18

416 20 2
                                    

Damia melambai-lambaikan tangannya apabila ternampak Raf yang sudah lengkap dengan pakaian dan topeng badutnya.
"Wow. Hai Damia. Nice coat. "Damia tersenyum membetulkan sedikit coat doktornya.
"Awak ni.. Kenapa pakai dulu topeng badut ni semua. Awak boleh pakai dekat tandas apa..Dahlah saya tak pernah tengok wajah awak. Suara pun tak dapat dengar betul sebab topeng awak. "Gadis itu melihat Raf hanya tersenyum.
"Senyum je awak ni. Jomlah!Saya bawa awak. Jumpa Dura!"Damia menarik tangan Raf.Dia seakan tidak peduli mata-mata yang memandang mereka. Sampai sahaja di wad Dura,Damia berhenti.
"This is the room. Dura ada dekat dalam. Tengah main-main. Pergilah..Suprisekan dia. "Raf mengangguk.Perlahan dia membuka pintu.
"Hye Dura!Mr Clown datangg!!"Dia melihat wajah ceria Dura sebaik sahaja ternampak badut itu.
"Wahh..Clown!Ayah..Ibu.. Clown!"Mereka mengangguk sambil tersenyum.
"Now Dura.. I have a ballons here.. This is for you.. And.. This flower balloon also for you!"Dura tertawa gembira. Sesekali dia menepuk tangannya melihat aksi Raf yang pandai bergurau dan berjenaka.
"Ada lagi satu hadiah untuk Dura tau!Jenggg!!"Raf mengeluarkan lollipop berwarna putih dan pink dan memberikannya kepada kanak-kanak itu.
"Terima kasih Mr.Clown.I love you so muchh. "Dura memeluk Raf erat. Damia yang melihatnya sangat berpuas hati. Baguslah kalau Dura suka dengan Raf.. bermakna misinya berjaya.
"Damia,doktor Aidan tak ada ke?Dia kan yang membedah Dura?Nak juga kami berterima kasih padanya. "Bapa Dura memulakan bicara.
"Itulah.. Semalam dia ada datang.Tapi waktu tu Encik dengan puan tak ada.Hari ni.. Tak nampak pula. Mungkin dia masuk lambat la tu. Tak apa.. Nanti kalau ada masa saya bawa dia ya. "Mereka mengangguk mengerti. Yalah,kerja sebagai doktor ni.. Bukannya banyak masa pun. Hari-hari ada kes.
"Bye-bye Mr. Clown.. Jumpa lagi.. "Sedar tidak sedar,Raf sudahpun meminta diri untuk pergi. Katanya dia ada urusan lagi untuk dibuat. Damia menemani Raf berjalan keluar.
"Raf,terima kasih sangatt.Damia tak tahu nak balas apa. Raf sanggup datang semata-mata nak gembirakan Dura. "Raf tersenyum. Dia melihat Damia di sebelahnya.
"Jangan risaulah Damia. Saya suka budak-budak. So benda tu semua small matter."Mereka sama-sama tersenyum.
"Oh ya..awak tak nak tukar baju dulu?Topeng tu.. Bukalah. "Raf menggeleng.Tak mungkin dia akan membuka topengnya di sini.
"Tak apa. Saya memang nak balik dulu. Awak teman sampai sini jelah ya. Saya pergi dulu. "Gadis itu mengangguk. Pelik betul dia dengan Raf ni. Bersungguh betul tidak mahu menunjukkan wajahnya. Hensem sangatkah.  Atau hodoh sangatkah. Atau tua?Eh..tak mungkin. Dia memerhati pemergian Raf. Kemudian berjalan pergi dari situ.

-------------------------------------------

Air teh yang baru dibuat sebentar tadi dituang ke dalam cawan. Ghazali melihat Ramlah yang sibuk melihat telefonnya.
"Damia mana?"dia bertanya kepada isterinya itu.
"Apa abang ni. Dia pergi kerjalah. Ish. Kacau je orang nak tengok barang online ni. "Ramlah kembali meniliti skrin telefonnya. Bag-bag ratusan ringgit itu dipandang lama. Cantik betul.
"Hah tulah kau. Tengok barang online je!Pastu menghabiskan duit budak tu je keja kau!"Ghazali menuang lagi teh ke dalam cawan kosongnya.
"Alah abang ni. Habis abang tu!?Tumpang sekaki jugak kan!?Ingat saya tak tahu?Kalau bukan saya yang jaga dia dari kaki pukul abang tu,tak adanya dia jadi doktor sekarang bang. Entah-entah dah mati dah dipukul dek abang ni!"mengitap-ngitap mulut Ramlah menjawab kata-kata suaminya tanpa memikirkan dosa dan pahala. Sempat juga dijelingnya.
"Eh. Kau jangan nak kurang ajar eh!"Ghazali sudah bangun dari kerusinya. Isterinya ini memang nak memakan juga penamparnya.
"Alahhh abang ni. Kecoh betul!"pantas Ramlah naik ke atas. Pintunya dikunci rapat. Malas ingin melayan suaminya yang tak mendatangkan hasil itu.
Ghazali terduduk kembali.
"Kalaulah sayang masih ada... "lelaki itu tertunduk. Mengenangkan cinta pertama dan terakhirnya yang telah lama meninggalkannya seorang diri.

-------------------------------------------

"Kau tahu sekarang aku nak suruh kau buat apa?"Damia menggeleng.Entah kenapa dia berada di bilik bedah ini bersama Aidan. Patung bedah yang sedang berbaring di depannya dipandang.
"Aku nak tengok kau handle surgery hari ni. Kau jadi ketua and aku tolong kau. "Aidan tertawa sinis melihat Damia yang sudah berubah riak. Takutlah tu.
"Sa.. Saya?Tapi..saya.. "Aidan menjentik dahinya kuat.
"Awwww... "dahi yang merah itu digosok laju. Sakitnya..
"Hah nangis-nangis!Manja!"Damia menjeling lelaki itu.Dah kenapa dengan doktor ini.Dia pula yang jadi mangsa bulinya.
"Aku suruh kau bedah. Bedah jela.Kalau patung pun kau dah macam ni,orang betul?Kau pengsan ke apa?"Damia menunduk.
"Bedah perut dia. Aku ada masukkan butang dekat perut dia. Kau bedah. Keluarkan. "Aidan sudah mengatur peralatan bedah untuk diberi kepada Damia nanti.
"Baik.. "gadis itu menyahut lemah. Dia memandang patung itu. Air liurnya ditelan.
"Scalpel.. "aidan pantas memberinya. Damia memotong perut patung itu lalu memandang Aidan. Tiada riak.
"Towel clamps. "Sekali lagi lelaki itu memberinya. Riak Aidan seperti tidak tahu apa-apa.
'Buat jelah Damia. Anggap ni orang betul. 'suara hati gadis itu berbicara. Dia juga tidak dapat membaca air muka Aidan.
"forceps.. "Damia mengambil dan mengeluarkan butang itu.Setelah habis menjahit,dia melepaskan nafasnya. Perlahan dia memandang Aidan. Ah,lelaki itu sedang memandangnya.
Aidan mengangkat tangannya. Dia nak jentik ke.. Pantas Damia menutup matanya. Tidak tahan dengan rasa sakit jentikan Aidan. Namun,lelaki itu menggosok lembut kepalanya.
"Good job ducky. "Damia terdiam.Rasa selesa apabila Aidan berbuat sebegitu.
"Ducky?"dia memandang Aidan yang tertawa sinis. Ish. Tak pernah nak ketawa ikhlas dengan dirinya.
"Yelah. Kau kan macam itik.Kuat bercakap. Kuat tanya.Suka melawan. "Aidan melihat wajah cemberut Damia. Dia ketawa lagi.
"Dan... Comel. "lelaki itu senyum kacak membuatkan Damia kaku.Entah seberapa merah pipinya saat ini dia pun tidak tahu.
"Dahlah. Kemas."bersungguh-sungguh Damia kemas.Tidak mahu memikirkan hal tadi. Namun Aidan tahu gadis itu gelabah.Setelah kemas,mereka sama-sama berjalan ke tempat parkir kereta. Damia menyedut air vanillanya nikmat.Dia memandang Aidan. Ya. Dia sudahpun terfikir soalan ini,tak salah rasanya kalau dia bertanya.
"Ai.. Aidan. "Aidan memandangnya. Mengangkat kening tanda inginnya meneruskan percakapan.
"Awak.. Suka perempuan yang macam mana?"Aidan berhenti berjalan. Dia menundukkan wajahnya melihat wajah gadis itu dengan lebih jelas. Kemudian dia tertawa.
"Kenapa kau tanya hah ducky. "aidan sengaja meletakkan tangannya ke kepala Damia.
"Eee. Doktor!Beratlah.saya tanya je. Jawab jela. "Lelaki itu menyambung perjalanannya lagi.
"Aku?Aku suka yang.. Cantik. Yang sexy. Yang sophisticated.Yang pandai bawa diri. Yang bijak.  Yang pandai bergaya. "Selamba Aidan berkata. Cukup membuatkan Damia tertunduk. Dah tentu-tentu semua tu tidak ada padanya. Mukanya masam.
"Okey dah sampai kereta. Bye ducky. "Aidan pergi dari situ. Damia pula masih lagi berdiri. Ayat Aidan berkali-kali ulang di kepalanya.
"Hum..bencinya.. "..

-------------------------------------------
Jengg!Chap 18.hope u guys like it.
Vote and comment. 😜😜

MR.CLOWN?! (LATE UPDATE)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora