Bab 51

4.5K 199 133
                                    

" mummy nak serahkan ni.. " Sebuah sampul surat berwarna coklat diletakkan di atas meja.

" apa ni mummy? " lambat lambat Leane mencapai surat tersebut.

" bacalah.. "

Leane menarik keluar separuh kertas yang terdapat didalamnya. Lihat sahaja tajuknya, Leane menolak kembali kertas tersebut masuk ke dalam sampulnya.

" ni bukan Leane punya.. mummy cakaplah ni bukan Leane punya.. " Sampul tersebut diletakkan semula di atas meja.

" Fariz yang serah ni pada mummy Leane.. "

Sticky note berwarna biru di atas sampul itu ditarik dan dibaca.

Sayang!

I nak mintak maaf.
But I think, this is better for us.
I tunggu surat ni kembali pada I.

" MACAM mana kotak ni boleh ada dalam bilik Leane ni Opah? " Soal Leane yang baru sahaja keluar daripada bilik. Matanya jelas sembab. Kotak itu juga dibawa sekali.

" suami kamu punyalah.. " balas Opah yang sedang sibuk menatang dulang yang berisi air untuk dihidangkan kepada tetamu. Kakinya dilajukan ke arah ruang tamu.

Leane mengeluh melihat Opah yang sedang sibuk melayan tetamu. Tua tua, tetapi Opahnya masih lagi larat untuk melayan tetamu, masih lagi larat untuk memasak nasi minyak di pagi hari yang indah ini.

" bila suami Liya datang sini? " soal Leane apabila melihat Opah mula bergerak semula ke dapur. Leane terus membuntuti Opah.

" 2 hari lepas.. si Fariz tu datang, mintak tumpang barang katanya.. siap bawakkan lemang tu " Mulutnya dijuihkan ke arah tepi pintu dapur yang terbuka. Leane menoleh memandang longgokan buluh lemang yang berada di tepi pintu.

" banyaknya.. " gumam Leane.

" bukan tu je, Fariz siap bawak Opah pergi pekan lagi, belikan barang masak " sambung Opah lagi. Dia sibuk mengasingkan kuih muih di dalam pinggan.

Lidah Leane kelu untuk membalas. Fariz sempat melakukan semua itu untuk bertemu dengan Opah. Tetapi, dia tidak ada masa untuk bertemu dengan isterinya seorang ni?

" Leane, bawaklah pinggan ni masuk " pinta Opah. Dia menghulurkan pinggan ke arah Leane. Leane lantas menyambutnya. Kaki deras menaiki tangga di daripada dapur untuk ke ruang tamu. Namun, dia sempat menyinggah masuk ke bilik tidurnya untuk menyimpan semula kotak merah yang diberi Fariz.

Tetamunya di rumah asyik berubah rubah. Dia sendiri tidak dapat mengecam rupa sanak saudaranya selepas mereka jarang bertemu. Hanya hari raya sahaja dia dapat melihat semua sanak saudaranya.

" Jemput makan " ujar Leane. Dia meletakkan piring yang berisi kuih itu di atas meja.

" Eh ni anak Naili eh? " tegur salah seorang wanita yang berumur 30 an. Wanita yang seakan Mama.

" Ye... " belum sempat Leane membalas apa apa, laju saja Opah membalas. Entah dari mana datangnya dia sendiri tidak tahu.

" Dah besar anak dia. Dulu kecik halus je.. selalu main dengan Daniel.. bolehlah lepasni Daniel datang jenguk Leane kenal kenal " mata Leane terus memandang anak  lelaki sepupu Mama. Iaitu dua pupu Leane.

" ye lah.. dah besar dah dia " balas opah berbasa basi.

" Hi " tegur Daniel. Leane membalasnya dengan senyuman kecil.

Ya Allah, cantiknya dia. Serupa bidadari.

Leane bangun dari tempat duduknya. Kakinya dilangkah ke luar. Menikmati suasana beraya kampung. Dia berasa sesak duduk di dalam rumah. Sesak dengan soalan makcik makcik bawang yang tidak tahu status dirinya.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now