Bab 47 # Saat ini

77 9 3
                                    

(Ai POV)

" OMMA! " aku meluru ke arah omma sebaik sahaja melihat kehadirannya. Badan kecil wanita itu dipeluk bagi melepaskan rindu yang amat. Pelukkanku dibalas.

" Omma, Ai rindu omma... " gumanku. Omma ketawa kecil.

" Omma pun sama... " balasnya. Kami berjalan dan sama-sama melabuhkan punggung pada sofa. Aku membantu omma meletakkan beg plastik yang berisi makanan di atas meja berhadapan kami.

" Aboji mana? " aku melihat arah pintu. Kemudian memandang kembali pada omma.

" Main golf dengan kawan-kawan dia. Biasalah tu... Lelaki. " bebel omma. Aku mengangguk. Sebenarnya itu cuma soalan kosong sahaja. Mata masih lagi melirik ke arah pintu. Aku mengeluh. Argh... Jangan berharap sangatlah Ai. Bukannya dia akan datang.

" Kamu tengok apa tu? "

" Uh? " teguran omma menyentakkan aku. Omma menoleh ke arah pintu. Aku menggeleng laju. Tangannya digenggam perlahan.

" Takde apalah... " aku cuba melindung rasa sebenar dihati. Senyuman tawar menghiasi bibir. Dia takkan datang, walaupun macam mana pun aku berharap.

" Ai... " panggil omma.

" Hmm? "

Daguku diangkat omma perlahan. " Tengok omma. " arahnya. Aku mendongak. Mata kami bertemu.

" Jaebeum tak datang lagi ya? " Sayu omma memandang jauh ke dalam mataku. Seakan-akan dia mengerti apa yang aku rasakan kini. Aku mengalih anak mata ke arah lain.

Berdiam menjadi jawapanku.

" Mana dia omma? Kenapa dia langsung tak jenguk Ai? " tanya aku dengan nada yang lemah. Pandanganku dibawa ke bawah.

" Haish!  Anak bertuah tu! Anak dengan ayah sama saja! Kerja didahulukan, keluarga tak pernah diutamakan."  Dengus omma. Dia memandang wajahku dengan sayu sekali.

" Mari sini, peluk omma.  Kalau omma jumpa dia, siaplah dia omma kerjakan!" Bebel Omma lagi lalu menarik aku ke dalam dakapannya. Aku hanya mampu tersenyum melihat telatah omma. Pelukkannya dibalas.

Hari demi hari aku tunggu. Tapi Jaebeum tak pernah muncul. Setiap hari, setiap masa, aku tetap menanti kemunculan dia. Walaupun hanya untuk sekali sahaja aku berjumpa dia, itu sudah memadai buat aku.

Beginilah rutin aku semenjak sedar dari koma.

Dia masih marahkan aku?

Apa salah aku?

Dia nak aku buat apa untuk memuaskan hati dia?

Kau tak boleh buat aku macam ni, Jaebeum. Aku rindu kau. Aku nak jumpa kau. Aku nak luahkan rasa sebenar aku pada kau.

Kerana kini aku dah tak takut lagi, untuk beritahu perasaan sebenar kepada kau, Jaebeum.

                             -----------

MALAM sudah pun mengantikan siang. Aku masih lagi memeluk badan sambil membuang pandangan pada langit gelap yang dipenuhi bintang-bintang.

Tak lama lagi, dalam masa beberapa hari, aku dah boleh keluar dari hospital. Maka ramai yang gembira mendengar khabar baik itu. Walaupun semua orang rasa gembira, tapi aku tak rasa macam tu. Aku rasa betul-betul kosong sekarang ini.

Telefon bimbit diambil. Ajaibnya, telefon aku langsung tak rosak masa kena langgar hari tu. Cuma calar pada skrin tu adalah. Aplikasi whatsapp dibuka.

" Hurmm... " aku mengeluh.

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.
Unwanted Beloved Husband ( UBH) Slow UpdateМесто, где живут истории. Откройте их для себя