2

557 27 1
                                    

Damia menolak pintu cafe lemah.Sungguh dia tidak bermaya dengan semua cabaran yang terpaksa dihadapinya di hospital ini.
"Makanan sama?"tanya Puan  Ramlah sambil mencedok nasi dan lauk.
"Ahh.. Ye. Terima kasih. "gadis itu mengambil makanan di depan mata dan duduk di salah satu meja kosong di situ. Dia cuba tidak mengendahkan pandangan mata-mata di sekelilingnya.
"Damia.. Kena marah lagi hari ni?Haih..dengar cerita.. Kali ni kena baling dengan kasut pulak. "Wanita-wanita di sebelah mejanya tertawa. Tidak terkecuali staf-staf lain yang berada di sekelilingnya.Ada yang senyum sinis. Ada juga yang menggeleng kepala.
"Can I give you an advice..? "wanita itu bersuara lagi. Damia mengangkat wajahnya perlahan memandang mata gadis itu.
"Quit. Haih.. Damia.. Jangan seksa diri kau lagi. Berhenti.. Dan cari kerja yang sesuai dengan kau.Jangan menyusahkan satu hospital ni. Ehem.. I mean.. Satu hospital ni dah sangat susah dengan perbuatan kau. Kau tak rasa bersalah ke?"Damia menunduk kembali. Dia ingin menangis saat itu. Air matanya cuba ditahan daripada mengalir.
"Ma.. Maaf. "Wanita-wanita itu ketawa lagi.
"Maaf?Itu je kan.. Yang.. Kau mampu cakap?Kesian betul.. "mereka pergi dari situ dengan senyuman yang sinis. Damia tidak mampu lagi menjamah makanannya.Dia malu. Dia sungguh malu dengan orang-orang disekelilingnya. Pantas dia berjalan keluar dari situ.


"Kau pasti ke orang yang sama yang buat perangai pagi tadi?"dua orang jururawat penjaga kaunter sibuk berbual memandangkan waktu itu merupakan waktu makan tengah hari.
"Ye. Takkan aku nak tipu. Betullah dia. Siap kena baling dengan kasut. Kena marah dengan Tuan Saleh. Memalukan. "jururawat yang bertahi lalat di tepi bibir itu menjawab pertanyaan kawannya.
"Itulah. Kalau aku.. Dah lama aku berambus. "mereka berhenti seketika bergosip apabila melihat Doktor Aidan lalu di hadapan mereka.
"Aih.. Kalau aku dapat dia tu.. Sumpah aku tak cari lain!"Mereka tergelak kecil mendengar kegatalan masing-masing.
"Masih nak berbual?Waktu rehat dah habis!Awak nak kena pecat!?"laju mereka membuat kerja apabila disergah ketua jururawat,Puan Fadilah.Puan Fadilah menggeleng perlahan. Budak-budak sekarang. Kerja sikit. Mulut yang banyak bercakap.Dia lalu berjalan kembali ke tempatnya. Menyiapkan kerja yang belum selesai.



Pintu wad dibuka perlahan.Laporan pesakit diambil dan dibelek kejap.
"Tengahari cik. Rasa sihat hari ni?"Doktor Aidan menghadiahkan senyuman kepada pesakit wanitanya.
"Ya.. Saya rasa sihat sangat. Lagi-lagi.. Bila tengok muka doktor. "Doktor Aidan hanya tersenyum.Laju tangannya menulis sesuatu di laporan itu.
"Kalau tak ada apa-apa.. Dalam masa terdekat ni dah boleh balik dah. "Dia menyambung lagi.Wanita berusia 25 tahun itu merapati Aidan.
"Alaa... Dah nak balik.. Kalau tak nak?Nanti tak dapat tengok muka you dah.. "Aidan cuba menyembunyikan rasa menyampahnya.Dia meletakkan rekod itu di tempat asalnya. Wajah wanita itu dipandang.
"Kalau cik nak duduk sini lama lagi..Cik kena sakit. Cik nak ke.. Cedera dekat mana-mana lagi?Tapi saya tak janjilah lepas ni Cik dapat doktor yang sama. "Wanita itu tersengih. Malu mungkin. Laju Aidan meminta diri dari situ. Setelah berada di luar wad,dia berhenti seketika.
"Nasiblah kau VVIP. Heh. "Aidan mengeluh perlahan. Sukar juga untuknya jika hari-hari terpaksa menghadapi pesakit sebegini.
"Doktor!Doktor!Kecemasan tingkat 4.Pesakit terjatuh dan tercucuk kayu tajam. "Doktor Afif memulakan penerangan selepas menghampiri Doktor Aidan.
"Saya datang sekarang. "Aidan mengangguk faham.
"Tapi ada masalah doc"Aidan menoleh Doktor Afif.Memintanya meneruskan percakapan.
"Pakar tak cukup. Ada pesakit VVIP yang perlukan rawatan. Jadi mereka semua.. Dah pergi ke sana. "Aidan mengeluh .Dia memandang Afif tajam.
"Semua!?"Afif pandang ke bawah. Cuba memikirkan sesuatu.
"Sebenarnya... T.. Tak semua. Ada lagi satu.. "Afif kembali memandang Doktor Aidan. Namun kini mukanya sedikit resah.
"Siapa?"Afif membuka mulut.
"Damia. Doktor.. Doktor masalah tu. "Aidan memejamkan matanya seketika. Dia perlu membuat keputusan. Buat pertama kali dia memikirkan wanita itu.Sebelum ini.. Ambil tahu pun dia tidak mahu. Dengan nafas yang berat Aidan memulakan ayatnya.
"Panggil dia" .

MR.CLOWN?! (LATE UPDATE)Where stories live. Discover now