BAB 22 - PUJUK

8.8K 309 4
                                    

Cinta untuk Miss Doktor (BAB 22)

Sudah 2 hari berlalu sejak kejadian hari itu. 2 hari itu jugalah Rifqi tidak banyak bercakap malahan dekat dengan Iyza.

"Good morning, Rifqi! Breakfast jom!"

"Takpelah. Saya dah lambat" kata Rifqi dengan dingin.

Rifqi pun berlalu pergi lalu keluar dari rumah. Iyza menggigit bawah bibirnya untuk menahan sedih. Dipandang sayu makanan di atas meja.

Perasaan Iyza mungkin dia yang salah. Dia tak tahu apa-apa tapi nak sangat masuk campur. Kalau masuk campur pun tak salah kan sebab hal suami dia, hal dia juga.

Iyza menggapai lengan Rifqi ketika Rifqi hendak turun di tangga ke ruang tamu.

"Awak, kenapa lately ni awak mengelak dari saya. Ok, saya mengaku saya salah tapi tak boleh ke kita bincang baik-baik. Saya tak suka awak berperangai macam ni"

Rifqi menepis lembut pegangan tangan Iyza di lengannya.

"It's nothing, Iyza. Saya nak keluar."

Iyza sekali lagi menggigit bawah bibirnya sehinggakan bibirnya hampir berdarah.

"Hah, keluarlah! Keluar! Tinggalkan isteri seorang-seorang kat rumah. Saya dah cuba sehabis baik untuk pujuk awak semalam tapi awak layan saya macam tunggul. Just go out, I don't care!" Iyza masuk ke biliknya lalu menghempas pintu dengan kuat. Semua perasaan menjadi satu. Marah, benci, sedih, kecewa. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Ditekup mukanya dengan bantal.

Rifqi meraup mukanya lalu keluar dari rumah. Dia juga perlu rehatkan minda. Lately ni dia hanya luahkan pada Alif sahaja.

•••

Petang itu, Iyza pun keluar dan berjumpa dengan Rina. Rifqi pun keluar entah pergi mana.

"Beb, you kena pujuk dialah" Rina memberikan pendapat.

"Dah pujuk but all is useless. Hati dia sekarang dingin, iceberg!" Iyza menggigit burger Mc'chicken dengan geram. Geram dengan kedinginan Rifqi.

"Mesti kejadian tu memang buat dia terasa habis. You pun tak tahu apa-apa kan?" Rina menghalakan kentang goreng pada Iyza. Iyza hanya menggeleng.

"Better you bincang betul-betul. It is unfair if he didn't tell you anything tho"

"The problem is aku pun tak bagitahu dia apa-apa tentang aku lagi."

"Serious ah beb?! Wei, ni hal besar ah!"

"Yes, I know. I was planned to tell him but bukan masa ni. Aku tengah cari masa yang sesuai untuk bagitahu dia"

"Beb, aku rasa better time kau nak pujuk dia, time tu jugalah kau bagitahu pasal kau. Senang cerita, done!"

Iyza tak tahu nak cakap apa lagi dan hanya mengiyakan sahaja kata-kata Rina. Barulah dia rasa beban dah ringan sikit lepas dah luah dekat kawan.

'Thanks beb! Kaulah kawan dunia dan akhirat aku.'

•••

Pada keesokan harinya dan malam pun berlabuh. Rifqi berada di luar halaman rumah. Iyza pula bermain dengan handphonenya di dapur. Lepas dah luahkan masalah ni pada Rina, dari hari tu lagi nak pujuk tapi tak buat juga. Malam ni mesti jadi!

Iyza melangkah ke luar rumah. Dilihat Rifqi hanya sibuk melayan handphonenya di buaian taman.

'Aku harap dia tak layan aku macam tunggul lagi. Fighting, Iyza!'

Cinta untuk Miss DoktorWhere stories live. Discover now