MENETAP DALAM DOA

154 8 0
                                    

"Kita tak jauh, kita dekat dalam doa."

*****

Orang selalu kata, jodoh ini rezeki. Rezeki ini tidak pernah salah alamat. Dia akan hadir pada waktu yang tepat. Tapi saya hitung umur yang semakin berganda, sedia mana saya ketika itu? Sediakah saya untuk berkongsi rumah selain hati? Sediakah saya bersabar dengan turun naik emosi dan ekonomi? Iyalah terlalu memikirkan begini adalah satu yang tidak wajar. Overthinking orang kata. Tidak baik untuk kesihatan.

Jadi apa saya perlu saya buat selain menanti? Mencari, kata mereka. Perlu bergaul dan keluar mengenali orang. Saya ini pemalu (sedikit). Atau takut sedikit mungkin untuk meletak harapan. Hendak kata memilih, saya pernah juga berkawan. Mencuba. Bukan sekali. Namun sudahnya tidak habis. Ceritanya tidak lama.

Jadi saya mengambil keputusan, meletakkan saja awak di dalam doa saya. Moga kita dipertemukan dengan cara dan rasa yang sama-sama selesa. Mungkin ketika ini awak juga sedang mendoakan pertemuan kita. Saya berserah saja dan terus yakin dengan ketentuan-Nya.

Dan moga doa keluarga, serta kawan-kawan kita untuk melihat kita bahagia akan dimakbulkan segera.

Percayalah, jarak kita cuma sejauh doa sahaja.

Buat Seseorang Di Masa DepanWhere stories live. Discover now