Sara yang sedang membelek-belek majalah busana pengantin di lama pejabatnya sedang tersenyum-senyum senang. Ada beberapa keping gambar busana yang telah menarik minatnya dari tadi. Segala perancangan perkahwinan mereka sudahpun berjalan. Tema ala-ala kayangan yang bakal menjadi tema perkahwinan mereka berdua dan bertempat di Marinda"s Hotel & Resort menjadi pilihan mereka.
Sebenarnya menjadi pilihan Sara, bukannya kesepakatan berdua. Amir tidak terlibat sangat dengan persiapan perkahwinan mereka berdua. Bukannya sebab Sara tak bagi, cuma Amir sendiri yang acuh tak acuh dengan persiapan perkahwinan mereka. Setiap kali Sara mengajak Amir berbincang mengenai perkahwinan mereka , pasti Amir memberi alasan, banyak kerjalah, tiada masalah dan sebagainya.
Tunangnya cuba juga bersabar , maklumlah, dia faham Amir bukannya suka didesak. Lagipun , Sara tak mahu kelihatan seperti terlalu mengongkong kehidupan Amir atau digelar ' Queen Control' tapi lama-kelamaan Sara naik geram juga.
"Amir corak ni cantikkan?" Sara cuba memancing Amir berbicara dengannya. Dia menghulurkan majalah di tangannya kepada Amir yang berada dihadapannya. Amir juga diminta untuk mencari mana-mana busana yang menarik tapi dari tadi dia hanya menyelak halaman majalah dengan bosan.
"Hmm." Amir menganguk kecil. Dia hanya menjeling majalah di tangan Sara. Langsung tidak berminat untuk memberi pendapat ataupun membantu Sara membuat pilihan.
Sarah menjongketkan keningnya melihatkan muka muka bosan Amir. Dia semakin geram dengan perangai Amir kini. Entah mengapa, dia dapat rasa bahawa Amir seakan tidak gembira dengan perkahwinan mereka. Sara mengalihkan majalah tadi. Kini, dia berhadapan dengan Amir. "Amir." Panggil Sara.
"Ya." Balas Amir malas tanpa mengalihkan mukanya daripada majalah di tangannya.
"Amir." Kali ini suara Sara lebih keras. "Look at me!"
Amir mengangkat muka membalas pandangan Sara." Apa you nak?"k Katanya turut menekan suaranya. Dia serabut lah!
Sara tergelak sinis. "Apa I nak? I nak you pay attention on me. Help me uruskan wedding kita, takkan you nak expect I sorang handle majlis kita. I kena pilih venue, I yang kena pilih ketering even baju nak pakai nanti, macam tu?" Kata Sara sebal. Tunang apa macam ni perangai!
Amir menegak duduknya."You nak I datang sini, I datang kan. You nak I tolong pilih baju , I tolong, ok? You ingat I buat apa dekat sini, hah? I ada banyak lagi kerja yang lain tau!" Balas Amir tidak mengalah. Entah mengapa, cepat betul panas hatinya dengan Sara kini.
Dia sedar dia sebagai tunang tidak membantu langsung Sara, namun entah mengapa hatinya tidak bersemangat langsung memikirkan perkahwinannya. Hati dan ingatnya melayang memikirkan Nia yang hilang entah ke mana. Sudah 3 minggu dia tidak bertemu Nia, rindu di hatinya sudah tidak tertahan.
"You ni kenapa , Amir?" Sara menjegilkan mata. Dia seakan sudah tidak mengenali lelaki dihadapnnya kini.
"I'm fine." Balas Amir pendek. Matanya dihalakan kembali kepada majalah busana pengantin di tangannya.
"No! You're not okay!" Serentak itu, Sara menutup majalah di tangan Amir . Amir memandang wajah Saar yang mulai memerah. "So, tell me! Apa masalah you Amir?"
"Tak ada apalah." Balas Amir namun dipotong Sara terlebih dahulu.
"No, you're not. Please Amir ! Jujur dengan I. Wedding kita makin dekat. I tak nak you terus berperangai sebegini, so please jujur dengan I! "Pinta Sara terhadap lelaki yang dicintainya. Ya, dia mencintai lelaki di hadapannya dengan sepenuh hati walaupun dia tak tahu, yang Amir tidak pernah berperasaan sepertinya.
Amir menarik nafas. Lama. Sebelum di hembusnya berat. Dia menatap wajah wanita yang paling banyak berkorban dan membatunya, wanita mempunyai tempat istimewa di hatinya sebagai rakan yang paling disayanginya bukan yang dicintainya. Dia sedar kelakuannya hanya menyeksa jiwa wanita dihadapannya. "You nak I jujur?" Tanya Amir menatap dalam-dalam mata wanita dihadapannya. Melihat anggukan pada wajah Sara , Amir menelan air liur, berusaha menghilangkan getir pada suaranya.
YOU ARE READING
Timeless Love(COMPLETED)
Teen FictionDania Sofea, gadis pintar! Namun suka datang lewat ke sekolah! Bukannya lewat pada 10 minit terakhir tetapi saat-saat terakhir sebelum pagar sekolah ditutup. Malangnya, segalanya berubah apabila ada seorang pengawas lelaki yang tiba-tiba sahaj...