Bab 12

7.4K 333 8
                                    

" RIZ " Leane memandang Fariz. Fariz mengecilkan mata. Dan mengambil nafas sedalamnya. Dia terus berpaling dan berlalu ke dapur.

Leane memandang Nawaf sekilas di belakang dan berlari masuk ke dalam rumah.

Pang!

Hempasan pintu dibuat. Leane yang berada di pintu itu terasa anginnya. Tangan perlahan lahan membuka pintu. Dia dapat melihat Fariz yang sedang baring di atas katil. Tangan kanannya diletakkan di atas kepala sambil menutup mata. Marah marah terus tidur ka?

" Fariz. " panggil Leane sekali. Namun Fariz hanya diam.

" Muhammad Fariz Aiman. "

" hm " balas Fariz. Leane menghampiri Fariz. Dia duduk bersimpuh di atas lantai kayu bersebelahan Fariz.

Fariz yang melihat hanya menjeling Leane. Sengaja mahu menduga apa yang mahu Leane katakan.

" aku nak tanya, kau marah ke ? "

" marah untuk ? "

" Nawaf ? "

Fariz mula duduk. Dia melepaskan keluhan.

" kau nak cerai? Kan? Boleh. "

Srap.....

Hati aku sakit. Seriously. Apa hal pedih sangat ni.

" Fariz. Aku tak nak dengar jawapan dari kau. Cuma apa yang aku boleh buat sekarang, kita lupakan sebab " Leane sengaja membuatkan ayatnya tergantung sebegitu. Fariz menoleh memandang Leane.

" sebab ? " Soal Fariz. Mukanya blur gila.

Sumpah aku nak je gomol, comel gila!

" sebab muka kau bila merajuk, sama macam arnab. Kenal arnab? Alah yang selalu gigi kedepan lepastu kerja makan je toreh sayur " Leane melepaskan tawa, melihat muka Fariz macam nak telan orang, pantas dia berdiri.

" ni arnab kau " Fariz berdiri dan menarik kepala Leane berada di bawah ketiaknya. Diluku kepala Leane itu.

" hahahaha sorry lah , kau ni janganlah... sakit tau.. aduh... " Leane memegang kepalanya. Hampir terputus kepala aku dibuatnya. Sudahlah ketiak busuk!

" sakit sangat ke? Padan muka. Kacau aku lagi " malas Fariz mahu melayan Leane. Dia melepaskan kepala Leane dari celahan lengan.

" sakit arrr. Bengkak tau kau luku. Lengan kau tu.. besar, sama bengkak dengan kepala aku. Tengok, lengan aku, lidi je. Sekali kau libas, terus tercabut " Leane menghulurkan lengan ke muka Fariz. Mahu sangat Fariz melihat lengan macam batang penyapu itu.

" kisah pula saya? Lengan besar ni jugak yang awak buat bantal ! " gamaknya sudah hilang rajuknya. Sudah ber saya awak semula. Apa apa sahajalah Fariz.

" dasar arnab. Bongkak! Ngap ngap ngap meh sini Delileane nak kasi sawi dengan carrot " Leane mula menyambung memanaskan Fariz. Tangannya penuh lakonan memanggil arnab.

Aku wresling jugak perempuan ni !

" amboi, merpati tua oi, tak nak makan ke? Tunggu lah malam sikit nak bermesranya... awal lagi ni " Muiz mula menapak di hadapan pintu. Lupa pula pintu tadi tak terkunci, bukan setakat tak kunci, tutup pun tak! Memang habis lah kalau ada orang yang perati.

" Nuha dengan Abang Nawaf dah balik ke? " soal Leane.

" baru je balik " ujarnya. Leane tersenyum tipis. Kemudian dia menghalau abang teruna itu keluar daripada terus mengintai dirinya dan Fariz.

" kenapa lah, awak panggil dia tu abang? Kan elok kalau saya yang awak panggil abang. Ha, abang fariz. Sedap je. Ce sebut. Nak dengar " Leane menjeling. Malas mahu melayan.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now