Bab 15

5.8K 234 7
                                    

" sampai sini saja perbincangan kita. Yang lain boleh bersurai. Nanti saya akan beritahu tarikh untuk perjumpaan lain. Terima kasih semua " Ujar Fariz. Tangan yang berada di dalam poket dikeluarkan. Dia menyimpan buku lognya dan diberikan kepada Afiqah supaya Afiqah dapat letakkan segala barangnya di atas meja bertugas miliknya.

Kakinya terus meluru ke arah Haziq di muka pintu.

" Leane pergi mana? " soalnya.

" aku tanya sini sebab aku tak tahu. Boleh pulak kau tanya aku balik " Haziq memegang dadanya yang tercungap cungap dek berlari sebentar tadi.

" dah lah, aku blah dulu " Haziq mengatur langkah untuk pergi namun sempat ditegah oleh Fariz.

" aku ikut " Ujarnya. Haziq menepis lengan Fariz.

" tak payah, kalau kau tak kasi aku teman Leane tadi, tak adanya dia nak hilang " Kemudian Haziq meninggalkan Fariz sendiri terpinga pinga disitu.

Tie dilonggarkan dan bajunya dilipat sehingga siku. Rambutnya turut dibetulkan keatas.

' ke mana kau pergi ni Leane? ' bisik hatinya. Kaki turut mempercepatkan langkah untuk mencari Leane. Sejurus itu, kepalanya seaakan teringat sesuatu.

" surat semalam tu...... " Fariz cuba mengingati akan surat yang dinyatakan daripada seseorang untuk bertemu dengan Leane. Kepalanya ligat berfikir tentang isi kandungan surat itu yang sebenarnya.

Ting!

Semalam...

Hai!

Delileane,

Saya salah seorang peminat awak. Saya nak jumpa awak. Saya nak talk in private dengan awak. Awak selalu sibuk, saya tahu awak akan hiraukan, tetapi saya hanya mampu mendoakan agar awak menerima pelawaan saya, gerakkanlah hati awak untuk berjumpa dengan saya, saya ada kes yang hebat untuk unit awak.

Esok? Belakang padang sekolah. Selepas sekolah.

-XOXO-

Fariz menggelengkan kepala. Jangan cakap Leane terikut ikut surat tu! Kakinya laju terus menuju berjalan ke arah Padang.

Suasananya agak hening. Hanya tiupan angin sempoi sempoi bahasa sahaja. Mata Fariz masih lagi meliar mencari kelibat Leane. Risau juga hatinya.

Ceh! Kata tak sayang bini!

" tak ada pun, ke dia dah pergi tempat lain? " rungut Fariz. Dia berpaling untuk pergi, namun telinganya cukup kuat untuk menangkap satu bunyi yang kedengaran asing.

" Tolong! "

Fariz terus berpusing menghadap stor sukan yang tidak berada jauh dari tempat yang dia sedang berdiri.

Fariz mencapai kayu yang didirikan di sebelah bangunan. Biasanya cikgu cikgu sukan akan meletakkan barang atau perabot seperti almari, meja atau kerusi yang rosak disitu kerana hendak dilupuskan.

Kakinya perlahan lahan melangkah rapat kerah stor sukan itu. Laungan permintaan tolong daripada Leane jelas kendengran.

Tiba sahaja di hadapan pintu, Fariz melihat dari lubang pada pintu kayu stor itu. Itu ada Geng Bahrom! Gengster sekolah yang baru sahaja kembali ke sekolah minggu lepas selepas mereka digantung oleh Leane!

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now