BAB 48 - BERPISAH LAGI?

9.4K 268 9
                                    

Cinta untuk Miss Doktor (Bab 48)

Sejak kejadian hari itu, hubungan Iyza dengan Rifqi kembali kepada asal. Mereka juga tetap tinggal di Hongdae, Korea.

Rifqi berpindah masuk ke rumah Iyza kerana Iyza tidak mahu rumahnya dilepaskan begitu sahaja. Sayang sangat! Dah 3 tahun tinggal kat situ. Rifqi pun tak kisah sangat. Asalkan ada tempat tinggal. Look! Kalau lelaki benda ni hal kecil je, bro. Rilek sudah lah.

Mereka berdua pun hidup sebagai suami isteri bersama di bumi Korea. Perlahan-lahan juga mereka cuba membaiki hubungan mereka. Pada asalnya memang lah kekok. Lama kelamaan mereka jadi seperti biasa. Seperti 3 tahun yang lalu.

"Awak tak nak kerja kat Malaysia balik?" soal Rifqi ketika mereka berdua sedang menikmati makan malam mereka.

Iyza mengangkat kepala untuk melihat Rifqi, "Entah lah. Saya dah sayang sangat Hospital Hongdae. Rasa susah pula nak tinggalkan hospital tu" Iyza menguis-nguis nasi di mangkuknya dengan menggunakan chopstik.

"Saya tak paksa tapi ada baiknya kalau kita balik Malaysia. Awak macam dah lupa pula kita ada rumah kat sana? Mama dengan daddy? Awak dah lupa?" Rifqi sememangnya mahu balik ke Malaysia semula. Lagipun projek di Korea sudah siap. Dia juga kena uruskan syarikatnya di Kuala Lumpur itu. Kalau bukan dia, siapa lagi? Alif? Mamat tu boleh harap 50% je. Rifqi kan CEO. Wajib lah dia ada di syarikat itu selalu.

Iyza berfikir sejenak. Kalau aku tinggalkan Hongdae, macam mana dengan Ye Jin? Alah, mesti rindu kat dia nanti?

"Tengok lah macam mana nanti. Saya tak janji" Iyza tersengih dan tidak menaruh harapan sangat pada Rifqi. Rezekinya di sini pun cukup okey. Bagaimana pula dengan Rifqi? Bila difikirkan semula, Rifqi ada syarikat di Malaysia. Alah, runsingnya!

Rifqi mengangguk, "Lusa saya kena balik Malaysia. Ada banyak projek saya kena handle"

Iyza berhenti mengunyah lalu memandang Rifqi dengan terkejut, "So awak nak tinggalkan saya kat sini seorang-seorang?!" Baru sahaja dia dan Rifqi bersama, ni nak kena asing-asing balik ke?!

"Dah awak kata 'sayang sangat lah Hospital Hongdae tu'. Tinggal je lah kat sini" Rifqi meniru gaya Iyza sebentar tadi. Tak sama pun tapi cukup untuk membahan Iyza.

"Alah, tu memang betul tapi saya nak juga awak ada sekali dekat sini. Tak boleh ke?" Iyza membesarkan matanya lalu membuat muka sedih. Acah-acah aegyo depan suami sendiri, tak apa. Jangan depan suami orang sudah.

Rifqi menongkat sikunya lalu memandang Iyza yang sudah monyok, "Tak boleh lah, sayang. Siapa nak jaga company tu? Saya kan CEO dia. Senang-senang je awak suruh saya lepaskan syarikat tu"

Iyza tidak bereaksi malahan senyap sahaja. Ada betul juga apa yang Rifqi kata, dia ada rezekinya di Malaysia. Dia ada tugasnya sendiri di sana. Iyza pula ada kerjanya di sini. Dia tidak boleh menghalang Rifqi untuk ke sana kerana dia ada sebabnya yang tersendiri. Dia tiada hak untuk menghalang.

Melihat Iyza yang senyap, Rifqi mencadangkan sesuatu, "Okay lah macam ni. Kalau awak nak tinggal kat sini pun, saya tak kisah tapi make sure always call me. Nanti kalau saya ada cuti, saya datang melawat. Boleh?"

Perlahan-lahan Iyza menjatuhkan kepalanya tanda setuju walhal dia sedih sebenarnya Rifqi nak tinggalkan dia balik. Rasa sekejap sahaja dia meluangkan masanya bersama Rifqi di Korea. Baginya tidak cukup berbanding masanya yang bersendirian selama 3 tahun tanpa Rifqi di sisi.

Cinta untuk Miss DoktorWhere stories live. Discover now