BAB 3:-

8.4K 400 5
                                    

 Suasana hiruk pikuk kantin sekolah pada waktu itu, langsung tidak mengalihkan perhatian Dania Sofea daripada memikirkan masalah besar yang melandanya sekarang. Mee goreng dihadapannya juga dipandang tanpa selera dan hanya diguis-guis menggunakan garpu namun tidak  pula di jamahnya. Erin yang duduk disebelah Nia , menegur tindakan Nia itu.

 "Wei , kau ni kenapa? Kalau serabut sekalipun, janganlah main-main makanan tu. Rezeki tu , tak baiklah."  garpu di tangan Nia di ambil. Tanpa segan silu mahupun meminta kebenaran,  Erin mengambil sedikit mee goreng Nia dan  memakannya.

 "Oh! Pedas juga mee goreng Acik kantin ni," kata Erin.  Lidahnya terjelir sedikit kerana   manahan pedas. Dia memang tak  biasa dengan makanan pedas. Tak tahan . Pantas , dia membuka penutup botol mineral dan meneguknya rakus sehinggakan dia tersedak kecil .

 Nia menghamburkan tawanya." Hahahaha! Padan muka kau. Itulah! Lain kali , minta. Bukannya susah pun," tisu dihulurkan kepada Erin.

  Wani juga sudah terkekeh-kekeh ketawa. Namun, ketawa Wani lebih bersopan. Kalau nak  ketawa, mesti sambil menutup mulut . Jangan main-main tau. Inilah sebabnya, dalam kalangan mereka berempat , Wani yang paling lemah-lembut , yang paling pemalu dan rasional. Malah bila mereka bertiga mahu membuat sesuatu perkara yang gila-gila dan agak nakal , Wanilah yang akan sibuk menasihati mereka supaya menukar fikiran . Alah! Macam ustazah lah katakan.

 Erin mengelap mulutnya. " Oh! Apasal pedas sangat mee ni? Taruh cili api ke Achik kantin ni?" rungut Erin .

Nia senyum meleret. " Kau tu yang tak tahan pedas. Maklumlah, lidah mat salleh kan? Lain kali tanyalah dulu, bukannya aku tak nak bagi kau."

 "Kau ni, kacau betullah. Aku tengah elok-elok berfikir tadi," keluh Nia.

 " Habis hilang semua idea aku tadi..." garpu tadi dicapainya kembali dan mula menjamah mee gorengnya.

 "Kau tengah fikir pasal apa? Amir?" tanya Wani sambil menyuap roti kedalam mulutnya.

 " Nia! Kau nampak tak tadi, macam mana muka bila pandang kau? Eei! Seram kot! Mukanya macam nak telan kau je tadi. Kau tak takut ke?" sampuk Erin.

 Nia mengeluh berat. Dia faham apa yang Erin cuba  sampaikan. Minda Nia berputar ligat mengingati semula kejadian pagi tadi. Waktu itu, perhimpunan baru sahaja selesai dan mereka dalam perjalanan menuju ke kelas.

  Entah bagaimana  mata Nia boleh terpandangkan Amir yang sedang berdiri di hujung dewan bersama Cikgu Ruslan. Dan ketika itulah, Nia juga perasan yang Amir sedang merenung dirinya juga.

 Renungan itu. Nia ingat lagi renungan Amir ketika itu. Renungannya itu umpama seekor harimau yang sedang mengintip mangsanya dan akan  menyerang mangsanya pada bila-bila masa.

 Apa lagi, habis lemah longlai langkah Nia apabila direnung sebegitu rupa. Mujur, rakan-rakannya yang lain  menyedari situasi tegang ketika itu, dan  bijak menariknya pergi.

  Nia meraup muka. Sungguh, dia tak tahu apa lagi yang perlu dia lakukan sekarang. Kalau dia tahu, Amir tu Ketua Pengawas yang baru, memang tak akan dia berkasar bahasa dengannya. Tapi nak buat macam mana?

   Perkara itu sudah berlaku. Tak ada caranya untuk dia mengubah balik masa lalu. Lainlah kalau dia ada mesin masa macam yang dimiliki Nobita. Mungkin, dia boleh patah balik masa dan pastikan kejadian itu tak berlaku. Oh apa yang dia merepek ni? Otak dia dah betul ke?

 "Jadi kau nak buat apa?" soalan Erin mematikan lamunan Nia.

"Hah!"Nia tersentak.

"Kau nak buat apa lepas ni?"tanya Erin kembali.

Timeless Love(COMPLETED)Where stories live. Discover now