BAB 41 - I MISS HER

9.4K 282 33
                                    

Cinta untuk Miss Doktor (Bab 41)

Hari-hari Rifqi tidak segembira dahulu. Dia rasa sunyi walaupun Dato'Rahmat dan Datin Firah ada bersamanya. Sekarang, Dato'Rahmat dan isterinya tinggal bersama Rifqi. Tak sanggup nak biarkan Rifqi tinggal berseorangan. Dengan pemakanan tak terurus. Apalah nak jadi ni?

Walaupun tidak seceria dahulu, dia tetap pergi ke kerja. Itupun sebab Alif yang pujuk Rifqi datang kerja. Kalau tak, memang terperaplah Rifqi dalam bilik tu. Rifqi bekerja macam biasa tetapi langsung tiada senyuman di bibirnya. Ketika bekerja pun, Rifqi mahal dengan senyumannya. Dulu bukan kemain, sekarang tidak lagi. Sehinggakan staf-stafnya takut nak tegur. Asyik-asyik mahu serius sahaja.

Ketika hari pertama Iyza pergi, Rifqi langsung tak bercakap. Makan pun tak nak. Risau Dato'Rahmat dibuatnya.

Tidak lama selepas itu, Rifqi tekad itu meneruskan hidup hasil daripada kata-kata semangat ibu bapa dan rakan baiknya. Tidak kurangnya, kata-kata semangat dari Ila iaitu PAnya.

Bekerja seperti biasa tetapi kadang-kadang tiada mood mahu makan. Sabar jelah Dato'Rahmat dibuatnya.

Persoalannya sekarang adalah, dia ni suka ke tak bila Iyza pergi?

"Assalamualaikum" Rifqi memberi salam ketika hendak masuk ke rumah. Dato'Rahmat dan Datin Firah menjawab salamnya itu.

"Rifqi, mari makan. Perut kamu tu asyik kosong sahaja. Sekurang-kurangnya, jamahlah sedikit nasi" ajak Datin Firah.

"Nantilah, ma. Rifqi tiada selera sekarang. Kalau Rifqi lapar, Rifqi turun makan. Daddy dengan mama makanlah dulu. Rifqi nak naik atas jap. Nak rehat"

Selepas menerima anggukan dari mereka, Rifqi naik ke biliknya. Mengeluh Datin Firah sejurus itu.

"Saya risau dengan Rifqi tu" luah Datin Firah.

"Abang pun sama tapi apa boleh buat. Kita dah bagi kata-kata semangat tapi dia tetap macam tu" Dato'Rahmat menguis-guis nasi di pinggannya. Ayah mana tidak risau akan anaknya. Ye dok?

"Kalau saya tahu dekat mana Iyza tu, dah lama saya bagitahu" Walaupun dia hanya ibu tiri, dia tetap juga risau.

"Itulah" Dato'Rahmat bersetuju. Akan tetapi, Iyza cuma memberitahu dia akan ke luar negara atas urusan kerja dan atas sebab yang lagi satu itu. Dia tidak pula memberitahu destinasi tersebut.

"Tapi saya yakin satu benda"

Dato'Rahmat mengangkat kepala memandang isterinya itu lalu mengerutkan dahinya.

"Apa dia?" soal lelaki itu.

"Jodoh mereka kuat"

•••

Lampu dibuka lalu Rifqi mencampak briefcasenya ke atas katil lalu membuka tali lehernya. Selalunya Iyza akan menunggu Rifqi balik lalu mengangkat briefcasenya itu. Tidak lupa juga menolong Rifqi membuka tali lehernya. Terbayang perbuatan Iyza yang sedang tersenyum tersebut oleh Rifqi. Seakan-akan, Iyza ada di depannya. Kalau betullah kenyataan, dah lama dia memeluk wanita itu lalu dicurahkan rasa rindu yang kian menebal.

Akan tetapi, itu adalah sekadar bayangan. Rifqi yang tadi tersenyum terus pudar senyumannya itu.

I really miss you, sayang. Where are you?

Dia mengeluh lalu membersihkan diri. Setiap hari, dia akan mengelus bingkai gambar perkahwinannya dengan Iyza. Tidak lupa juga, teddy bear tersebut. Sungguh dia rindu akan Iyza. Infinity!

Sekarang aku memang pasrah, aku sebenarnya rindukan dia dan aku masih sayangkan dia.

Please comeback Iyza.

•••

Masuk sahaja Rifqi ke dalam pejabatnya, Ila segera masuk. Dia perlu memberitahu jadualnya pada hari ini. Itulah tugasnya sebagai PA kepada Rifqi.

"Hari ini, Encik Arsyad tak banyak kerja tapi Encik kena bersiap" kata Ila penuh makna.

Rifqi memandang Ila dengan tanda tanya. Bersiap? Nak pergi mana?

"Saya kena pergi mana nak bersiap bagai"

"Encik Arsyad ada outstation hari sabtu ni. Selama sebulan"

Rifqi tercengang. Sebulan?! Lama gila!

"Ni pasal projek apartment tu kan?" teka Rifqi lalu mengundang anggukan daripada Ila.

"Ya, Encik Arsyad. Tu sebab Mr.Kim nak Encik tengok sendiri hasil kerja di sana. Lagipun apartment tu hampir siap dah. Tinggal pasang barangan elektronik je. Jadi dia nak Encik datang tengok and then hujung bulan tu terus diadakan majlis perasmian apartment tu. Maksudnya, Enciklah yang kena rasmikan" kata Ila menerangkan satu persatu kepada CEO Golden Kiara Holdings itu.

Rifqi mengangguk tanda dia faham. Dah masuk tiga tahun Rifqi kehilangan Iyza. Tak apalah Rifqi. Sekurang-kurangnya di sana dapatlah tenangkan fikiran. Ingat! Kerja tetap kerja. Life must go on.

"Jadi, Encik Arsyad ada masa hari ni dan besok untuk kemas apa yang patut"

"Hmm, baiklah. Awak pun ikut kan?" soal Rifqi. Terus Ila tergelak kecil.

"Mestilah saya ikut. Saya kan PA Encik. Nanti gaji saya turun pula" kata Ila lalu Rifqi tersengih. Betul jugakan? Asal senget dah kepala aku ni?

Ila hanya menggelengkan kepala. Ni mesti kes rindu dekat isteri. Tu yang dah tak betul otak tu.

"Then awak dah kemas apa yang patut?" tanya Rifqi.

Ila menggelengkan kepala.

"Belum. Saya pun baru dapat tahu hari ni"

"Okaylah kalau macam tu. Awak boleh balik awal. Nanti jangan lupa uruskan apa yang patut bila kita dah sampai sana nanti" arah Rifqi pada Ila.

"Baiklah, encik"

Seraya itu, Ila keluar dari pejabat Rifqi. Selepas Ila keluar, dia menyandarkan badannya pada kerusi.

Nampaknya hari sabtu ni dia akan terbang ke Korea.

Cinta untuk Miss DoktorWhere stories live. Discover now