Bab 16

54 1 0
                                    

"Cik Isabelle Dhamirah?"

Aku mengangguk perlahan.

"Razeen?"

Keningku berkerut. Otak cuba memproses kekeliruan yang sedang berselirat dalam kepala. Bukankah dia ni...

"Doktor Luth?!"

Dia tersenyum tipis, tertawa rendah.

"Luth Razeen."

Doktor Luth yang aku jumpa beberapa bulan lepas di klinik dan bodyguard aku adalah orang yang sama?!

"Tapi awak bukannya doktor ke? Macam mana boleh jadi bodyguard pulak?"Sumpah aku bingung sekarang. Lelaki di hadapanku ini memang doktor yang merawatku selepas kemalangan tempoh hari. Cuma yang di depanku sekarang tak memakai cermin mata seperti di klinik waktu itu.

Mak Jah datang membawakan air, fokusku lari sekejap dari Razeen aka Luth.

"Jemput minum ya nak. Air oren aja..."Pelawa Mak Jah lalu meletakkan dulang berisi jag air oren dan keropok udang di atas meja kayu.

"Terima kasih, cik..."Razeen aka Luth dengan bersopan santunnya berterima kasih kepada Mak Jah setelah wanita itu menuangkan air ke dalam gelas.

Mak Jah beransur ke dalam, aku melabuhkan dudukku di atas kerusi seraya mempersilakan Luth untuk duduk.

"Sambung balik tadi. Awak doktor kan? Tapi macam mana boleh jadi bodyguard saya? And what should I call you? Luth? Razeen?"

"Luth bila saya jadi doktor, Razeen bila saya jadi bodyguard."

Eh macam ni pun ada ya? Aduh aku keliru. Aku kenal dia dengan nama Luth, jadi nak kena panggil apa sekarang?

"Jadi saya kena panggil awak Razeen? Sebab sekarang awak tengah on duty bodyguard?"

"For your case, it's up to you. Sebab awak terlebih dulu kenal saya dengan nama Luth."

Aku terkebil-kebil sekejap.

"Saya panggil awak Razeen boleh? Sebab awak bodyguard saya sekarang, not my doctor..."

Razeen ketawa, kepalanya dianggukkan.

"Terpulang pada Cik Isabelle..."

"Panggil Icha aja. Tak payah cik-cik. Jemputlah minum."

"Thanks,"

Aku biar dia meneguk airnya dulu sebelum aku tanyakan lagi soalan yang tak berjawab tadi.

"Serius Razeen? Awak doktor dan pengawal peribadi dalam masa yang sama ke? Sorry, saya bukan nak menyibuk. Saya cuma nak tahu..."Aku tersegan sedikit di hujung ayat. Janganlah Razeen kira aku ni busybody. Aku cuma nak tahu.

"Kadang-kadang doktor, kadang-kadang bodyguard."

"Macam tengah main pondok-pondok aja."

Razeen ketawa dengar komenku.

"Lebih kurang macam tu lah. Tapi kebanyakannya saya doktor. Bodyguard ni side hustle aja. Asyik terperuk dekat klinik tu bosan jugak."

Wah! Seronok juga jadi Luth Razeen ni. Boleh tukar-tukar kerjaya macam tukar baju. Bosan jadi doktor, bertukar jadi bodyguard.

"So I believe Aunty Astrid had briefed your jobscope right?"

"Yup! Clear as crystal."

"So any dos and don'ts from her? Saya tak sempat tanya, Aunty dah fly. Tapi saya rasa peraturan nya macam sama dengan bodyguard dulu aja. Lima meter radius, uh!"Aku membuat muka bosan. Razeen ketawa lalu meneguk airnya lagi.

CulikWhere stories live. Discover now