Bab 4 #Kidnap

138 15 1
                                    

TERNGANGA mulutku apabila Avendator milik Jaebeum memasuki perkarangan hotel lima bintang ACE (REKAAN SAHAJA). Nilah hotel yang amat terkenal di Seoul. Berdekatan dengan laut dan persekitaran yang cantik menyebabkan aku percaya yang hotel ni bukan calang-calang hotel.

Jaebeum memandu kereta ke sebuah pagar besi yang tinggi. Pagar itu kemudiannya terbuka apabila Jaebeum meletakkan tangannya pada alatan pengesan. Aku sedikit kagum. Canggih! Terus kereta dipandu ke dalam sebuah dinding kaca. Jaebeum mematikan enjin dan keluar dari kereta begitu juga dengan aku.

Kemudian aku mengikut langkah Jaebeum ke sebuah lif berdekatan. Butang tingkat 7 ditekan dan pintu lif baru sahaja hampir ditutup namun tiba-tiba ada sepasang tangan menyelit dicelah pintu. " Tunggu!"

Jaebeum menekan butang buka. Seorang lelaki masuk ke dalam lif. Dia berdiri disebelah Jaebeum. Oleh itu gatal sahaja tangan Jaebeum menarik aku supaya berdiri dekat sebelahnya. Aku menjeling tajam ke arah Jaebeum dan mencubit lengannya. " Jangan nak buat hal!" bisikku. Namun semakin erat pula tanganya memeluk pinggang aku. Gatal! Ada hati pulak nak peluk-peluk anak dara orang!

Kemudian pandangan aku beralih kepada lelaki yang baru sahaja masuk tadi. Dia tersenyum kepadaku. Aku membalas senyumannya. Mesti dia pelik tengok kami sekarang ini.

" Boyfriend ke?" Lelaki itu menunjuk ke arah Jaebeum. Masing-masing aku dan Jaebeum memandang satu sama lain.  Tak! Dia penculik!

Aku mengeleng dan Jaebeum mengangguk. Aku menyiku Jaebeum daripada mengangguk. " Aniyo.....kitaorang tak.." Jaebeum menekup mulut aku daripada bercakap.

" Dia ni bakal isteri saya....maaflah pasal tadi. Dia masih tak terima hakikat kut...." Kata Jaebeum sambil tangannya mengosok perlahan rambut aku. Wait! Bakal isteri? Girlfriend pun aku tak setuju ini kan pula bakal isteri!  " Kan jagiya?" Dia memandang tepat pada wajah aku. Tajam sahaja matanya memandang.

Tangannya dialih dari mulutku. Aku hanya mengangguk terpaksa. Bencinya aku kat kau, Im Jaebeum!

" Oh macam tu...tahniah ya Tuan Im." Kata lelaki itu. Laju aku mengeleng, namun kepalaku ditahan oleh sepasang tangan Jaebeum. Arrgh! Tak guna....

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, kami semua keluar dari lif. Jaebeum menarik aku pergi ke sebuah pejabat. Apabila dia membuka sahaja pintu pejabat, semua pekerja berhenti membuat kerja dan menunduk hormat kepada kami. Erkk....bukan kami, tapi Jaebeum. Aku yang berada dibelakang Jaebeum, menunduk jugak kepada mereka.

" What are you doing?" Tegur Jaebeum. Ramai pekerja nya menahan ketawa melihat perbuatan aku. Eh? Salah ke?

" Orang tunduk kat kita, tunduk baliklah...." Balasku. Jaebeum menepuk dahi dan terus menarik aku ke dalam sebuah bilik. Bukan salah aku. Mesti kurang ajar kalau tak tunduk balik. Papa pun tak ajar aku macam tu.

" Kau duduk situ..." Jaebeum mendudukkan aku disofa yang berhadapan dengan meja kerjanya. Tak payah suruh pun dia dah dudukkan aku kat sini. Aku mencebik. Dia kemudiannya duduk ditempatnya. " Ingat! Jangan nak lari dari aku...sampai ke lubang cacing aku cari kau nanti..." Ugutnya.

Mataku julingkan ke atas. " Uuuu! Takutnya saya..." Ejekku. Apabila Jaebeum seolah-olah perasan dengan apa yang aku kata tadi, aku  berhenti daripada mengajuk. Haish! Mulut jahat!

" Kau cakap apa tadi?!" Jaebeum mula bersuara. Laju aku menggeleng.

Seorang wanita mengetuk pintu. Barangkali ni mesti PA Jaebeum dari cara pemakaiannya. Dia melihat ke arah aku dan menunduk. Aku membalas. Kemudian pandangannya beralih kepada Jaebeum yang masih sibuk dengan kerja dia. Buat apalah dia nak bawak aku kat pejabat kalau nak suruh aku duduk je? Heish! Tak faham betul...

Unwanted Beloved Husband ( UBH) Slow UpdateWhere stories live. Discover now