☆~[13]~☆

2.3K 159 68
                                    

Me: Ucapan terima kasih kepada ikafazl aka Iyane atas bantuan ideanya pada part kali ni! ^^ Oh, dan part depan jugak xD

Blaze: Wuu!! Thnx ya author Iyane!!

Halilintar: Tak sangka ada jugak author baik hati bagi idea kat author pengemis idea macam kau..

Me: Sampai ati kata kat titew macam tuw... T▽T *nangis di penjuru bilik*

<><><><><><><><><><><><<><><><>

.

..

...

☆~[13]~

...

..

.

<><><><><><><><><><><><><><><><>

"Ok, jom pergi Sunway Rintis!" Ucap Ice, disambut jeritan semangat daripada persona Boboiboy yang lain dan Fang, tetapi jeritan si kecil Halilintar paling jelas terdengar.

<><><><><><><><><><><><><><><><>

"JOM!!" Jerit si neko hybrid dengan semangat membara. Senyumannya semakin lebar pada setiap minit.

Thorn yang merasa gemas melihat 'adiknya' terus mencubit pipi chubby si Halilintar, "Aw.. Kau comel~"

Halilintar hanya tersengih, semburat merah pudar(?) kelihatan di kedua pipinya. Dengan pantas, tangan kirinya terus mencapai tangan 'abang' yang terdekat dengannya, iaitu tangan si topi senget, Taufan. Tangan sebelahnya lagi mencapai tangan Gempa, menyebabkan Taufan dan Gempa sedikit terkejut kerana

"Jomlah! Hali dah tak sabar!!" Halilintar terus menarik kedua tangan 'abang'nya. Walaupun fizikalnya dikategorikan sebagai 'lemah', tetapi tenaganya sama naik dengan tenaga 'abang trio'nya.

"E-Eh! Pelan-pelan Hali!!" Protes Gempa dalam keadaan panik.

"Woah! Hali! Stop!!" Ucap Taufan.

Ice, Thorn, Solar dan Fang hanya tersenyum tipis melihat tingkah Halilintar yang menarik tangan sang pengendali angin dan tanah.

Halilintar ketawa girang, "Ahahaha! Eh!!"

SCREECHH..

BRUUKK!!

"Adaw! Terpenyek hidung aku kang!!"

"Aduh.. Sakitnya muka aku.."

Si pengendali petir terus memberhentikan langkahnya secara tiba-tiba, mencipta bunyi yang mirip dengan kereta yang berhenti secara mengejut. Secara automatik kedua 'abang'nya terus tercium tanah, menyebabkan muka mereka sedikit memerah kerana sakit.

"AHAHAHA! Korang dua dah macam badut circus aku tengok!! Hahaha!!" Tawa Thorn dengan kuat. Di sebelahnya, terdapat Ice yang menutup mulut dan merendahkan lagi topinya. Kelihatan jelas sekali bahawa si pengendali ais itu sedang menahan tawa.

Solar pula hanya mengembungkan pipinya, "Aish.. Kalaulah aku sempat rakam tadi, mesti terbaik." Keluhnya.

Fang sudah pun ketawa terbahak-bahak bersama Thorn, "Hahahaha! Habis la muka korang. Lepas ni, akulah yang paling hensem! Hahaha!!" Tawanya, lalu dipotong oleh Solar, "Eh, tolong sikit ea? Siapa yang tak kenal aku? Solar! Superhero ter-macho yang wujud dalam dunia ni!" Katanya sambil membuat gaya swag.

☆Hali's Nekø Life★Where stories live. Discover now