Part 4- Kita pasti akan berjumpa kerana itu yang awak mahukan!

468 26 0
                                    


Aku membelek-belek draf yang sudah disemak oleh pengarah. Banyak pula yang perlu dibaiki. Ada watak yang perlu ditambah dialognya, ada yang perlu dikurangkan.

Jalan cerita pula hampir 40% perlu ditukar. Begitulah tenggelam timbul dunia penulisan dewasa ini. Kualiti perkara kedua. Yang penting memenuhi citarasa penonton.

Bunyi perabot disusun di tingkat atas sudah mulai kedengaran. Hampir seminggu aku di sini, bunyi itu tidak pernah gagal menemani aku. Aku melihat jam. 3.30 pagi. Seperti biasa.

Malam ini agresif pula bunyinya. Kelentang-kelelentung-kelentang-kelentung. Bising sungguh.

Mereka ini ada bisnes haramkah? Memproses dadah kah tengah-tengah malam buta begini?

Dalam pada aku berfikir itu tanpa sedar aku sudah berada di hadapan pintu rumah di timgkat atasku. Unitku bernombor 18-1. Manakala unit yang bermasalah dengan bunyi bising ini bernombor 19-1.

Akal separa sedarku tiba-tiba terfikir. Bagaimana aku tiba di sini? Segalanya berlaku terlalu pantas. Aku naik lif atau tangga ? Aduh, buntu tiba-tiba.

Dalam pada itu jari telunjukku menekan-nekan loceng unit tersebut. Ting tong! Lampu kelihatan dipasang dari dalam. Tiada pula tanda sesiapa akan membuka pintu.

"Laila...." seseorang menegurku,

Aku menoleh. Adi!

"Laila buat apa di sini? Sekarang hampir pukul 4 pagi.." tegur Adi padaku. Lupa pula aku dengan sahabat baruku ini. Dia juga menghuni di tingkat 19. Siap berkain pelekat dan berkopiah. Mahu ke surau kah?

"Tak...rumah ni bising sangat. Saya di bawah tak boleh buat kerja dibuatnya,,." aduku pada Adi. Moga- moga dia boleh membantuku menegur tuan rumah ini.

"Oh, tak apa. Nanti Adi tegur. Laila turun dulu..Bahaya perempuan seorang berjalan tengah-tengah malam..." janji Adi padaku. Aku menutup mulut yang mahu menguap. Tiba-tiba rasa mengantuk yang maksimum.

"Okaylah, Adi. Saya balik dulu.."kataku

"Laila jaga diri ya.." Pesan Adi lagi. Aku senyum sahaja,

"Eh Adi, saya nak nombor telefon Adi.Emm,..sebab saya baru di sini, kalau ada apa-apa yang saya nak tanya atau nak minta tolong, bolehkan saya refer pada Adi....?"

Cheh..dalam pada aku mengantuk, laju pula akalku mahu meminta nombor telefon dia.

"Oh, telefon Adi baru saja hilang. Kena beli nombor baru jawabnya.."jawab Adi. Spontan aku mengeluh hampa. Susahnya mahu bernetworking dengan si handsome ni. Ada sahaja jawapannya.

"Tak apa Laila, kita pasti akan berjumpa lagi kerana itu yang Laila mahukan betul tak...?" pujuk Adi padaku. Pandai dia mengubat rasa sedihku.

Aku senyum dan melangkah perlahan menuju lif.

Lif dibuka di tingkat 18.

"Opocot mak kau meletup...!!!" aku menjerit kuat apabila buka-buka sahaja lif, seorang pegawai keselamatan berdiri di hadapan pintu,

"Astaghfirullahalazim,.apa awak buat dalam lif ni nak..dah nak pukul 4 pagi. Dengan baju macam ni..."pegawai keselamatan yang mungkin dalam lingkungan 55 tahun itu menegurku,Mungkin dia juga terkejut melihat aku dengan berbaju tidur, rambut pula ku lepaskan tidak berikat.

"Pak ciklah...saya ingat hantu tadi..."balasku dalam nafas yang tercungap-cungap.

"Anak dari mana ni? Nampak macam dari tingkat 19, pakcik tengok kat skrin lif.."

Aku mengangguk. Mengiyakan katanya, "Rumah nombor 1 tu bising betul..Pakcik tolonglah tegur jugak, Takkan security tak boleh buat apa-apa?"kataku.

"Jadi anak pergi naik atas tegur rumah nombor 1 tu ke?" tanya pakcik itu lagi. Dia seolah-olah tidak percaya dengan kataku,

Aku mengangguk lagi.

"Tapi kawan saya yang tegurkan. Dia suruh saya balik dulu..Pakcik kenal Adi?" tanyaku.

Pakcik itu terdiam seketika.

"Dah, pergi masuk rumah anak. Dah lewat sangat ni,..Pakcik tengok dari sini. Ambil wuduk dulu dan baca ayat kursi sebelum tidur,,"

Aku rasa terharu mendengar kata-kata itu. Sekaligus terkenang arwah bapaku yang suka memberi nasihat sedemikian.

"Anak...hati-hati berkawan. Ada yang suka dekat dengan kita kerana dia tahu kita suka pada dia. Tapi tengok sama ada kawan itu berguna atau hanya merosakkan kita,.."

Aku mengangkatkan kening. Pelik pula orang tua ini. Aku membalas dengan senyuman dan terus melangkah menuju rumahku,

Rumah Tingkat AtasWhere stories live. Discover now