Bab 48 # Tentang Kita

70 9 1
                                    

SHORT CERPEN 01: MENERIMA AKU IS OFFICIALLY PUBLISHED 😘😘😘

Trailer ada kat atas ni👆
------

( Ai POV)

SENYUMAN menjadi penghias wajah. Bunyi kicauan burung, cahaya dari langit yang cerah tanpa awan mendung dan juga taman bunga yang cantik ini. Aku menikmati setiap detik yang ada.

" Gembira sangat kau hari ni? "

Erk!

Suara Myungsoo menjerkah. Dia melabuhkan punggung bersebelahan dengan aku. Senyuman aku mati. Rosak moment aku dan menikmati alam semula jadi di hospital ni. Aku menjeling tajam pada Myungsoo.

" Kau, jangan kacau aku boleh tak!? " marahku. Myungsoo bersama tteobokki yang penuh dimulut mengangkat sebelah kening.

Dia mengunyah dan telan tteobokki sebelum mula bercakap.

" Aku kacau kau buat apa? "

Aku menutup mata sesaat. " Menikmati keindahan alam semula jadi. "

" Stupid. " Myungsoo membaling lidi yang digunanya untuk mengambil tteobokki pada kepalaku.

" Yah! " jeritku.

Pak!

Aku menampar pahanya sekuat hati. Myungsoo mengaduh lalu mengusap pahanya.

" Kau nak makan tteobokki ke makan penampar aku? Jangan kacaulah... " kataku seraya Tangan menolak bahu Myungsoo. Menghalangnya dari duduk berdekatan denganku. Sekali lagi aku memejamkan mata selepas mengalihkan pandangan dari kawan aku yang sewel ni.

Myungsoo menjeling lalu buat muka menyampah.

" Tahulah kau gembira sebab dah boleh keluar petang ni. Tapi jangan gembira sangat macam orang tak betul. Karang, terpaksa aku melawat kau dekat hospital bahagia selepas ni."

Aku menjeling sekilas.

Pak!

" Aduh! " jerit Myungsoo. Kali ini aku menampar kuat lengannya. Tangan masih lagi kekal dengan kedudukan bersedia untuk menampar lagi.

" Any last word? " tangan sudah bersedia untuk menampar. Myungsoo angkat kedua tangan, tanda menyerah kalah.

" Ok, aku diam. Janganlah tampar aku lagi... Sakitlah. " Aku senyum sinis. Tahu takut.

Ya, sepertimana Myungsoo kata hari ini, waktu ini dan saat ini merupakan detik terakhir aku dihospital ini. Selepas jam dua petang, aku dah boleh balik. Tiada lagi makanan hospital, tiada lagi persekitaran yang berbau seperti ubat dan tiada lagi 'mati kebosanan'.

Jadi, dengan berbaki beberapa jam sebelum aku boleh keluar dari hospital ini, aku meluangkan masa di taman bunga. Menikmati keindahan alam.

Walaupun gembira sebab dah boleh keluar, tapi itu bukan sebab utama aku rasa gembira.

Don't worry, i won't go anywhere.

Aku menundukkan pandangan ke bawah. Senyuman aku semakin melebar. Hati terasa hangat. Tangan kanan digenggam lembut dan diletak pada dada.

Aku tak sabar nak bersama Jaebeum kerana kini dia sudah tahu isi hati aku pada dia. Jadi, sekarang tiada apa-apa lagi aku nak sembunyikan dari dia dan aku rasa lega bila dapat nyatakan perasaan sebenar aku pada dia.

" Ai... "

" Ai... "

" Ai! " bahuku digoncang Myungsoo. Aku memalingkan wajah padanya.

Unwanted Beloved Husband ( UBH) Slow UpdateWhere stories live. Discover now