BAB 7

9.5K 312 12
                                    

Aku terjaga dari lenaku.Terasa kepalaku berdenyut-denyut.Ni tak lain tak bukan mesti demam ni.Aku menyentuh leher dan dahiku.Panas.See,kan aku dah cakap.Haish,ni mesti 2-3 hari aku demam.

Jam dinding ku lihat.Dah pukul 7:19.Ouh,dah Maghrib rupanya.

10 saat kemudian...

WHATT !!
Dah Maghrib aku rasa solat Asar dah kelaut dah ni.Haish.Berdosanya aku.

Aku bangun dari katil dan berjalan ke arah tandas untuk mandi dan berwudhuk sambil terhuyung hayang macam kena tiup angin.

Seusai solat Maghrib dan qadha solat Asar,aku bersiap siap untuk pergi ke farmasi berdekatan nak cari panadol.

Okey,dah siap dan setelah itu aku keluar daripada bilikku menuju ke farmasi.

Baju t-shirt,cardigan,tudung bawal,seluar track dan selipar jepun je sempat ku pakai sebab dah tak tahan dengan pening ni.

Selesai membeli ubat,kakiku laju melangkah menuju ke bilik.Yang aku rasa sekarang adalah lepas solat Isyak,telan ubat,aku nak tido tu je.

Semasa perjalanan menuju ke bilik,aku melihat Tengku Daniel baru je keluar dari bilik dia.Mata kami sempat bertembung dan reaksi Tengku Daniel sangat terkejut apabila melihat mukaku.Kenapa??Pucat sangat ke muka aku ni??

Aku hanya tersenyum lemah ke arahnya lalu masuk ke dalam bilikku.After siap semuanya,aku terus tido.

"Kenapa dengan minah tu?Pucat semacam je muka.Ni kalau aku toreh muka dia,memang takde darah ni.Dia sakit ke??"getus hati Tengku Daniel sambil berlalu pergi dari situ dan menuju ke pantai untuk membuat bbq.

..................................................

"Guyss,dah lama dah ke tunggu aku?"tanya Tengku Daniel tersenyum sambil menjongket-jongketkan keningnya.

"Siapa yang tunggu kau??Perasannya lahai  wahai sahabatku ini.Sekarang ni kitorang tengah tunggu Dyna."kata Ariz.

Terus mati senyuman Tengku Daniel.
Ciss..
Aku ingatkan diorang ni tengah tunggu aku rupa-rupanya tengah tunggu minah senget tu.

"Haa Daniel,U ada nampak Dyna tak sebab dari tadi lagi I call dia tapi tak angkat??"Tanya Maria gelisah sambil tangannya menekan-nekan sesuatu di iphonenya.

"Ada nampak tadi masa I keluar dari bilik I dan bertembung dengan dia masa dia nak masuk bilik dia tapi..."kata Tengku Daniel tersekat sebab Maria dan Sandra dah potong.

"Tapi apa?!"jerit Maria dan Sandra gelisah.

"Muka dia pucat gile nak mati."kata Tengku Daniel selamba kucing meow meow dia je cakap aku ni nak mati.

"WHAT !!"jerit Mereka berempat iaitu Sandra,Maria,Ariz dan Amer.

"Kenapa U tak cakap awal-awal?!"marah Sandra dan Maria.

"Dah U tak tanya."kata Tengku Daniel.

"Kenapa dengan dia actually??"tanya Tengku Daniel.

"Don't know.Takpelah,I dengan Maria pergi tengok dia dulu.U dengan Amer and Ariz buat apa yang patut dulu kat sini erk"Kata Sandra dan berlalu pergi dengan Maria menuju ke bilik aku.

Sesampainya Sandra dan Maria di bilikku terus mereka mengetuk pintu bilikku sambil memanggil-manggil namaku,macam nak roboh je pintu aku ni diorang ketuk.

"Alahai,gorilla mana pulak yang ketuk pintu bilik aku ni,dah nak roboh dah pintu tu weiyy!!!"kataku separuh marah.

"Dyna !! Dyna !! Buka pintu ni sekarang sebelum aku tendang pintu ni !!"jerit Maria dan Sandra.

Aku Dengan Kau ✔Where stories live. Discover now