☆~[9]~☆

2.7K 208 77
                                    

Haih.. Makin mengarut je citer ni -,-

Papapun, hope korang enjoy la part ni..

<><><><><><><><><><><><><><><>

.

..

...

☆~[9]~☆

...

..

.

<><><><><><><><><><><><><><><>


"Heh, macam ni la Boboiboy Halilintar yang kitaorang kenal. Sekarang, kau pergi bersihkan diri dulu, lepastu aku pulak. Lalu kita ke kedai atok." Ujar Gempa pada Halilintar.

Halilintar hanya menganggukkan kepala bertelinga kucingnya, kemudian mula berjalan keluar bilik.

Gempa dan Ice memandang satu sama lain, kemudian kedua-dua pecahan Boboiboy itu menjongketkan bahu mereka.

<><><><><><><><><><><><><><><>

"Mesti dia sedih an? Kesian jugak aku kat dia." Ice berkata, diiringi helaan nafas yang panjang.

Gempa hanya membalas dengan cuak, "Kalau kau jadi dia pun, apa yang kau rasa?"

"Macam yang dia rasakan sekarang ni." Jawab Ice singkat, "Btw, bukan hari ni ke Adu Du kata pasal kesan tembakan dari pistol yang dia tembak kita tu?"

Gempa menjongketkan sebelah keningnya, "Ha'ah la. Aku hampir lupa. Tapi setakat ni aku tengok kita berenam normal je. Hali je yang.. Er.. Aku pun tak tahu nak kata apa.." Gempa menggaru pipinya.

"Berperangai kebudak-budakan? Sifat 180° bertukar? Pelik?" Tanya Ice bertubi-tubi.

"Semua yang kau kata tu betul. Mungkin pistol dia rosak kot. Sudahlah. Jom kita turun." Ajak Gempa, kemudian mula berjalan keluar dari bilik, diikuti Ice di belakangnya.

<><><>

Beberapa minit kemudian...

Halilintar muncul dengan pakaiannya yang besar, membuatkan Gempa dan Ice sweatdrop seketika.

"Ok, aku setuju untuk ke Sunway Rintis." Gumam Ice.

Gempa berjalan ke arah Halilintar, "Kesian pulak kitorang tengok kau. Kalau takde apa-apa petang ni, kita ke Sunway Rintis ya? Beli pakaian baru untuk kau." Ucap Gempa dengan senyum lembut.

Mata berwarna ruby Halilintar membesar. Seperti dalam anime, terdapat bintang-bintang berkelipan di dalam matanya, "Betul ke Abang Gempa?! Serius? Yatta! Tak sabarnya!!" Jeritnya sambil melompat-lompat gembira. Dia menghulurkan jari kelingkingnya ke Gempa, "Abang Gempa janji ek? Hali tak nak dipermainkan." Ujarnya dengan kepala yang disengetkan ke kanan.

Gempa hanya tersenyum nervous seraya mengaitkan jari kelingkingnya ke jari Halilintar yang lebih kecil. Ice yang melihat itu hanya tersenyum tipis.

☆Hali's Nekø Life★Where stories live. Discover now