Bab 34

4.9K 203 60
                                    

MALAM itu, mereka semua dapat makan makanan yang sedap dek usaha Fariz yang berjaya menangkap tiga ekor ikan talapia merah yang besar! Seperti parti pula rasanya. Selepas menunaikan solat berimamkan Fariz, Leane ke tempat memasak. Pelajar perempuan yang cuti diarahkan untuk menyiapkan masakan makan malam.

" ada apa apa yang nak ditolong? " soal Leane kepada mereka yang disitu.

" tak payahlah, tangan assistant chief kan sakit " ujar salah seorang Junior. Leane memandang tapak tangannya yang luka. Perit juga dia rasakan ketika Nadine membantunya untuk mencabut selumbar yang tertusuk masuk ke dalam sel epidermis tangannya.

" okay la macam tu " gerutu Leane. Dia menapak ke tapak perkhemahannya. Namun belum sempat dia ke sana, tiba tiba dia dipanggil oleh Cikgu Nisa. Selaku ketua guru wanita.

" Leane, kumpulkan budak perempuan " pintanya. Leane mengangguk. Dia berlalu masuk ke dalam khemahnya. Telekung ditanggalkan dan ditukar kepada tudung bawal biasa.

" Leane , aku nak tanya sikit " panggil Nadine dari dalam khemah. Leane membongkokkan badannya untuk melihat Nadine di dalam khemah.

" apa dia? "

" kau okay tak ni? " Leane mengangkat kening.

" apa hal pulaknya tak okay? "

" aku dengar Afiqah ikut kau pergi cari kayu api tengah hari tadi " Leane tersenyum tipis. Dia mengambil tempat untuk duduk di muka pintu khemah.

" aku, okay je la, cuma ni je la, sakit sikit " Leane menunjukkan tangannya yang sakit. Nadine tahu di sebalik keceriaan gadis itu, terselit satu msalah besar.

" apa jadi kau dengan Fariz sekarang? " Nadine perasan, sejak kebelakangan ini, Leane jarang mencari dirinya untuk meluahkan perasaan. Tebaknya pasti tiada apa yang berlaku. Tetapi selepas mendengar cerita daripada Amirul, Taufiq dan Hakim, dia berasa simpati terhadap Leane.

" apa jadi macam mana? Macam tu lah " balas Leane.

" kami okay " sambung Leane dengan suara yang sayup sayup. Leane bangkit dari tempat duduknya. Senyuman bahagia yang palsu ditayangkan.

Selepas itu, dia pergi memanggil seluruh peserta wanita.

Nadine mengeluh panjang melihat Leane. Kuatnya perempuan itu.

Leane memanggil seluruh pelajar disitu dengan cara mengoyangkan khemah mereka. Tetapi, sampai sahaja di khemah Afiqah, Leane rasa dia patut menggunakan cara lain selain mengoyangkan khemah itu seperti yang lain. Kali ini, dia terasa ingin merobohkan terus khemah milik Afiqah ini. Aku goyang baik baik kau tak nak ikut, aku guna kekasaran jangan marah!

Leane mencabut paku pada khemah itu dan cuba mengangkatnya.

" sabarlah! Nak apa! " marah Afiqah dari dalam khemah. Leane mengeluh. Kenapalah aku ditugaskan buat kerja macam ni?

" keluarlah gila. Cikgu suruh! " marah Leane lagi. Tidak lama kemudian, Afiqah membuka zip khemahnya. Dia menjengkulkan kepalanya keluar.

" sabarlah " dia menyarungkan selipar pada kakinya dan berdiri di hadapan Leane. Botol minyak wangi yang disimpan didalam poket dikeluarkan dan disembur. Agaknya dia mahu satu hutan bau yang dia tu pakai minyak wangi!

" dah dah lah tu, tak payah nak mewangi sangatlah! Ingat Fariz nak ke pandang kau? " tempelak Leane. Dia mengibaskan tangannya ke awan. Nak pengsan baunya!

" asal ? Kau tak suka? Kenapa? Kau nak cakap aku tak boleh rapat dengan Fariz sebab dia tu kau punya ke? " soal Afiqah bertubi tubi di hadapan Leane. Membuatkan Leane terdorong beberapa tapak ke belakang.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now