》Bab 43《

9.4K 776 26
                                    

Daehyun mengeluh pendek. Dia merenung telefon bimbitnya yang sudah kehabisan bateri. Tak sedar pula kerana lagi tadi sibuk berada di dalam bilik membaca buku. Tiada apa yang perlu dibuat di dapur. Selepas sahaja kejadian pagi tadi selesai, Daehyun batalkan niat untuk keluar mencari kerja. Tetapi hatinya tetap nekad untuk mencari pekerjaan yang boleh menghilangkan bosannya berada di rumah. Bukan kerana sentap dengan Baekhyun. Tetapi kerana kebosanan di rumah. Walaupun hatinya masih terasa dengan Baekhyun, tetapi lama kelamaan dia semakin baik. Hendak menerima amarah lelaki itu semalam yang pedih.

Mungkin kerana Baekhyun tidak tahu hal sebenar dan dia pun terlupa hendak beritahu. Jadi dia diamkan sahaja sehinggalah dia sedar perubahan Baekhyun.

Daehyun bangun dari katil dan bergerak ke kabinet cermin. Pengecas dicapai lantas dimasukkan ke dalam soket. Dia terus masukkan picu ke dalam rumah telefonnya. Perlahan-lahan bateri naik. Daehyun kembali ke katil. Majalah dicapai dan dia sambung membaca. Ketika dia sedang khusyuk membaca, telinganya terdengar pintu rumah terbuka. Daehyun memandang jam di tepi katil. 5 petang.

"Baekhyun kut..." gumamnya perlahan. Daehyun hanya diamkan diri sahaja. Hanya membiarkan lelaki itu masuk dan berehat di bilik.

"Sayang..."

Ya. Baekhyun. Daehyun angkat kepala dan memandang pintu biliknya. Wajah Baekhyun menjamah mata.

"Ya?" Daehyun jawab sepatah. Majalah di tutup dan diletakkan di sebelahnya. Baekhyun menolak pintu biliknya dan masuk ke dalam perlahan-lahan. Kunci kereta, telefon bimbit di letakkan di atas meja solek. Lantas lelaki itu terus merebahkan tubuh atas katil.

"Kenapa?"

"Aku rindu kau." Cukup perlahan. Daehyun mengoyakkan senyuman nipis. Dia memeluk lutut. Dipandang sahaja figura itu terbaring di hadapannya dengan mata tertutup.

"Pergilah masuk bilik awak. Mandi, tukar baju. Lepas tu makan, then tidur." Kata Daehyun. Tangannya jatuh pada tangan Baekhyun dan digenggam perlahan tangan itu. Baekhyun tidak membalas genggaman Daehyun, sebaliknya menarik tangannya sehingga Daehyun ikut terbaring.

"Aku tak nak apa-apa. Aku cuma nak kau je sekarang ni." Kata Baekhyun. Tangannya menarik tubuh itu supaya dekat dengannya. Daehyun iringkan tubuh sambil menongkat kepala dengan tangan dan membiarkan sembamkan wajah pada dadanya. Dia diam buat seketika.

"Awak busuk." Kata Daehyun, bersahaja. Tangannya bermain dengan rambut Baekhyun. Suaranya masih dingin. Walhal dia sudah tidak terasa hati pun dengan Baekhyun. Melihat sikap lelaki ini yang mula manja, dia sedikit kesian. Terubat juga.

"Aku belum rasa nak mandi." Dia menjawab. Daehyun menunduk melihat Baekhyun. mata lelaki itu terpejam dan ada lingkaran hitam bawah mata. Nampak penat.

"Dah makan?"

"Belum. Aku tak nak makan."

"Kenapa?"

"Tak ada selera."

Daehyun kerutkan dahi. Baekhyun mula terlentangkan tubuhnya dan membuka mata separuh memandang Daehyun. Kemudian dia tutup mata semula.

"Kenapa tak ada selera? Biasa selalu makan balik rumah."

"Aku tak boleh nak telan apa-apa sekarang ni selagi orang tu maafkan aku." Kata dia. Daehyun mengeluh kecil.

"Saya tak marah awak pun." Kata Daehyun. Tangannya menyelak anak rambut Baekhyun ke belakang.

"Aku tahu kau marah aku. Kan?" Daehyun gelengkan kepala.

"Tak. Dah tak marah dah. Awak nak saya marah awak lama-lama ke?" Soal Daehyun dengan kening diangkat sebelah. Matanya memandang anak mata Baekhyun yang nampak redup itu.

[COMPLETED] Mistress 주인님 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now