Bab 5 #Next list!

110 14 0
                                    

SUDAH SEJAM SETENGAH penerbangan. Hampir semua penumpang sedang tidur lena termasuk Myungsoo. Kepala ku toleh melihat Myungsoo. Lena betul dia tidur. Kemudian aku melihat pada jam dia tangan. " Haih....lama lagi nak sampai ni..." Aku mengeluh. Jaebeum yang sedari tidak berbunyi sejak duduk disebelah aku akhirnya tidur juga. Senyuman lega meniti dibibir aku. Hu....barulah lega. Kalau dia bukak mulut dari awal flight, mati aku kena kerja dengan Mark gege dan Myungsoo nanti. Pantang Mark, aku tak boleh rapat dengan mana-mana lelaki selain dia dan Myungsoo.

Aku tersenyum sendiri. Caring jugak abang aku sorang ni rupanya....

Aku berdiri untuk melihat Mark dihadapan. Dah tidur jugak....kemudian aku mengambil jaket ditangannya untuk menyelimutkan Mark. Aku mengeleng kepala apabila melihat dokumen dan laptop masih lagi diatas pahanya. Mark...Mark...tak sudah-sudah dengan kerja dia. Selepas menyelimutkan Mark, aku duduk kembali. Tak tahu nak buat apa sekarang ini. Nak tidur, mata ini tidak mahu terlelap. Pandanganku beralih kepada Jaebaum yang tidur siap berdengkur lagi. Rasa menyampah pulak bila tengok muka dia ni.

Boleh pulak kau cari aku sampai sini? Lelaki ni mesti tak ada limit langsung! Aku gerenti! Selagi aku tak sudi, selagi tu dia akan menganggu hidup aku.

Terbit idea nakal dikotak fikiran aku. Aku melambai-lambaikan tangan dihadapan wajah Jaebeum. Tiada respon! Sah! Tidur mati....sebatang marker kukeluarkan daripada beg galas. Baru sahaja khendak merapatkan marker pada muka Jabeum, namun tiba-tiba ada sepasang tangan yang menghalang.

Aku terkejut disaat itu. Jaebeum tersenyum sambil menutup mata. Tak tidur lagi ke!?

" Nakal jugak kau nikan? Tadi bukan main lagi kau tak nak layan aku kat sebelah ni." Kata Jaebeum kepada aku. Tangannya melepaskan aku. Aku mengigit bibir.

" Awak buat apa kat sini? Awak ikut saya kan Encik  Lim Jabeum? Saja-saja nak buat hal dengan saya kan!?" Bertalu-talu soalan keluar dari bibir aku. Jaebeum mengangkat sebelah keningnya kemudian ketawa kecil.

" Perasan jugak kau nikan....aku mana ada masa nak buat semua tu tahu tak....ni pun aku pergi sebab urusan kerja. Bengong betullah." Marker yang dirampas dari aku digunakan oleh Jaebeum untuk mengetuk kepalaku.

Aku tergaman mendengar kata-kata itu daripada mulut Jaebeum sendiri. Aku kehilangan kata-kata. Malu habis! Mataku meliar ke tempat lain apabila ter eye contact dengan Jaebeum.

" O..o...hrrmm....perdulikan apa yang saya cakap tadi.." Pandanganku beralih kepada majalah yang berada ditangan. Entah majalah apa pun aku tak tahu. Main baca sahaja.

" Kau baca majalah business jugak ke? I thought that kau ambil bidang perubatan." Aku berhenti membaca apabila Jaebeum menegur. Business? kemudian dengan pantas aku melihat tajuk majalah tersebut. ASEAN AND INTERNATIONAL BUSINESS ( Rekaan sahaja). Itu yang tertera pada majalah yang sebentar tadi aku baca. Sumpah! Memang aku dah malu gila sekarang ni!

Majalah ditangan kuletak kasar pada paha. Geram campur malu yang dapat ku jelaskan perasaan aku sekarang ni. " Dah! Tak payah nak cakap dengan saya!" Sekali lagi aku menutup muka menggunakan majalah. Kali ni aku nak cuba untuk tidur. Kalau Mark boleh tidur mati macam tu, kenapa aku tak boleh pulakkan?

Entah kenapa aku rasa tak mahu melelapkan mata. " Kalau tak dapat tidur cakap dengan aku jelah..." Kata Jaebeum dengan nada menyindir. Aku menjeling geram.

" Tak kuasa....." Balasku pendek.

" You know....once ada seorang yeoja ni, macam kau rupa dia..." Jaebeum membuka bicara. Aku menyilangkan tangan dibadan. Aish....story telling pulak mamat ni....

" Dia baik....cantik...dialah yeoja yang aku cintai. Kami dah lama bersama sampai dah nak berkahwin tak lama lagi. But..." Kata-kata Jaebeum terhenti. Aku memandang wajahnya. Tampak beremosi.

" But?" Aku mula menunjukkan minat.

" She just left me...without reason or saying goodbye. Aku memang marah sangat kenapa dia tinggalkan aku. Selepas beberapa bulan dia menghilang, aku dapat berita yang dia dah meninggal...." Jaebeum berdiam melayan emosinya. Aku menjadi teman mendengar.

" Sampai sekarang, aku bencikan diri aku. Diri aku yang tak menjaga dia dengan baik..." Air mata Jaebeum membasahi pipi. Alamak! Dah menangis pulak harimau ni! Aku kalut lalu menghulurkan sekotak tisu kepadanya.

" Thanks...." Kata Jaebeum. Aku tersenyum pendek. Aigoo....belum pernah aku lihat Lim Jaebeum yang baru beberapa hari berkenalan ini seemosi ini. Aku mengulum senyuman pendek.

Aku dan dia sama-sama berpandangan. Kemudian kami sama-sama ketawa kecil. Tak tahu kenapa aku rasa selesa bersembang dengan Jaebeum. Sedih jugak dengar cerita dia tadi....agaknya siapalah yeoja tu ya?

Bak kata orang, segagah mana pun dia pastinya menyimpan sesuatu yang menyakitkan hatinya. Dia tak menunjuk, tapi hatinya yang merasai kesakitan.

############################################

" HEI! KAU DENGAR TAK?" Aku tersedar dari lamunan apabila Myungsoo menegur aku. Wajah Myungsoo yang tidak puas hati aku pandang.

" Jauh betul kau mengalamun? Kau fikirkan apa?" Aku mengeluh. Soalan Myungsoo kubiarkan tidak berjawab. Rasa bosan sangat dekat hospital ni. Sampai ke Busan kami terus ke hospital. Doktor cuma menyuruh seorang sahaja untuk masuk melawat Papa. Siapa lagi yang boleh masuk  kalau bukan abang aku, Mark...aku tak puas hati! Bibirku gigit dengan kuat. Aku pun ada hak nak masuk!

Tinggallah aku dan Myungsoo sahaja diluar ni. Tambahan pulak Myungsoo dari tadi banyak cakap. Entah apa dia cakap pun aku tak tahu.

Aku berdiri dan merengangkan badan. Pandangan beralih kepada Myungsoo. " Aku nak ambik angin kejap..." Kataku dengan nada bosan dan terus meninggalkan Myungsoo. Perlahan sahaja langkah kuberjalan. Masih lagi dalam mood tak puas hati. Kenapalah Papa tak nak bagi perhatian aku? Selama ni aku berusaha nak menarik perhatian Papa tapi tetap! Sia-sia sahaja...

Anak yang paling Papa sayang ialah mendiang kak Iris. Aku tersenyum sinis. Sampai kak Iris dah meninggal pun Papa masih tak beri perhatian kepadaku. Hairan! Kenapalah Papa sangat pilih kasih? Entahlah! Mungkin aku bukan anak dia agaknya....

" Watch your step!? Buta ke!?"

Aku tersedar apabila terlanggar seorang perempuan. Aku menunduk tanda maaf. Perempuan itu menjeling tajam kepada aku. Dia menepis bajunya gaya menepis habuk. Ni dah lebih! Perempuan yang berambut putih itu membulat matanya melihat aku.

" Iris?" Soalnya. Aku kaget. Iris? Dia kenal kak Iris juga ke? Air muka kukawal sebaik mungkin.

" Ehem! Sorry....salah orang...." Balasku. Nama aku bukan Iris! Perempuan itu melihat aku dari atas sehingga bawah seperti alat scan.Heeh! Ingat aku ni barang ke nak scan-scan!? Senyuman sinis beraja dibibirnya.

" Oh! Sorry...ingatkan kawan lama I..." Katanya sambil dengan nada mengedik yang teramat. Aku menyampah. Dah macam sotong kurita rupa minah ni...

" I have to go...." Katanya, tapi aku sekadar pekakkan telinga.Ceh! Aku tak tanya pun!

Perempuan itu berjalan kemudian melanggar bahuku dengan sengaja. Jelas sekali dia tersenyum sinis melihat aku. Aku menjeling tajam sehinggalah perempuan itu hilang daru pandangan. Dasar perempuan Gedik!

Lama aku mengingati wajah perempuan tadi. O! Yes! You're in my next list! Aku mengeluh dengan geram. Kalau aku jumpa balik perempuan tu, memang nahas dia aku kerjakan.

                UNWANTED BELOVED HUSBAND

Unwanted Beloved Husband ( UBH) Slow UpdateWhere stories live. Discover now