☆~[15]~☆

2.1K 158 61
                                    

Hey, um... *awkward* Apa khabar? :v ✌//plak 😅

Saya ada sebab kenapa part ni lambat nak di-update... Apa-apa pun, enjoy part ni dulu! Mesti korang dah tak sabar nak tau Hali dah menghilang ke mana, kan? 😴

<><><><><><><><><><><><><><><>

.

..

...

☆~[15]~☆

...

..

.

<><><><><><><><><><><><><><><>


"Korang! Ada nampak Hali tak? Hali dah hilang!!" Gempa menyeru selepas dia bersama Taufan dan Fang sampai ke tempat Taufan, Thorn dan Solar berdiri.

Ketiga-tiga Boboiboy tersebut hanya menganggukkan kepala sambil membulatkan mulut, "Oh.. Hali rupanya yang kurang tu... Tunggu- APAA!!? HALI HILANG!!?" Jerit mereka serentak.

"Otak slow la korang ni!!" Fang langsung memukul kepala ketiga-tiga Boboiboy itu.

"Masalah besar...." Gumam Ice.

<><><><><><><><><><><><><><><>

"Noooo!!! Siapa yang berani-beraninya culik adik kesayangan aku tu?!! Tunggulah aku dapat orang tu, aku siat-siat kulit dia!" Marah Solar seraya melipat lengan jaketnya (macam makcik2 😂), sehinggakan plastik yang berisikan kotak smartphone baru jatuh daripada tangannya yang satu lagi.

"Eh!? Oi! Tak sayang phone ke!!?"

Tetapi nasib berpihak kepada Boboiboy berkacamata kuning kerana Thorn sempat menangkap beg plastik tersebut .

Solar hanya menggaru belakang lehernya sambil tersenyum syukur. Dia kemudian mengambil semula barang miliknya daripada tangan Thorn, "Sorry."

"Macam mana Hali boleh hilang ni?" Dengan sebelah kening terangkat ke atas, Taufan bertanya pada Gempa, Ice dan Fang.

Boboiboy pengendali tanah dan Fang si pengendali bayang hanya melayangkan tatapan tuduhan pada Ice, menyebabkan Boboiboy pengendali ais itu terasa dikhianati, "Janganlah pandang aku macam tu!! Korang pandang macam aku dah tinggalkan budak 12 tahun dengan mental 6 tahun berseorangan dekat shopping mall yang bila-bila masa je boleh diculik!!" Kata Ice. Panik melanda fikirannya.

"Er.. sebenarnya memang tu pun yang kau buat." Balas Fang, sweatdrop.

"Hish.. Aku tak sengajalah! Mana tahu yang dia dah hilang!" Ice berujar, suaranya terdengar tajam, kakinya menapak selangkah ke depan, mendekati Gempa.

"Tak sengaja apa macam tu!? Kau tahu kan yang Hali tu berfikiran budak? Kalau dia diculik macam mana!? Dijual ke!? Dijadikan budak ke!? Diorang ambil organ dalaman dia ke!!?" Kemarahan Gempa semakin berkurang akibat dikaburi fikiran-fikiran negatif yang lain. Dia menjadi semakin panik.

☆Hali's Nekø Life★Where stories live. Discover now