》Bab 48《

7.7K 694 61
                                    

Daehyun memandang figura lelaki yang ada di hadapannya kini. Lelaki itu sedang menyisip Americano sambil bermain telefon bimbit. Nafas ditarik berkali-kali dan sesekali dia pejamkan mata. Berdebar.

"Sehun..."

Sehun angkat wajahnya dan memandang Daehyun yang seakan serba salah hendak berkata-kata.

"Ya?"

"Awak yakin ke dengan rancangan kita?" Soal Daehyun. Tadi mereka berbincang untuk menyelesaikan masalahnya ini dan bagaimana hendak mengembalikan kepercayaan Baekhyun semula kepadanya. Tetapi rancangan itu seakan tidak masuk akal. Walau hakikatnya, kesan yang bakal Baekhyun dan dia terima, betul-betul menusuk.

"Kenapa? Awak takut Baekhyun marah?" Daehyun menggeleng.

"Habis tu?"

"Saya takut kalau Baekhyun marahkan awak pula. Dia tu... tak boleh salah sikit. Dia kuat melenting." Kata Daehyun. Sehun ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

"Daehyun, awak tak tahu apa yang dia cakap dua hari lepas masa dia datang rumah saya. Dia siap cakap, dia dah tak kisah pasal awak. Dah tak heran kalau awak nak dengan sesiapa sekalipun. So now, kita tengok apa yang dia nak buat dekat saya bila kita berpura-pura ada hubungan macam ni. But at the same time, kita bantu dia dari terkena dengan Jungkook. Pasal Jungkook, jangan risau. Saya akan settlekan hal tu. Kalau Jungkook ada apa-apakan awak, ada hantar SMS ugutan atau ada call awak, bagitahu saya. Saya nak kumpulkan bukti jenayah dia, dan lepas tu, kita serah dia pada pihak polis." Lancar, licin, pantas Sehun berkata. Inilah dia rancangan yang disusun untuk menyelesaikan masalah Daehyun. Sehun tidak mahu melihat gadis kesayangan rakan baiknya itu dalam kesengsaraan. Melihat Baekhyun separuh mati begitu pun, hatinya kurang senang.

"Tapi saya takut kita tak berjaya." Ujar Daehyun, perlahan. Sehun menarik nafas panjang dan lepaskannya sedikit kasar. Wajah Daehyun dipandang.

"Kita akan berjaya. Lepas semuanya selesai, kita buat macam asal semula. Actually plan ni saya buat biar Baekhyun tu sedar sikit kat diri dia tu! Konon... tak kisahkan awak. Kalau tiba-tiba dia nak mengamuk nampak saya dengan awak sekarang, saya gantung dia kat tiang bendera. Belagak dia tu." Sempat lagi mulut itu mengutuk. Pecah gelak Daehyun. Langsung dia tidak sangka Sehun seorang yang kelakar. Wajahnya sahaja yang dingin beku. Tetapi sikapnya menyenangkan.

"Awak tak kerja ke? Nanti Baekhyun mencari awak pula." Tanyanya.

"Kerja. Masuk lambat sikit je. Sekarangkan waktu lunch." Kata Sehun. Dia masih ralit dengan telefon bimbitnya itu. Sesekali dia mengeluh dan sesekali dia menggigit bibir. Nampak sedikit resah dan Daehyun perasan itu.

"Hun..."

"Hmm?" Sehun angkat kepala. Daehyun angkat sebelah kening.

"Okey ke?" Soal Daehyun. Sehun tersenyum kelat.

"Tak ada apa-apalah. Cuma... omma bising saya tak kahwin lagi." Dia ketawa pada hujung ayat. Daehyun tersenyum nipis.

"Takkan seorang pun tak ada lekat dengan awak?" Sehun geleng.

"Tak sama macam apa yang saya nak." Daehyun mencebik kecil.

"Memilih..."

"Kalau boleh nak macam awak."

Daehyun membulatkan mata.

"Pulak dah..." Sehun ketawa.

"Taklah. Gurau-gurau."

*****

Baekhyun memandang Sehun yang lagi tadi asyik tersenyum selepas pulang dari makan tengahari tadi. Tangannya yang tadi sedang menaip, berhenti. Kerusi dipusingkan menghadap Sehun yang memang rajin bertandang ke biliknya untuk buat kerja. Bosan tak ada teman berbual katanya jika di bilik sendiri.

[COMPLETED] Mistress 주인님 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now