》Bab 29《

9.8K 860 112
                                    

"Daehyun, kalau aku cakap, aku cintakan kau. Kau nak buat apa?"

Buat sekian kalinya, Daehyun seakan berada di atas langit.Berterbangan seperti orang kurang siuman. Otaknya seakan alat filem. Mengulangi apa yang baru Baekhyun katakan tadi. Matanya menikam anak mata Baekhyun. Macam... tak percaya.

"Awak cakap... awak cakap apa tadi?" Soal Daehyun. Dia perlu tanya sekali lagi, supaya tidak salah dengar.

"Apa kau nak buat kalau aku cakap aku cintakan kau? Kau nak tampar aku? Kau nak tendang aku? Atau macam mana?" Soal Baekhyun lagi dan kali ini lagi panjang dan semakin menggetarkan jiwa Daehyun. Tubuhnya masih rapat dengan Baekhyun sehingga terjingkit kaki dibuatnya kerana Baekhyun seakan cuba hendak menyamakan ketinggian.

"Saya.. saya tak tahu."

"Kau suka aku?"

Angguk.

"Kau sayang aku?"

Angguk. Tapi ragu-ragu. Lambat.

"Kau cintakan aku?" Kali ini Daehyun tidak beriak. Angguk tidak, geleng pun tidak. Dia bingung dengan perasaan sendiri. Matanya digalihkan dari terus merenung anak mata Baekhyun. Mata redup itu seakan tembus sehingga ke belakang.

"Daehyun..."

"Hmm?"

"Aku tanya kau. Jawab. Apa kau buat kalau aku cakap, aku cintakan kau?" Dia tanya lagi sehingga Daehyun betul-betul tidak tahu hendak katakan apa. Wajahnya mula rasa panas semacam, walhal dalam rumah ini sejuk. Baekhyun mula langkahkan kaki, menolak tubuh Daehyun sehingga mencecah kabinet TV. Daehyun lenturkan badan ke belakang apabila Baekhyun semakin mendekat.

"Daehyun..."

"Awak cakap, awak tak nak cakap dengan saya apa perasaan awak dekat saya."

"Tapi sekarang aku cakap."

"Hah?"

Blur. Daehyun terkebil-kebil memandang wajah kacak lelaki ini. Sesekali hidungnya terpalit bau wain. Daehyun mengagak Baekhyun baru sahaja pulang dari kelab dan mungkin dia mabuk. Tetapi nampak gaya macam tak mabuk.

"Aku tengah cakap dekat kau apa perasaan aku." Katanya. Menyambung apa yang sedang dibualkan tadi.

"Awak mabuk ke? Badan awak bau wain."

"Kau cium badan aku ke?" Wajah Daehyun terus memerah. Matanya tidak memandang wajah Baekhyun, sebaliknya hanya mata. Hanya kedua-dua mata itu sahaja yang dia pandangkan.

"Kenapa suka pandang mata aku?" Soal Baekhyun. Suaranya diturunkan. Betul-betul perlahan dan terselit romantik di situ. Baekhyun mula mendekatkan lagi kepalanya sehingga dahi mereka mula bersentuhan.

"Janganlah macam ni, Baekhyun. Awak nampak lain." Daehyun menolak perlahan bahu Baekhyun sehingga dahi mereka tidak lagi bersentuhan. Baekhyun tidak berubah, sebaliknya dia tersenyum nipis.

"Aku simpan soalan aku sampai minggu depan." Dia mula menjarakkan tubuhnya sedikit dari Daehyun.

"Aku nak jawapan kau." Dia menyambung lagi. Daehyun mengerutkan dahi. Entah apa penyakitnya sehingga boleh jadi sebangang ini.

"Jawapan apa?"

"Aku dah cakap tadi. Pandai-pandailah kau ingat balik. Tapi ingat, aku tak nak jawapan kau mengecewakan aku. Aku bunuh diri nanti." Katanya sebelum melangkah beredar meninggalkan Daehyun di ruang tamu, bersandar pada kabinet TV yang separas pinggang.

"Apa ni? Tak faham..." gerutu Daehyun sendirian.

"Ingat, sayang. Awak kecewakan Baek, Baek bunuh diri."

[COMPLETED] Mistress 주인님 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now