Bab 3

2.5K 43 0
                                    

Wajahmu seindah namamu

Wahhh. Again. Harini aku dapat surat lagi. Seperti biasa, admire aku tu letak di dalam laci bawah meja. Gumam Bella sendirian. Setibanya Bella ke kelas, Bella terus meraba2 bawah meja dahulu untuk memastikan bawah mejanya kosong atau ada sesuatu. Jangkaan nya tepat apabila teraba sesuatu seperti kertas. Teringin benar dia ingin tahu siapa lah yang rajin sangat menulis ayat bunga-bunga ini dan letak bawah mejanya. Jam menunjukkan pukul 7.25 pagi. Bermakna penulis tersebut datang lebih awal daripada aku. Desis hati Bella . 'Ah, Taknak la aku tahu, kot budak tu tak handsome mahu kena maki dengan aku. Tapi aku suka dapat benda2 romantik macam ni walaupun kelihatan macam old school'. Hatinya ligat berbicara sambil   melipat kembali surat yang diterimanya itu.

"Oi minah, pagi lagi dah tersengeh sorang2 kenapa?" Bella tersentak. Hampeh punye perempuan. Aku baru nak berangan tadi. Ujar kata hati Bella.

"Mana ada aku tersengeh sorang. Aku buat senaman mulut la." Ujar Bella lalu menunjukkan contoh senaman mulut yang dikatakan kepada Fina itu.

"Banyak la kau punya senaman. Kau angau ke apa? dapat boypren baru ke ? " Tambah Fina pula.

"Ha, Ada2 . Budak tu follow instagram  aku pastu dia DM aku. Tak silap aku nama dia Hanif. Baru kawan la, tak jadi boypren lagi." Kata Bella menceritakan tentang perkenalannya dengan seorang jejaka di instagram. Selepas break dengan Nizam, Memang tidak lah dia mahu menyendiri. 'Nizam boleh bergembira dengan awek nye. Takkan aku nak frust menonggeng.'

"Wahh, yeke. Hilang sorang datang sorang. hensem tak?" Kata Fina. Soalan itu memang sentiasa wajib ditanya oleh kawan baiknya ini. Tapi Bella sering sahaja berkata, Tidak berapa handsome tu tidak mengapa, Asalkan sedap mata memandang. Ahh, Kata2 Bella itu seperti angin lalu sahaja. Hakikatnya teman lelaki Bella sebelum ini semuanya yang berupa. Cuma dia tidak memilih yang berharta atau tidak.

"Tak handsome pon. tapi aku saje je layan." ujar Bella sambil mengemas buku2 nya dan diletakkan di bawah meja. 'Ingat aku nak percaya' ujar Fina di dalam hati. kring kring. Loceng menandakan bahawa semua pelajar perlu menghadiri perhimpunan pagi di dewan Sri Angsana.

"Jom pergi dewan." Ajak Bella sambil menarik tangan Fina.

Bamm !

"Adoi. Apa malang nasib aku. Semalam jatuh. Harini ni langgar pintu. Tadi pintu ni terbuka. pehal time aku lalu tertutup pulak." Kata Bella sambil merenung pintu di hadapannya itu.

"Kau okey tak Bella. Malang betol la kau ni. Hahahhh." Si cipan ni memang macam ni. Aku terlanggar pintu dia boleh gelakkan aku.
Ada seseorang muncul dari belakang pintu.

"Maaf , saya tak sengaja tertolak pintu ni. Nak cepat pergi dewan." Kata pelajar lelaki yang sama melanggarnya kelmarin sehinggakan dia tergolek dalam longkang.

"Kau lagi!!! kau ni kuat betol mendajal aku kan. Kau ni memang " Belum sempat Bella habis mengeluarkan kemarahannya itu, Pelajar tersebut berlalu pergi tanpa mempedulikan Bella yang ingin bertukar menjadi singa betina itu.

"Again. Terus blah macam tu je. " ujar Fina lalu menarik tangan Bella untuk ke dewan. Khuatir juga jika terlambat akan ditulis nama oleh sesetengah pengawas2 yang kerek nak mati atau dikenali sebagai 'Acai cikgu' (Macai cikgu) . Tidak semuanya yang berperangai begitu. Ada yang profesional menjalankan tugas. Cuma segelintir sahaja.

"Nasib baik kau handsome, kalau tak dah lama aku bunoh cipan tak guna tu" Bebel Bella sendirian apabila Pengetua memberi ucapan sepatah dua kata nya itu. Sungguh, dia amat bosan berada dalam perhimpunan rasmi seperti itu. Disebabkan itu lah dia akan menghilangkan bosan dengan bercakap seorang diri, Bernyanyi2 kecil, Duduk bersila di atas lantai walaupun dalam barisan kelasnya. Walaupun seringkali ditegur dan dimarahi oleh pengawas yang bertugas menjaga barisan kelasnya. Ah, dia peduli apa.

Sedang Bella menconteng kasut sekolah putihnya itu dengan pen berwarna hitam. Tiba2 suara sumbang seseorang yang tidak berapa dikenalinya menyapa.

"oi Bella, aku dengar cerita kau dah break dengan Nizam ye. Kenapa eh? opss lupa. Kau tak secantik Fiza. Hahaa" . Oh, Shila ni macai si Fiza kepit tu rupanya. Shila juga sedang duduk bersila selang 2 barisan daripada barisan kelasnya. Bella dan Fina di tempatkan di kelas yang kedua iaitu kelas aliran Perakaunan. Fina menggosok belakang Bella dengan isyarat seperti sabar2. Bella memandang Fina dengan sekilas pandangan. ' Bella nak senyap bila kena menganjing? no! Bukan Bella la namanya tu' Ujar Bella didalam hati.

"Dah lama jadi macai? aku tak secantik Fiza ye? Sekurang2 nya aku lebih cantik daripada kau. Opss. Terlepas cakap. Sorry la. Aku ni memang jujur orangnya." Bella menutup mulut dengan tangan kononnya tersalah cakap dan membuat reaksi muka ala2 rasa bersalah. Hakikatnya dia sedang menganjing pihak lawannya. Shila mengetap bibir , mahu menyakitkan hati Bella tetapi dia pula yang sakit hati.

Fina hanya tergelak dengan apa yang dikatakan oleh Bella. Lebih galak tawanya apabila melihat muka Shila yang merah padam menahan marah dan malu kerana pelajar yang disekeliling mereka juga mentertawakan Shila.

"Bella, tu budak yang langgar kau tadi kan." Ujar Fina sambil jarinya ditunjukkan kepada pelajar yang sedang membaca doa . Bacaan doa menandakan perhimpunan pagi akan berakhir.

"Aah la. Melting pulak aku dengar bacaan dia." kata Bella sambil tersengeh2 memandang ke arah pelajar itu. Terlupa pula tentang marahnya pada pelajar itu sebentar tadi.

"Ah kau tu semuanya melting kononnya. Si Amin yang gemuk tu pon kau cakap melting tengok dia sebab macam teddy bear. Tadi aku dengar pengawas bertugas tu sebut nama dia Muhd Zarif Amir dari kelas 5 Lily. Betul lah aku cakap. dia ni budak cerdik. Sebab tu nerd nak mati." Ujar Fina panjang lebar. Bella hanya membuat muka seposen. Matanya masih memandang kearah pelajar yang membaca doa itu.

"Dah, abis dah doa tu. Aminnn dah." Kata Fina yang masih melihat Bella menadah tangan walaupun bacaan doa telah habis.

"Alah aku saja je nak baca doa panjang. kot bertambah pahala aku." Balas Bella lalu mereka beiringan ke kelas 5 Mawar.

******************
HanifAsyraff

Hai u. Buat ape?

BellxYana
Hai, tak buat ape pon. Duk kat library je. Why?

HanifAsyraff

Saja je DM u. Rindu. Hehhe.

BellxYana
Ouh ya? why rindu i plak. Rndu la GF u.

HanifAsyraff

I single la. I ada bakal GF je. Tu pun kalau u sudi. hehe

BellxYana
serius ke? hehe i ok je.

HanifAsyraff

of coz i serius la dear. Tq ye sudi trima i. ok la, i ada keje nak buat. Nanti u wsap i number u. This my num . 0199139910

BellxYana
Orait dear.

Berbunga2 hati Bella tatkala menerima permintaan untuk menjadi teman wanita kepada seorang instafamous. Mana tahu dapat tumpang hot sikit. hehe. Desis hati Bella. 'Biasalah. Baru nak up kan.'
'Apa yang baru nak up. Dah 17 da pon, tak payah mengejar populariti sangat. ' Kata2 tersebut silih berganti dalam fikiran Bella.

"Fina. Aku dah couple dengan Hanif tu. Hehe." Ujar Bella dengan senyuman yang paling manis.

"Waa. Tahniah. Kau dah la menipu aku kan. kau cakap dia tak handsome. semalam aku stalk dia , apak handsome weyh." Balas Fina sambil tangannya menepuk bahu Bella. Minah ni memang. Kalau bercakap tangan pon nak naik. Dah macam Karam singh walia je. eh betul ke ejaan tu? ah, hentam saja lah.

"Alah, aku saja je cakap macam tu. Aku tahu kau akan kaji jugak pasal dia. Fina hanya membuat muka yang menjengkelkan.

"Jom rehat, Lapar lah." lalu mereka berdua terus keluar daripada perpustakaan dan menuju ke kantin.

***************************

Slow sikit kot cerita ni. enjoy this chapter. ^_^

Airmata CintaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin