan telefon daripada seseorang. Dia pun mengangkat panggilan tersebut.
[Assalammualaikum, Zahrah]
"Waalaikummusalam, Ryu. Ada apa call ni?"tanya Zahrah. Nama 'Ryu' yang keluar daripada mulut Zahrah menarik minat Farihin dan Qistina.
[Saja call, ingatkan nak ajak makan tengah hari tadi tapi terlupa pula. Tu yang call tu]
"Ouh, lah iyer ke. Kalau macam tu kita top up makan tengah hari untuk esok lah. Bukannya susah pun" balas Zahrah selamba. Hubungan antara mereka berdua semakin rapat.
[Betul ke? Boleh eh?]
"Eh, betullah. Nak tipu buat apa. Mestilah boleh, asal tak boleh pulak" balas Zahrah. Terdengar suara Ryu ketawa ditalian.
[Kalau macam tu esok saya ambik awak kat tempat awak kerja. Okay?]
"Okay, nanti bagitahu pukul berapa nak ambik" kata Zahrah.
[Okay, tak ada masalah. Zahrah, i need to go now. Nanti kita sambung lagi. Bye. Thank you untuk esok. Assalammualaikum]
"Okay, Waalaikummusalam. Bye" kata Zahrah lalu menamatkan panggilan telefon. Dia perasan bahawa rakannya dua orang itu sedang memandang ke arahnya.
Zahrah memandang ke arah Fairihin dan Qistina yang sedang tersengih-sengih penuh muslihat.
"Pahal?"tanya Zahrah.
"Ryu... siapa tu? Tak pernah citer pun kat kitaorang" kata Farihin.
"Makan tengah hari bagai" sambung Qistina.
"Ada buah hati tak bagitahu kitaoramg pun..." kata Farihin
"Kann!"sambung Qistina. Mereka berdua buat muka monyok 20 sen.
Zahrah memandang rakannya. Dia tersenyum melihat telatah rakannya itu.
"Bukan buah hatilah sayang ku" kata Zahrah. Dia pun menceritakan detik pertama dia terjumpa Si Ryu ni sampai lah macam mana diaorang boleh rapat macam sekarang ni sekali dengan makan tengah hari esok. Semua dia cerita tanpa ada satu benda yang tertinggal pun.
"Oouuhhh macam itu kahh" kata Farihin.
"Macam itu lahhh" balas Zahrah. Akhirnya masa makan tengah hari pun tiba ke penghujungnya. Kenapalah hari ni terasa agak lama sangat waktu makan tengah hari mereka.
Mereka bertiga pun meminta diri untuk kembali ke tempat kerja masing-masing walaupun masa nak pergi tu si Qaseh sampai menangis nak ikut Zahrah pergi kerja sekali. Katanya nak main dengan Kak Zahrah dia tapi nak buat macam mana, diaorang kena pergi kerja bukannya boleh main pun. Terpaksalah Abi dengan Umi Qaseh pujuk dia dengan belanja Ais krim dan suruh Zahrah buat janji supaya masa cuti sabtu dan ahad nanti datang main dengan Qaseh dekat butik ni. Nak tak nak kena buat juga lah. Kalau tak memang tak stop budak kecik tu menangis. Selepas selesai isu dengan Qaseh, baru diaorang bertiga boleh pergi masuk kerja semula.
YOU ARE READING
Sejujurnya Aku Masih Cinta (Discontinue)
Romance"Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana kan" - Zharah Zafirah Zafrah, si gadis berkaca mata. "Cinta, sayang tapi... aku tak tahu lah weii"- Tengku Al Akief, si jejaka pandai.