Bab 55 # Maksudkannya

53 8 0
                                    

(AI POV)

" SALJI pertama berkemungkinan akan turun dalam minggu ini. Orang ramai digalakkan untuk memakai pakaian yang hangat ketika keluar."

Mug yang berisi koko panas dihirup perlahan sambil mata masih tertacap pada kaca televisyen. Aku tak sangka pula diaorang ada channel KBS World di sini. Dari tadi aku asyik cari channel yang menarik untuk ditonton. Kebanyakkan channel semuanya dari Jepun. Tapi nasib baiklah aku terjumpa channel KBS World. Lega aku dibuatnya. Lagi-lagi  aku tak faham sangat bahasa Jepun ni. Yang aku tahu cakap pun tak arigatou atau sumimasem.

Mendengar berita yang disampaikan tadi, nasib baiklah aku dah bawak baju sejuk bersama. Sediakan payung sebelum hujan, Taklah susah nanti.

Aku bangkit dari katil sambil membawa Mug koko ditangan berjalan ke meja bersebelahan dengan televisyen. Selepas kejadian siang tadi, aku dan Jaebeum membuat  persetujuan.

Selama dua minggu ini, kami akan tidur berasingan dan Buat hal masing-masing. Sudah 3 jam berlalu selepas Jaebeum keluar. Pergi mana entah, aku tak nak tahu.

Aku meletakkan Mug koko diatas meja apabila mataku menangkap katalog resort bersebelahan tempat aku letak mug. Katalog tersebut dibuka. Aku mengerut dahi apabila katalog tersebut dalam bahasa Jepun. Takkanlah takde bahasa yang aku faham kot?

Aku terus menerus membaca sehingga aku menjumpai ada translation english bahasa Jepun tadi terletak selang satu muka surat setiap satu. Nasib baik ada bahasa yang aku boleh faham.

Aku mencari dan berhenti pada  gambar kolam air panas. Katanya di sini, kolam air panas di resort beroperasi 24 jam setiap hari kecuali hari Ahad. Kolam air panas ini terbahagi kepada tiga bahagian. Lelaki,perempuan dan campur.

Dalam ini juga ada mencadangkan sekiranya pengunjung suka mandi kolam air panas sendirian untuk mandi pada lewat malam.

Aku menutup katalog tersebut. Mug koko dihirup sehingga habis. Mandi Kolam air panas...aku tak pernah langsung mencubanya. Kalau macam tu, baik aku pergi malam ini memandangkan esok hari Ahad.

--------

" CLEANING? "

Staff wanita yang berpakaian kimono berwarna hitam merah itu mengangguk. Aku mengeluh.

Sampai sahaja di kolam air panas, kolam air panas wanita sedang dibersihkan. Tak cukup dengan bilik, Takkanlah masa ini juga diaorang nak bersih kolam air panas tu?

" Sumimasem. If you want... You can use the other room. " dengan sopan, wanita yang berambut panjang itu menunjuk ke arah kolam air panas campur yang terletak tidak jauh dari kolam air panas perempuan.

Kolam air panas campur? Aku mengeluh lagi. Nampaknya nasib tidak menyebelahi aku kali ini. Nak atau tak, memandangkan aku dah sampai ke sini, tak boleh banyak songeh masa ni. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, gamaknya.

" Its ok... " kataku sebelum menunduk pada wanita itu lalu berlalu ke kolam air panas campur.

Pintu kayu ditolak perlahan. Aku mengintai dalam sebelum masuk. Takde orang, Bagus! Dengan kadar segera, aku terus masuk lalu menutup pintu.

Langkah mendekati kolam air panas yang berbentuk segi empat. Ditengah kolam tersebut terdapat sebuah pembahagi. Walaupun kolam campur, namun masih juga mempunyai pembahagi. Aku ingatkan kalau kolam campur, memang campur lelaki dan perempuan secara bulat-bulat. Nampaknya tidak.

Unwanted Beloved Husband ( UBH) Slow UpdateWhere stories live. Discover now