BAB 8

9.4K 306 1
                                    

"Mengaku jelah Daniel yang U ni suka dekat Dyna sebelum Dyna ada orang lain !!"jerit Sandra lantang.

"Betul ke apa yang Sandra cakapkan tu??"tanya Tengku Daniel dalam hati sambil berbaring atas katil empuknya itu.

"Betul ke aku suka kat Dyna?"tanyanya dalam hati.

"Kenapa setiap kali aku berjumpa dengan dia jantung aku ni berdebar debar??"tanyanya lagi hairan.

"Banyak persoalan dalam kepala otak aku sekarang ni."Katanya.

"Arrggghhhh. !!!"Jerit Tengku Daniel stress selepas itu keluar dari biliknya dan menuju ke pantai semula untuk hilangkan stress yang memakan jiwa.

.............................................

Sementara dibilik Aku...

"WOIII ORANG SEBELAH,BOLEH DIAM BANYAK TAK!!?Orang nak tido pun susah kalau macam ni"Jeritku lantang.Lenaku terjaga akibat jeritan meroyan orang sebelah.

"Dah pukul berapa ni?"tanyaku sendiri sambil mata melihat kearah jam dinding.

"Ouh,dah pukul 11:30 malam rupanya."Dan jawabku sendiri.

"Agak-agak kalau pergi pantai,kebah tak demam aku ni??"tanyaku sendirian sambil menggaru garu kepala yang tidak gatal.

Ahh lantaklah kebah ke tidak,aku tak kesah,yang penting sekarang ni dapat tengok laut,bintang dan bulan daripada duk terperap dalam bilik yang entah pape ni.

Aku bersiap siap seterusnya keluar dari bilik dan menuju ke pantai.

Setelah sampai dipantai,aku hanya memilih untuk duduk diatas pasir pantai sebab pasir pantai ni lembut tak macam bangku yang keras dan boleh mengakibatkan punggung aku sakit sambil melihat bulan,bintang dan laut.

"Tolong cari orang yang boleh pimpin sayang hingga ke Jannah."kata mama.

Kata-kata mama kembali menerjah ke otak fikiranku.

"Siapa orang yang boleh pimpin aku hingga ke Jannah??"soalku sendirian.

"Aku lerr tu."jawab Tengku Daniel dan selamba badak dia je duduk tepi aku.

Okey,korang jangan tanya aku macam mana aku boleh tahu yang kat sebelah aku ni Tengku Daniel sebab aku dah cakap tanda-tanda dia apa.Fullstop.

"Asal kau tak nak bercakap dengan aku erk??"tanya Tengku Daniel sambil melihat laut yang terbentang luas dihadapannya.

Krikk Krikkk...

"Dynaaa,say something pleaseee."rayu Tengku Daniel + buat muka kesian kearahku.

Krikk Krikk...

"Dyna,andaikan suatu hari aku mati tanpa sempat kau bercakap dengan aku,macam mana??"Soal Tengku Daniel gelisah + buat muka sedih + merayu.

Macam tulah nak buat macam mana lagi dah memang ajal kau dah sampai.Kekadang nak tergelak jugak aku sebab dengar ayat merapu dia ni.

Sedang aku leka dengan ayat merapu mangkuk ni tetiba ada orang yang menegur kami...Eh salah,bukan menegur kami tapi menegur aku.

Hallahh,hallah.Bala mana pulak yang tegur aku ni dahlah sekarang kepala aku tengah berdenyut.

"Hai Amal."Sapa seseorang dan setelah itu duduk disamping aku.

Aku hanya menoleh kearahnya sambil melemparkan senyuman palsu.Ouh,Khay rupanya ingatkan siapa tadi.

"Siapa ni Dy..."Belum sempat Tengku Daniel menyoalku kata-katanya sudah dipotong oleh Khay.

"Eh,Niel ke ni?"soal Khay sebab macam familiar je muka dia ni.

"Eyhh,Khay lama dah aku tak jumpa kau doh."kata Tengku Daniel gembira.

"Oh btw Dyna,this is my cousin Tengku Khayzril Adam and Khay,this is my fiancè,Dyna."kata Tengku Daniel yakin dan muka Khay nampak terkejut disebabkan nama aku ni Dyna atau disebabkan aku ni  dah bertunang olok-olok dengan mangkuk ni.

Yakin kepala hotak kau,hampir tersedak air liur dibuatnya.Dia cakap yang aku ni tunang dia??Kurang asam masin punya jantan.Tengku Daniel yang berada di sisi diberikan jelingan maut olehku.

"Dyna?Bukan ke nama awak ni Amal ke??"Tanya Khay kehairanan sebab sekejap nama aku ni Dyna sekejap nama Amal yang mana satu dia pun tak tahu.

Haa sudah,ayat apa yang aku nak kasi bagi dia percaya.Adoii,mangkuk ni punya pasallah ni pergi kenalkan aku dengan Khay ni buat apa?!

Argghh !!! Stess hidup !! Aci tak kalau aku terjun dalam laut yang cantik terbentang indah ni semata-mata taknak jawab soalan mamat ni ?!!

"Amal??"Tanyaku buat-buat blur.Lahaaii Dyna,apa yang kau merepek ni,kesian kat parents kau,bagi nama cantik-cantik tapi buat-buat blur dengan nama sendiri.

"Ciss !! Nak pulak minah ni cakap dengan Khay tapi kalau dengan aku dia haramkan bercakap!!"marah Tengku Daniel dalam hati.

"Iyelah nama awak Amal sebab petang tadi awak sendiri yang cakap."kata Khay yakin.

"Saya mana ada keluar petang tadi sebab saya demam + pening kepala."Tipuku bersungguh-sungguh.

"Dyna,bukan nama kau Nur Dyna Amal ke??"bisik Tengku Daniel perlahan.

Tengku Daniel yang berada disisi diberikan jelingan maut olehku sekali lagi tanda 'kau diam'.Nama panjangku dia tahu dari my card kott yang aku bagi masa first day aku jumpa dia.

"Habistu,siapa dia??"Tanya Khay cemas.

"Mungkin..."Sengaja aku menggantung ayat aku bagi dia makin cemas.

"Mungkin apa??"Tanya Khay gelisah + cemas + takut yelah kot kot benda tu ke.

"Mungkin tu kembar saya."kataku dan setelah itu kepalaku semakin kuat berdenyut.

Soalan yang keluar dari mulut Tengku Daniel dan Khay aku abaikan dan bangun pergi meniggalkan dua orang yang tercengang itu.

Aku berjalan terhuyung-hayang macam orang mabuk dah aku ni.Setelah sampai dibilik,terusku terjun atas katil dan tido.

Aku Dengan Kau ✔Where stories live. Discover now