》Bab 49《

7.9K 741 66
                                    

Mata Daehyun lagi tadi fokus pada skrin TV. Tetapi fikiran dan hatinya pergi ke tempat lain. Baekhyun tidak pulang lagi. Entah ke mana lelaki itu pergi. Hatinya tidak terasa hendak menanya. Masih rasa kecewa. Kecewa dengan sikap lelaki itu. Suka melepaskan marah dengan pergi ke tempat yang sepatutnya tidak perlu dijejaki lagi.

Hampir setiap malam juga sejak mereka bergaduh, Baekhyun mula pulang ke rumah dalam keadaan separuh sedar, separuh mabuk. Bukannya dia tidak dengar lelaki itu muntah. Dengar sangat. Dan bukan dia tidak mahu melihat. Tetapi dia sakit hati.

Cincin yang tersemat pada jari manisnya dicabut. Nafas ditarik panjang. Adakah kebahagiaan tu sementara sahaja? Atau dia memang tidak layak untuk bahagia? Sekejap sangat merasa suasana gembira itu bersama Baekhyun. Lama dia tahan perasaan supaya tidak menjadi penepuk sebelah tangan. Selepas sahaja Baekhyun ujarkan perasaan sebenar, barulah dia berani mengorak langkah perlahan-lahan. Mencipta di mana bahagia yang sepatutnya dia lakar.

Serupa novel, Jungkook pula datang tiba-tiba. Mengugut, melakukan benda yang menggerunkan manusia sekeliling. Dia pernah dengar ketika belajar di universiti dahulu, Jungkook juga ada pengaruh dadah. Tetapi tidak mengambilnya secara terang-terangan. Lelaki itu menghisap rokok dan berselang-seli dengan beberapa jenis dadah. Terus lelaki itu dibuang dari universiti sebelum dia juga turut terkena perangkap dari rakan seuniversiti juga.

Entahlah, tiba-tiba rasa dadanya kurang enak hari ini. Terasa hendak menangis. Terasa hidupnya mula menunjukkan konflik perlahan-lahan. Mulutnya terlalu ingin meluahkan perasaan. Tetapi tiada sesiapa yang dapat mendengar. Terasa matanya sedikit pedih dan kabur. Cincin yang ada pada tangan digenggam erat. Lama dia menahan perasaan ini. Hari ini dia tewas. Dia terlalu rindukan orang yang selalu membelainya dulu. Dia terlalu rindukan Baekhyun yang dulu. Bukan Baekhyun yang sekarang. Baekhyun yang sikapnya kasar tetapi hatinya lembut. Baekhyun yang melayan perangai setiap masa.

Air mata yang jatuh diseka perlahan. Tetapi semakin lama dia menyeka, semakin laju pula dia turun. Dadanya mula sesak dan mulutnya mula ingin mengeluarkan esakan. Tetapi ditahankan sahaja. Tubuhnya mula menggigil perlahan. Sekali lagi dia menyeka pipi.

"Tisunya hati kau hari ni..." gumam Daehyun perlahan. Matanya kembali fokus pada skrin televisyen. Tangisannya reda. Hanya sesekali sahaja rasa sedih itu bertandang. Baru sahaja dia sedikit lega, drama yang sedang ditayangkan ini menunjukkan babak sedih. Jatuh lagi air matanya. Perasaan dia bercampur baur. Sedih kerana drama, dan sedih kerana masalah yang sedang dihadapinya kini.

Klek.

Pintu rumah terbuka. Daehyun menoleh sekilas dan dia kembali menonton TV. Baekhyun pula. Air matanya yang bersisa dilap dengan belakang tangan. Kali ini dia seakan menjadi seorang perempuan yang cukup terdesak untuk mendapatkan pujukan dari seorang lelaki yang bernama Baekhyun. Hatinya terlalu ingin meronta untuk memberitahu hal yang sebenar supaya jurang mereka tidak sejauh ini. Tetapi dia tidak mampu. Janji tetap janji. Dia tidak mahu hal yang tidak sepatutnya berlaku, terjadi.

Daehyun terdengar ada derapan tapak kaki ingin mendekatinya. Dia betul-betul perlukan Baekhyun sekarang ini untuk memujuk hati yang sedang dalam duka. Dia mengharapkan lelaki itu datang dan memeluknya seperti selalu. Tetapi hari ini tidak. Baekhyun sekadar melewatinya untuk pergi ke dapur. Sikit pun lelaki itu tidak pandang. Hanya berjalan bersahaja. Tetapi Daehyun dapat melihat ada sedikit ketegangan pada wajah itu. Tertekan.

Nafas ditarik. Cuba kawal air mata dari mengalir. Matanya kembali teralih pada kaca televisyen. Dia cuba untuk fokus. Tetapi lama-kelamaan dia sendiri yang kalah. Tangan dibuka dan cincin jatuh. Lantas diraup wajahnya dengan tangan. Tidak sedar langsung cincinnya terjatuh. Air matanya kembali mengalir. Tersandar tubuh itu pada sofa. Separuh mati menahan emosi. Tangannya mengelap wajah dengan kasar. Mata tertutup. Tetapi dia seakan merasa ada seseorang sedang berdiri di hadapannya. Perlahan-lahan dia buka mata.

[COMPLETED] Mistress 주인님 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now