Part 5- Saya Rindukan Panas

458 22 0
                                    

Aku mengemaskan rambut.Cukuplah disisir dan dilepaskan sahaja.

Cuaca di luar panas mengganas. Sudahlah aircon di ruang tamu ini nampak seperti tak berfungsi dengan baik.

Letaklah suhu yang paling rendah, tetap terasa bahangnya.

Nampaknya Uncle Akim akan menerima aduanku yang pertama sebagai penyewa hari ini.

Aku membelek wajah.Beberapa butir jerawat pasir mulai timbul.Ah pedulikan, tak lama lagi hilanglah.

Adi!

Bagai ternampak kelibat Adi di belakangku melalui pantulan cermin.

Aku menoleh ke belakang.Tiada pula. Pipi ku cubit perlahan.Rasanya aku tidaklah terlalu angau. Baru 2 kali sahaja pertemuan antara aku dan Adi.

Yang pasti, dia memang dalam senarai.Jika berjaya aku mencuri hatinya, terbeliaklah mata Dato Tarmizi yang selalu memerli aku.

"Biar saya sahajalah yang kahwin dengan Laila, dah susah sangat nak dapat boyfriend".

Tolong sikit! Biar aku tak kahwin sampai mati pun tak apa asal tak kahwin dengan keldai miang macam kau.Bini dah dua pun masih gelenyar.

Ah lantaklah!Janji skrip aku dia bayar.Kasutku sarung dan terus menuju lif.

Lif tiba di tingkat bawah.Harap-harap boleh terserempak dengan Adi hari ini.

Jam baru menunjukkan pukul 8 pagi.Nia akan menjemputku jam 9.Dia mahu aku menemankannya mengendali kelas solekan di Damansara.

Sengaja aku turun awal hari ini, mana tahu boleh terjumpa Adi dan bersarapan dengannya.

"Laila..."

Aku menoleh.Apa yang ku harapkan berhasil.Adi sedang berdiri tegak di belakangku berhampiran pintu lif.

"Assalamualaikum Adi.."kataku mengucapkan salam.

Adi menghampiriku.

"Nak ke mana, tak ngantuk ke semalam berjaga?"tanya Adi padaku.

Aku menggeleng perlahan.

"Saya dah biasa tidur di mana-mana.Sekejap lagi saya nak temankan kawan kerja.Saya tidur masa tu.."aku menjelaskan.

Adi mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

"Tak kerja ke? Adi kerja apa sebenarnya?"risikku.

Tanya jangan tak tanya Laila..

"Adi kerja MAS.Flight attendant.Off duty hari ni.."

Oh...aku melopongkan mulut tanda faham.Patutlah handsome dan berkarisma sahaja gayanya, pramugara rupanya.

"Jom breakfast nak? Saya belanja Adi"pelawaku.

Dia menggeleng-gelengkan kepala.

"Sorrylah, Adi ada hal sikit.Next time ya.."tolaknya penuh sopan santun.

Tak apa Laila.

Slow.
Slow.

"Macam mana rumah baru? Selesa tak?"tanya Adi padaku.

"So far so good.Cuma tulah..rumah atas tu bising sungguh.."jawabku.

Tapi selepas aku turun semula semalam, tiada lagi bunyi yang aku dengar.Mungkin Adi berjaya menegur mereka.

"Lagi..tak ada masalah yang lain? Kira seronok lah ya duduk kat kondo ni..?"Adi bertanya lagi.

Terharu pula mendapat perhatian darinya.Nampak Adi seorang yang prihatin dan mengambil berat walaupun aku baru sahaja dikenalinya.

"Okaylah, cuma aircon tak berapa nak sejuk..Saya nak call owner minta repair hari ni. Dahlah panas sekarang.."

Adi memandangku lama.

"Baguslah panas.Adi rindukan panas.Laila tahu tak rumah Adi terlalu sejuk.Kadang-kadang menggigil Adi dibuatnya.."

Aku menjegilkan mata membuat memek lucu padanya.Pelik, mana ada orang rindukan panas di negara yang majoriti hari dalam setahun lebih banyak panas daripada hujan ini.

"Tak percaya sudah..Okaylah Laila, Adi naik atas dulu..

Laila jaga diri ya.Jangan sampai ada orang jahat yang follow.."pesan Adi akhirnya sebelum berlalu.

Aku memandangnya memasuki lif.Dia tersenyum memandangku.Pintu lif ditutup.

"Anak..awak yang turun lif pukul 4 pagi semalam kan?"

Aku menoleh ke arah suara itu.

Pakcik pengawal keselamatan itu.

Rumah Tingkat AtasWhere stories live. Discover now