BAB 11:

6.1K 344 0
                                    

  Nia mengeluh hampa. Kakinya sudah mula lenguh. Maklumlah, hampir setengah jam dia berdiri terpacak di tepi kaunter tiket wayang TGV. Dah macam jaga gayanya. Tetapi dia tak berminat pun untuk mengisi jawatan kosong sebagai pengawal keselamatan panggung wayang ini. Dia kini sedang menunggu kedatangan tetamu VVIP. Siapa lagi kalau bukan Afiqah, Wani dan Erin.

 Setelah puas meninjau-ninjau sekitar kawasan , Nia menegeluarkan handphonenya . Nombor telefon Afiqah di dail. Yalah, tak berani dia hendak menelefon Erin. Minah tu kan naik motor. Comfirm lah minah tu takkan jawab punya. Nia menunggu seketika sebelum panggilannya di jawab.

 "Helo Nia?"suara Afiqah kedengaran di hujung panggilang.

"Kau kat mana ni? Punyalah lama aku tunggu kat sini. Dahlah sorang-sorang."Hambur Nia.

 Geram? Of course lah dia geram. Janji pukul berapa, sampai pula pukul berapa. Haih! Nasib baiklah  tu kawan sendiri.

"Ala. Lek arh! Kita orang nak sampai dah ni. Tengah cari parking ni...."Suara Afiqah kedengaran tenggelam timbul . Mungkin isyarat tak berapa jelas di basemant.

"Cepatlah sikit. Tiket pun tak beli lagi ni...."

"Yalah-yalah. Erin dah sampai belum?"

"Belum. Aku sorang-soarang terpacak dekat sini."

Kedengaran tawa Afiqah di hujung talian.

"Ala , siannya dia. Tunggu kejap ye..kita orang nak sampai dah ni. Hah! Kita orang dah dapat parking."Jelas Afiqah.

"Oklah. Cepat sikit."Nia mematikan panggilan.

"Haih!! Kena menunggu lagi nampaknya...."keluh Nia seorang diri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Mir! Cepatlah!"panggil Zareef Hadi dari jauh.

Amir yang sedang melihat pameran HUAWEI tadi terus mendekati Zareef.

"Yang kau nak cepat sangat ni kenapa?"tanya Amir dengan nada bosan.

Tangannya dimasukkan ke dalam kocek ketika berjalan. Cool ? Mana tak nya, pakai baju seragam pengawas pun dah kira hot giler , inikan pula pakai baju kasual.

  Amir memilih untuk memakai kemeja putih kosong yang lenggannya dilipatkan sehingga ke siku bersama seluar slim fit berwana hitam. Zareef pula lebih selamba dengan t-shirt lengan pendek berwarna putih dan menyarung jaket kulit hitam. Tidak terlupa juga cap hitam sebagai pelengkap gaya. Memang cair habis.

  Kalau tak , tak mungkinlah awek-awek situ tertoleh dua-tiga kali pada Amir dan Zareef. Namun, mereka berdua buat tak tahu sahaja dengan perhatian yang diberikan dan meneruskan perjalanan seperti tiada apa.

"Dah jom. Tiket wayang pun tak beli lagi ni..."Ajak Zareef sambil membetulkan kedudukan capnya.

"Hmm..."Amir mengikut sahaja.

 Kaunter tiket wayang penuh seperti biasa. Maklumlah, hari minggu. Nak-nak mereka terpaksa beratur untuk membeli tiket.

"Mir! Nak tengok citer apa ni?"tanya Zareef. Matanya sibuk memerhatikan waktu tayangan.

Amir diam.

Zareef berpaling ke arah Amir.

"Apasal ni Mir?"

Amir menggelengkan kecil.

"Tak ada apala. Cuma, aku macam ternampak Nia je tadi."beritahu Amir.

Berkerut dahi Zareef mendengarnya.

"Kau ni biar betul , Mir. Aku tahulah kau tengah syok kat Nia tu, tapi takkan lah sampai ternampak-nampak bayangnya."Zareef tergelak kecil.

Amir tidak ikut ketawa."Tapi, aku rasa aku memang nampak Nia."

Timeless Love(COMPLETED)Where stories live. Discover now