BAB 5 - DOKTOR

12.6K 393 17
                                    

Cinta untuk Miss Doktor (Bab 5)

Rifqi mendekati Datin Miza yang berasa diruang tamu lalu duduk disebelahnya.

"Mummy, ada rahsiakan sesuatu dari Rifqi ke?" soal Rifqi sambil memandang ibunya itu.

Muka Datin Miza tiada reaksi malahan dia terus tersenyum kepada anak terunanya itu. Pandai Datin Miza berlakon. Boleh ganti Neelofa dah ni

"Mummy nak sorokkan apa dari Rifqi. Tak ada benda pun. Dah pergi kerja balik. Lunch hour kamu dah nak habis tu" kata Datin Miza lalu ditepuk bahu Rifqi untuk beredar ke tempat kerjanya semula.

Rifqi hanya mengangguk lalu mencium tangan Datin Miza. Datin Miza meninggalkan Rifqi di ruang tamu lalu ke biliknya semula.

Tak pasal-pasal si Rifqi tu jadi detektif pula kalau duduk di situ lama-lama.

Sekali lagi, Rifqi ditinggalkan di situ dengan kebingungan. Ketika itu, timbul satu idea di kepalanya.

'Kalau mummy tak nak bagitahu, then aku kena paksa Cik Iyza tu untuk bagitahu aku' Rifqi tersenyum sinis dengan ideanya itu. Bijak Rifqi bijak!

•••

Iyza kembali ke hospital lalu segera ke pejabatnya. Setelah sampai di pejabat, terus dia duduk di kerusinya. Dia menghela nafas lega. Syukur dapat lepas dari soalan Rifqi tu. Tak boleh dia bayangkan kalau dia berlama-lama di situ. Mesti Rifqi tanya macam-macam. Ish, bahaya!

Semakin lama Iyza semakin mengantuk pula. Dia meneliti jam tangannya. Dah masuk pukul 2. Patutlah rasa mengantuk. Memang time orang buat kilang tahi mata. Dia mahu melelapkan mata tetapi bila teringat dia belum solat lagi, Iyza bergerak ke surau bagi menunaikan solat Zohor.

Selepas menunaikan kewajipannya, dia segera ke pejabatnya semula. Alahai, hilang pula dah rasa mengantuk ni. Mungkin kesan air wuduk tadi. Tu yang hilang syaitan bertenggek atas mata tu.

Ketika Iyza dalam perjalanan ke pejabat semula, bahunya ditepuk seseorang. Hampir melatah Iyza dibuatnya lalu dia menoleh ke belakang. Lah, apalah si Tuan Rifqi buat kat sini ni. Haih, hampir tercabut jantung Iyza tadi.

"Apa kau nak?!" kata Iyza dengan kasar Yelah, tiba-tiba kejutkn orang. Siapa yang tak marah?

"Janganlah kasar sangat kau ni. Nanti jodoh tak sampai tau kalau muka macam nak makan orang" kata Rifqi selamba lalu tergelak.

Iyza masih lagi dengan muka seriusnya. Well, Iyza tak ada rasa nak tergelak pun dengan lawak selamba Rifqi tu. Lagipun tak kelakar langsung.

"Eh, ada kau kisah ke jodoh aku ni dah sampai ke belum? Tak kan! So blah eh kau. Semak je kat hospital ni" kataku lalu menyilangkan lenganku. Nak je Iyza hempuk dia dengan stetoskop.

Rifqi berhenti gelak, "Aku datang ni sebab ada benda aku nk bincang pasal..."

"Doktor Liyzana! Emergency ! Datang ke bilik pembedahan sekarang!" Tiba-tiba ada pengumuman di corong speaker hospital. Iyza yang sudah mendengar itu pergi meninggalkan Rifqi.

"Eh jap! Aku tak habis cakap dengan kau lagi!" Rifqi cuba menghalang Iyza.

Iyza memalingkan badannya ke belakang, "Aku ada emergency ni. Nanti-nanti lah bincang tu!" kata Iyza lalu segera berlari ke lif untuk naik ke bilik pembedahan. Hilang sudah bayang Iyza.

Rifqi meraup mukanya lalu menyeluk poket di seluarnya lalu mengambil iPhone 7 miliknya.

"Ila, saya lambat masuk office. If ada meeting tangguhkan hari esok" kata Rifqi lalu mematikan panggilan. Dia terus berlalu ke bilik pembedahan tersebut untuk menunggu Iyza. Senang sikit kerja dia nak soal siasat Miss Doktor tu.

Cinta untuk Miss DoktorWhere stories live. Discover now