TENTANG YANG LAMA

62 3 0
                                    

"Masa lalu pasti memberi kita sesuatu. Sama ada pengajaran, kenangan mahupun ujian."

*****

Semua kita ada kisah silam tersendiri. Begitu juga awak dan saya. Saya juga ada. Namun cinta dahulu saya, satu itu sahajalah. Si dia itu jejaka yang saya kenal melalui kawan atas kawan dan kami berhubungan melalui dalam talian. Perhubungan itu melalui tempoh jarak jauh. Sangat jarang berjumpa. Cuma beberapa kali ditemani kawan. Namun dia sangat bersabar dengan saya (masakan tidak, kami telah berkawan hampir enam tahun). Pastinya saya ada karenah sendiri dalam rajuk, cemburu dan memerlukan masa didengarkan. Namun perpisahan yang dilalui dengan cara baik di antara kami menemukan dia dengan perempuan yang kini bergelar ibu kepada anaknya. Sudah jodohnya.

Dan saya pasti ada jodoh saya. Insya-Allah.

Saya selalu berpegang kepada ayat ini, "hati manusia tidak boleh dipaksa". Kerana urusan hati itu Tuhan yang pegang. Kita tidak boleh memaksa, namun kita boleh berusaha untuk dibuka hati seseorang disamping terus yakin dan berdoa. Jadi saya berharap agar kita berdua saling hormat akan kisah yang pernah ada dan awak sudi membina cerita baru dengan saya.

Marilah kita terus saling cuba memperbaiki diri dan mencipta sejarah indah kita sendiri. Hidup tetap harus diteruskan, dengan rasa percaya dan berani.

Buat Seseorang Di Masa DepanWhere stories live. Discover now