BAB 13

7.5K 277 1
                                    

Aku terjaga dari lenaku dek kerana bunyi alarm dari iphoneku yang menandakan sudah pukul 5 pagi.

Aku bangun awal hari ni sebab taknak terserempak dengan Maria dan Sandra.Seusai aku mandi dan solat Subuh,aku menurunkan luggageku termasuk kertas yang ku tulis semalam.

Semasa sedang membuat breakfast,aku menelefon teksi supaya menyuruhnya datang ke sini pada pukul 7 pagi.

Setelah siap membuat breakfast untuk diriku,Sandra dan Maria,aku memakannya.

Selepas mengemas apa yang patut,aku menanggalkan cincin yang berada dijari manisku yang telah diberi oleh Tengku Daniel.

Kertas yang aku tulis semalam ditinggalkan diatas meja makan bersama cincin itu.

Aku melangkah keluar dari rumah itu setelah teksi sampai dengan langkah tergesa-gesa kerana takut Maria dan Sandra keluar dari bilik diorang.

Masuk sahaja aku didalam teksi,aku memberitahu driver teksi tu yang aku mahu pergi ke airport dan setelah itu,teksi tersebut meluncur laju membelah jalanraya.

"Terima kasih pakcik"Ucapku sambil menghulurkan duit setelah teksi tersebut berhenti di airport.

Pakcik itu hanya tersenyum dan berlalu pergi dari situ.

Jam di pergelangan ku lihat,dah pukul 7:50 pagi.Aku segera melangkah masuk kedalam airport tergesa-gesa kerana flightku pada pukul 8:10 pagi.

Setelah siap semuanya,ketibaan flightku diumumkan.

Di dalam flight,aku hanya berdiam diri sambil membuang pandangan keluar tingkap.Sungguh indah ciptaan Tuhan.

Malaysia - London mengambil masa selama 13 jam.

'''''''''''''''''

"Dyna ooo Dyna !!"jerit Maria sambil berjalan menuju ke dapur untuk breakfast.Pelik dia hari ni,biasanya aku akan kejutkan diorang tapi tak kali ni.

Ketika dia menuju ke meja makan,matanya tertancap pada benda yang berkilau di atas meja makan bersama sehelai kertas.

"Aik,cincin siapa ni ??"tanya Maria hairan sendirian sambil membelek-belek sebentuk cincin dan meletakkannya kembali seterusnya dia mengambil kertas itu dan membacanya...

Kepada Maria and Sandra.

Assalam,aku nak minta maaf atas semua salah dan silap yang aku buat selama ni.Aku akan pergi tinggalkan korang dalam masa setahun atas urusan kerja and tolong bagi cincin ni dekat Daniel.Sampaikan salam aku dekat dia.Sekian.

Yang benar,
Dyna

"WHAT !!"jerit Maria terkejut dan setelah itu satu persatu air matanya menitis.

"Heyy Maria ! Kau ni pehal terjerit-jerit macam beruk ni !! Dari atas aku boleh dengar sua....."Kata-kata Sandra terhenti akibat melihat Maria menangis teresak-esak sambil duduk di lantai.

"Maria,Maria ! Kau okey tak ni hah?!"Tanya Sandra kalut sambil mengusap-usap belakang Maria.

Maria hanya menggelengkan kepalanya sambil menghulurkan kertas yang berada ditangannya kepada Sandra.

Sandra juga seperti Maria,menangis teresak-esak selepas membaca surat pemberianku.

"Kenapa Dyna tak bagitahu kita mana dia nak pergi hah ?!"Marah Sandra menangis teresak-esak.

"Setahun pulak tu !"sambung Maria dan setelah itu dia bangun menuju ke ruang tamu untuk mengambil iphone 5s nya

"Kau nak pergi mana tu?"Tanya Sandra yang sedang mengelap air matanya.

"Aku nak try call dia."jawab Maria sambil menekan-nekan sesuatu di iphonenya.

Setelah 11 kali menelefonku namun hanya masuk dipeti simpanan suara saja.

"Eee Dyna !! Susah sangat ke kau nak angkat fone hah ?! Sayang,iphone canggih tapi tak pandai nak guna ! "Marah Maria dan mencuba nasibnya sekali lagi namun hanya sia-sia juga.

Tiba-tiba deringan iphone milik Maria berbunyi minta diangkat tanpa melihat nama pemanggil.

"Hello Dyna !! Kau pergi mana hah ?!"Tanya Maria marah.

"Woowoo,chill.Kenapa ni and kenapa I call Dyna tak dapat??"Tanya pemanggil tersebut hairan.

"Erk"kata Maria dalam hati dan setelah itu dia melihat nama pemanggil.Daniel.

"Ehh sorry Daniel.I pun tak tahu kenapa dia tak angkat call kita and dia dah pergi tinggalkan kita."Kata Maria sebak didada ditahan.

"Dia pun tak angkat call U and dia takde kat rumah sekarang ni ?!"Terkejut Tengku Daniel.Dia ingatkan yang aku merajuk sampai tak nak angkat call dia.

"Haah and boleh tak U datang ke rumah I sebab I nak cakap hal penting kat U pasal Dyna."Tanya Maria.

"Okey lagipun I dah otw pergi rumah U ni ."Kata Tengku Daniel dan memutuskan panggilan.

"Mana kau pergi hah Dyna ?!!"Jerit Tengku Daniel dalam kereta dan setelah itu dia teringat kembali ayat yang aku lontarkan kat dia semalam.

"Okey fine !! I swear yang saya akan tinggalkan awak start daripada esok hari !!"Marahku sambil menghentak-hentak meja kafe ini.

"Ya Allah,apa yang aku dah buat ni.Sayang,please pulang ke pangkuan abang balik.Abang mintak maaf sayang,abang mintak maaf"Kata Tengku Daniel sendirian sambil menitiskan air mata kelakiannya.Kereta yang dipandunya makin laju menuju ke rumahku.

"So,what happened ?!!"Bentak Tengku Daniel setelah sampai dirumahku bersama tangisannya.

Maria dan Sandra hanya menggelengkan kepala mereka dan selepas itu Maria menghulurkan sepucuk surat dan sebentuk cincin kepada Tengku Daniel.

"Macam kenal je cincin ni.Jangan-jangan..."Getus Tengku Daniel sambil membelek-belek cincin tersebut dan setelah itu dia terus membaca surat pemberianku itu...

"What !! Dia akan tinggalkan aku dalam masa setahun dan dia telah putuskan hubungan dia dengan aku ?!!"Jerit Tengku Daniel tak percaya.

Maria dan Sandra hanya menganggukkan kepalanya bersama linangan airmata diorang.

Aku Dengan Kau ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن