TIBA-TIBA TAKUT & TERTANYA

76 6 0
                                    

"Kadangkala sesuatu berlaku adalah kerana sangkaan dan doa-doa. Jadi doa dan sangkalah baik-baik."

*****

Awak tahu tak? Saya pernah tertanya adakah awak ini kena atau tidak dengan citarasa saya. Adakah awak nanti akan suka saya, terima keluarga saya dan tak kisah dengan beberapa tabiat saya. Kelakar pula saya fikir begitu. Nampak kebudakan. Namun soal jodoh, pastinya ada yang saya risaukan.

Apa kegemaran awak? Tabiat harian entah bagaimana. Entah-entah saya ini bukan dalam ciri kegemaran awak pun. Mungkin begitu juga sebaliknya. Maaflah jika ini yang tertanyakan. Saya tidak akan merujuk drama adaptasi novel dalam mengejar impian (walaupun saya kadangkala ada menontonnya). Kerana sebagai yang suka menulis, saya tahu rekaan-rekaan pastinya indah-indah belaka saja.

Kadangkala risau kalau-kalau saya ini nanti akan kuat melawan. Atau awak nanti akan panas baran. Takut terlalu jauh memikirkan. Harap nanti kita tenang-tenang saja dan sangat penyayang dengan keluarga. Paling penting, hormat dan tolak-ansurnya ada. Ajarilah saya menjadi solehah dalam kadar semampunya awak untuk ada. Saya dengan apa saya ada akan melengkapi apa yang awak tiada. Insya-Allah. Itu gunanya sebuah pernikahan, bukan? 

Buat Seseorang Di Masa DepanWhere stories live. Discover now